Wednesday, September 26, 2012

Riya'

ASSALAMUALAIKUM...

Diberikan satu situasi seperti berikut :-

Minah A : Wei Minah B, tengok laki tu pi rajin la pi surau. Siap pakai jubah lagi tuh. Untungla siapa dapat suami macam dia.
Minah B : Dia selalu ajak orang datang surau melalui status facebook dia.
Laki : Lepas ni mesti rajin lagi pergi surau. Baru boleh jadi rebutan.

Senang kan nak riya'. Kadang-kadang tak sedaq pun. 

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riya' ni membawa erti kita melakukan sesuatu ibadah tu, bukan kerana Allah, tetapi kerana ingin mendapat pujian dari manusia. 

Bahayanya sifat riya' ni, semua ibadah yang kita buat ni macam sia-sia. Tiada pahala dan seumpamanya. Bezanya dengan syikir besar iaitu menyekutukan Allah, dosa kita tidak akan diampunkan. 

Macam mana nak tau kita ni riya' ka tak?
Bandingkan solat kita ketika berjemaah, dengan solat ketika bersendirian. Kalau solat time ada orang, bacaan jadi panjang, siap beralun lagi...tapi bila solat sorang? 

Mudah-mudahan, kita ni dijauhkanlah daripada sifat ni. Memang dalam hati ni kadang-kadang ada juga sifat tu. Memang susah nak buang. Kena la kikis perlahan-lahan. Moga hati ini ikhlas sepenuhnya dalam beribadah. InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM..

2 comments:

Anonymous said...

typo tu.. syikir = syirik

sekian..

zudien said...

Thankss!!