Tuesday, October 30, 2012

Selamat tinggal KL

ASSALAMUALAIKUM...

Mulai sem depan, macam yang telah dirancangkan beberapa tahun lalu, maktab kami akan berpindah ke bandar Enstek. Kat mana pulak nihhhh?? Nogori Sembilan wei. Adeh, makin jauh la jadinya. Daripada 5 jam perjalanan dari Penang dah meningkat jadi 6 jam. Menyusahkan... 

Memang langsung tak bersedia. Banyak lagi sebenarnya yang kami belum buat masa di KL.
Rasanya belum pernah sampai KLCC dengan klasmates. Broga pun belum sampai lagi. Banyak lagi tempat di KL belum explore. Dulu time bawak motor pun, ingat nak explore habis satu KL ni. Tapi sebab terlalu sibuk dan juga faktor taktau jalan, takpa la. GPS pun ada. Explore ja kot peta.

Tapi dah macam-macam saya belajar masa dok kat KL ni. 1st time naik LRT. Berapa orang ja kat kampung yang biasa naik LRT. Wohooo... bangga wei~ =___='

Kali pertama makan nasi bujang. Nasi goreng student. Kalau dulu tak pernah kot tau yang wujudnya menu-menu sebegini kat kedai makan. Walaupun kurang enak, tapi itulah pilihan utama waktu hujung-hujung tahun. 

Kali pertama naik teksi. Kat Penang, disebabkan kat sana orang 'kaya-kaya' belaka, jadi tiadalah yang nak guna teksi. Hey, naik teksi lagi guna  banyak duit. Baru duduk dan tutup pintu pun dah kena cas RM3. Cukup nak makan satu setengah pinggan Nasi Bujang. 

Kali pertama cakap KL. Tapi langsung tak bunyi KL. Hahaha.. mana boleh, kalau dah telan nasik kandaq selalu, makin pekat la pelat utagha nih. 

Kalau diikutkan, banyak lagi 'kali pertama....' saya masa kat KL ni. Nak kena pi jenguk buku sat. Nanti result tak elok padan muka~


ASSALAMUALAIKUM..

No comments: