Tuesday, September 18, 2012

Maafkan Ana

ASSALAMUALAIKUM...

Nabi saw pernah bersabda :

الإِنْسَانُ لاَ يَخْـلُو عَنِ الخَطَاءِ وَالنِّـسْيَانِ

 Maksudnya : manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa.


Ana sedar sebelum ini ana banyak buat salah. Dan kadang-kadang tu, dah minta maaf. Tapi masih mengulangi benda yang sama.

 Hey, ana cuba berubah. Niat dah ada, usaha tu sikit la. Hasilnya? Mana boleh hari ni tanam pokok, esok dapat makan buahnya. Kecuali la kalau kamu tebang pokok tu, kejap ja sudah nampak hasil, tapi hasil berbentuk kemusnahan. Ana taknak la jadi macam tu. Nak berubah, pastinya ke arah kebaikan.

Kalau ada rasa tidak selesa, teruslah beritahu. Bukan ana nak marah pun. Benci lagi la tidak. Malah ana lagi gembira, sebab ada orang yang sanggup menegur, tak kisah la benda tu salah. Yang salah dibetulkan, yang betul diperindahkan lagi. InsyaAllah...

Ana suka guna ana/enta dan sebagainya ketika mengutus SMS misalnya dengan rakan, rasa lebih mesra. Lagipun dulu 5 tahun ana belajar Arab. Kalau campur masa sekolah rendah, hampir 10 tahun. Rugi la kalau ana tinggalkan. Bahasa Syurga, bahasa Al-Quran. Balik cuti nanti, harap sahabat ana dapat ajarkan semua arab komunikasi yang asas. Bolehla ana tunaikan permintaan sahabat ana, saudara Amir dan Yassin. Nak suruh diajar, hehe... kelak ianya berguna. InsyaAllah... Kalau tak suka ana macam ni, tak apa. Ana teruskan dengan orang yang selesa ja. Hehehe...


Sekali lagi, ana nak mintak maaf kepada siapa yang terguris hatinya. Ana tak pernah simpan dalam hati walau hati ini retak seribu sekalipun.
ASSALAMUALAIKUM...

2 comments:

Anonymous said...

anyeong haseyo :D

zudien said...

Gila gemo. Orang korea rupanya. Haha