Tuesday, October 30, 2012

Selamat tinggal KL

ASSALAMUALAIKUM...

Mulai sem depan, macam yang telah dirancangkan beberapa tahun lalu, maktab kami akan berpindah ke bandar Enstek. Kat mana pulak nihhhh?? Nogori Sembilan wei. Adeh, makin jauh la jadinya. Daripada 5 jam perjalanan dari Penang dah meningkat jadi 6 jam. Menyusahkan... 

Memang langsung tak bersedia. Banyak lagi sebenarnya yang kami belum buat masa di KL.
Rasanya belum pernah sampai KLCC dengan klasmates. Broga pun belum sampai lagi. Banyak lagi tempat di KL belum explore. Dulu time bawak motor pun, ingat nak explore habis satu KL ni. Tapi sebab terlalu sibuk dan juga faktor taktau jalan, takpa la. GPS pun ada. Explore ja kot peta.

Tapi dah macam-macam saya belajar masa dok kat KL ni. 1st time naik LRT. Berapa orang ja kat kampung yang biasa naik LRT. Wohooo... bangga wei~ =___='

Kali pertama makan nasi bujang. Nasi goreng student. Kalau dulu tak pernah kot tau yang wujudnya menu-menu sebegini kat kedai makan. Walaupun kurang enak, tapi itulah pilihan utama waktu hujung-hujung tahun. 

Kali pertama naik teksi. Kat Penang, disebabkan kat sana orang 'kaya-kaya' belaka, jadi tiadalah yang nak guna teksi. Hey, naik teksi lagi guna  banyak duit. Baru duduk dan tutup pintu pun dah kena cas RM3. Cukup nak makan satu setengah pinggan Nasi Bujang. 

Kali pertama cakap KL. Tapi langsung tak bunyi KL. Hahaha.. mana boleh, kalau dah telan nasik kandaq selalu, makin pekat la pelat utagha nih. 

Kalau diikutkan, banyak lagi 'kali pertama....' saya masa kat KL ni. Nak kena pi jenguk buku sat. Nanti result tak elok padan muka~


ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, October 28, 2012

Kerja Sambilan

ASSALAMUALAIKUM....

Sebulan setengah cuti, pastinya taknak sia-siakan begitu saja. Kannnnnnnn?
Hutang pun berlambak ni. Dengan broadbandnya lagi, kalaulah boleh bayar pakai air liur.... ewwww..
Jadi, tiada penyelesaian lain, kecuali bekerja. Cukup la dengan buat part-time. Tapi kerja apa yang sesuai?

  1. Kedai makan
    Hmmm... jadi tukang masak? Gulung tikar jadinya. Mungkin jadi pelayan dah cukup. Kalau bab mencuci pinggan mangkuk ni, saya kurang sikit. Nanti habis kasar tangan I~ Hoho... Boleh la kalau dapat rm500. Ala, tu pun kira banyak la kalau takat jadi pelayan kedai makan, bukan restoran.
  2. Cybercafe
    Jaga ja kaunter. Waktu cuti sekolah, mesti ramai kan? Boleh la tolong pantau apa budak-budak dok bukak. Mana tau bukak laman web merapu kan?? Kena la tegur..hehe..gaji tu komfem la tak berapa banyak. Tapi cukup la kalau dapat rm300(ditolak makan minum, bayar broadband dan minyak). Duit tu boleh guna untuk sem depan. Almaklumlah, tempat baru, elaun nanti dah berbulu baru dapat~
  3. McDonald
    Ni susah sikit la nak dapat. Tapi kalau dapat tu, memang bes la. Gaji pun boleh tahan, cuma kerjanya penat sikit. Reject~
  4. Carwash
    Ni pastinya pilihan pertama saya. Minat dah ada. Cuma nak cari pusat cuci kereta yang sedang mengupah pekerja la. Kalau nak bukak yang sendiri punya, memang x lepas la~ Mesti ada tempat beserta paip. Rumah kat kampung, susah la sikit. Tak ramai yang lalu pun. 

    Cucian tangan lebih bersih~
  5. GSC
    Keja panggung wayang ni, paling senang. Kalau boleh nak jadi yang kutip sampah lepas wayang habis. Mesti banyak lepak dalam pawagam. Boleh tengok movie free. Wohoooo... Jimat duit. Cuma, mula-mula tu kena keluar modal sikit. Nak kena beli uniform macam dorang. Adeh, reject2. Kerja sebulan ja punnn..
  6. Penganggur
    Rasanya ni ja la kerjaya yang banyak kekosongan. Jom la, kerja perabis beras kat rumah. Makan sure dah free, penginapan lagi dapat. Hehehe..

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, October 24, 2012

Cuti

ASSALAMUALAIKUM..

Sudah menjadi kebiasaan dan kewajipan tiap-tiap kali nak cuti, saya akan buat perancangan. Ya la, tujuan merancang ni, sebab taknak masa dibazirkan. Macam sebelum mengajar, mesti ada RPH. Bak kata Puan Haslinah, kita ni profesional. Mesti ada perancangan. Hihi...

Setakat ni, cuma ada beberapa pengisian.

  1. Cari kojo. Ya la, xdak duit nak bayaq bil broadband untuk bulan-bulan yang akan mendatang. Nak isi minyak, nak tukaq radio kalau boleh. Boleh la play format mp3.
  2. Nak pi kursus kahwin. Eh, muda lagi? Mana ada, tahun depan 21 sudah. Patutnya dah boleh timang anak nih. Hehe..Calon? Uih, tak payah pikiaq ke situ lagi. Jom cari apa yang patut dulu. Calon boleh tunggu kemudian. Kan?? Cadang nak berkursus di Hasani, sungai Petani. RM80 je~
  3. Nak baca tu, nak baca ni. Hehe... Nak banyakkan membaca cuti ni. Almaklumla, lama tak membaca, patutla otak lembap semacam. 
  4. Nak makan banyak. Ni tiap-tiap tahun kot rancang nak buat. Nak tambah berat la katakan~ Tak pernah berjaya. Belum sampai masanya lagi kot~
  5. Nak tangkap gambar banyak-banyak, then edit. Dah dekat 3 bulan tinggalkan dunia fotografi. Sob3... T_T
Banyak lagi sebenaqnya nak buat nih. Cuma belum rancang lagi. Jadi, apa-apa pun, pikir exam dulu yer~


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, October 20, 2012

Pasti

ASSALAMUALAIKUM...

Kepastian, semua orang pasti nakkan kepastian dalam hidup mereka. Kepastian untuk dapat kerja, kepastian, dapat berkahwin dengan si dia dan berbagai-bagai lagi kepastian-kepastian yang sewaktu dengannya. 

Pasti, macam dapat satu jaminan. Sama juga macam janji la. Cuma yang ni janji memang betul-betul ditepati. Bukan janji Melayu ataupun janji apa-apa bangsa. 

Eh, panjang pulak intro. Niat hati nak kongsi lagu ja. Best lagu ni. Sekali dengaq dah jatuh cinta~

Pasti
by Ukays / Mega

Semenjak aku kehilanganmu

Sekitar maya ku berubah

Tiada lagi halusnya kidungmu

Yang ketika dulu

Kau lakukan untukku

Sepi mencengkam

Resah berpanjangan

Wajahmu bermain di ingatan

Yang tinggal kini

Airmata cinta telah membasahi kolam hatiku

Pasti kau di saat ini

Berselindung di balik wajahnya

Aku tak lagi kau hiraukan

Terlontar jauh dari hatimu

Bagaikan mawar terkulai sepi

Tak lagi bererti

Mengimbas keangan di masa silam

Aku terkenangkan janjimu

Tiada lagi kesempatan untukku

Memilikimu seperti dulu

Saturday, October 13, 2012

Jauh

Assalamualaikum...

Terasa berjauhan walaupun pada hakikatnya dekat...
Mungkin perasaan ja kot..
tapi kadangkala saya bingung...
mengapa jadi begini??

Rasa berjauhan dengan semua orang...
rasa ditinggalkan oleh orang yang saya sayang...
pedihnya..

koff3... batuk pun x hilang lagi. Selamat tinggal tembikai susu, laici susu.... hai air suam. T_T

Assalamualaikum

Tuesday, October 09, 2012

Loghat

ASSALAMUALAIKUM...

Sapa yang tak kenai kan? Zudien Penang. Sekali cakap, tersembur dengan loghat Penangnya. Hey, kalau dah beranak semua kat situ, membesaq pun kat situ, jangan harap la nak cakap KL okay~

Banyak kali ditegur pensyarah. Ada yang tegur direct, ada yang perli dengan mengajuk semula dan ada kawan-kawan yang ketawa. Takpa, tak kisah. Ada juga yang bagi respon positif.

"Aku suka kau cakap Penang. Rasa seronok dengar kau cakap..." Kata salah seorang sahabat India saya baru-baru ni....

Saya dengar la tazkirah dari Ustaz Don. Dengan selambanya dia berbicara dengan loghat yang sama. Bes kot. Sangat berkesan. Secara tidak langsung, dia dah pun menjadi idola saya. Idola kedua okay~ Yang pertama Ustaz Azhar Idrus. 

Buat masa ni, gabung ja dua-dua loghat. Lepaih ni dok nogori sembilan, loghat lain pulak terkeluar. Hahaha...

InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, October 07, 2012

Berfesyen

ASSALAMUALAIKUM...


Diubahsuai daripada lagu kalau berpacaran

Tajuk : Kalau 'berfesyenan'

"Kalau berfesyenan, jangan sampai nampak aurat,
kalau ya pun tutup, jangan pula ketat-ketat..."

Berfesyen tu memang boleh. Tapi saya paling pantang kalau pakai ketat-ketat. Tolong la wahai muslimah, bantulah kami Kaum Adam menjaga penglihatan. Takut sekali tertengok, mau tengok lagi. Siapa nak dipersalahkan? Dua2 dapat dosa

Kalau pakai baju, biar sampai hingga paras punggung. Tidakkah lebih selesa ketika berjalan sini sinun?
Takdak la lelaki nak pandang curi-curi. 

Tidakkah menutup aurat itu wajib? Memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan itu ternyata HARAM. Tiada alasan okaiy~ 
Please...

Dirimu begitu berharga wahai Muslimah, jagalah dirimu sebaiknya..
InsyaAllah...

ASSALAMUALAIKUM...