Sunday, October 28, 2012

Kerja Sambilan

ASSALAMUALAIKUM....

Sebulan setengah cuti, pastinya taknak sia-siakan begitu saja. Kannnnnnnn?
Hutang pun berlambak ni. Dengan broadbandnya lagi, kalaulah boleh bayar pakai air liur.... ewwww..
Jadi, tiada penyelesaian lain, kecuali bekerja. Cukup la dengan buat part-time. Tapi kerja apa yang sesuai?

  1. Kedai makan
    Hmmm... jadi tukang masak? Gulung tikar jadinya. Mungkin jadi pelayan dah cukup. Kalau bab mencuci pinggan mangkuk ni, saya kurang sikit. Nanti habis kasar tangan I~ Hoho... Boleh la kalau dapat rm500. Ala, tu pun kira banyak la kalau takat jadi pelayan kedai makan, bukan restoran.
  2. Cybercafe
    Jaga ja kaunter. Waktu cuti sekolah, mesti ramai kan? Boleh la tolong pantau apa budak-budak dok bukak. Mana tau bukak laman web merapu kan?? Kena la tegur..hehe..gaji tu komfem la tak berapa banyak. Tapi cukup la kalau dapat rm300(ditolak makan minum, bayar broadband dan minyak). Duit tu boleh guna untuk sem depan. Almaklumlah, tempat baru, elaun nanti dah berbulu baru dapat~
  3. McDonald
    Ni susah sikit la nak dapat. Tapi kalau dapat tu, memang bes la. Gaji pun boleh tahan, cuma kerjanya penat sikit. Reject~
  4. Carwash
    Ni pastinya pilihan pertama saya. Minat dah ada. Cuma nak cari pusat cuci kereta yang sedang mengupah pekerja la. Kalau nak bukak yang sendiri punya, memang x lepas la~ Mesti ada tempat beserta paip. Rumah kat kampung, susah la sikit. Tak ramai yang lalu pun. 

    Cucian tangan lebih bersih~
  5. GSC
    Keja panggung wayang ni, paling senang. Kalau boleh nak jadi yang kutip sampah lepas wayang habis. Mesti banyak lepak dalam pawagam. Boleh tengok movie free. Wohoooo... Jimat duit. Cuma, mula-mula tu kena keluar modal sikit. Nak kena beli uniform macam dorang. Adeh, reject2. Kerja sebulan ja punnn..
  6. Penganggur
    Rasanya ni ja la kerjaya yang banyak kekosongan. Jom la, kerja perabis beras kat rumah. Makan sure dah free, penginapan lagi dapat. Hehehe..

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: