Tuesday, October 09, 2012

Loghat

ASSALAMUALAIKUM...

Sapa yang tak kenai kan? Zudien Penang. Sekali cakap, tersembur dengan loghat Penangnya. Hey, kalau dah beranak semua kat situ, membesaq pun kat situ, jangan harap la nak cakap KL okay~

Banyak kali ditegur pensyarah. Ada yang tegur direct, ada yang perli dengan mengajuk semula dan ada kawan-kawan yang ketawa. Takpa, tak kisah. Ada juga yang bagi respon positif.

"Aku suka kau cakap Penang. Rasa seronok dengar kau cakap..." Kata salah seorang sahabat India saya baru-baru ni....

Saya dengar la tazkirah dari Ustaz Don. Dengan selambanya dia berbicara dengan loghat yang sama. Bes kot. Sangat berkesan. Secara tidak langsung, dia dah pun menjadi idola saya. Idola kedua okay~ Yang pertama Ustaz Azhar Idrus. 

Buat masa ni, gabung ja dua-dua loghat. Lepaih ni dok nogori sembilan, loghat lain pulak terkeluar. Hahaha...

InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM..

No comments: