Saturday, September 01, 2012

Last Day PBS


ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni, berlangsungnya sambutan Merdeka di sekolah. Bukan main excited lagi bebudak. Ada yang pacak bendera atas songkok, ada yang berlari sambil memegang bendera, berlainan saiz. Sorang cikgu ni sibuk mengedarkan lagu 'Janji Ditepati' kepada guru-guru lain. Fineeee... kalau cikgu yang kena menyanyi tak kisah la sangat. Tapi kebanyakan cikgu kedengaran seperti sedang memerli~ Besa la kan, lagu kali ni memang the worst antara semua lagu Merdeka sebelum ni. Ni lebih kepada lagu Mengundi. Eh, budak2 kena nyanyi jugak rupanya. Hihi..nice, macam la dorang boleh mengundi...ish3.. =='

Masuk ja dalam dewan, kami duduk di atas kerusi. Semua disusun di tepi dinding dewan. Agak tak adil la rasanya. Kesian tengok bebudak dok atas lantai ja. Silap lah, saya duduk dekat dengan kelas yang saya masuk dulu. Perghhh, semua mengerumun macam jumpa 'artis'. Tak senang duduk, lepas penat melayan depa tu, terus chow. Duduk tepi makcik kiter~ Bes gila sakat macik nih...haha.. dari IPG Bainun
Ni semua kawan baru saya. Hehe..tapi masih tak ingat nama..paling Ingat Lim la. Memang bes la kalau dapat kawan dengan dia. Chinese paling sporting. 

Oppsss... punya la mau mengelak, last2 termasuk jugak. Haha.. kalau nak tau, macik ni dah kawin. Dengan senior saya dulu, juga merupakak kakak ipar kepada kawan saya. Hihi... orang Sarawak, convert plak tuh. Alhamdulillah... :) Sumpah jeles.

Lepas habis ja majlis ni, terserempak dengan cikgu sekolah Irsyad. Cikgu Syahadatul, teacher Sarah dan Cikgu Rokiah. Semua cikgu tu pernah mengajar saya. Hehe...cikgu masih cam, tapi dia kata saya lain sangat especially tang muka la noh. Makin matang? :P

Lepas tu ada pula mesyuarat tergempar. Encik Fauzey nak jumpa sebab nak tanya tentang tugasan. Kot-kot ada yang belum siap. Banyak nasihat yang dia bagi. Semuanya hebat-hebat belaka. Memang menusuk qalbu (kalbu=anjing) dan akan ingat sampai mati. Nasihat apa? semua dah tulis kat facebook la... :P


Yang saya sedihnya, ada budak pompuan mai jumpa, marah sebab tak datang tengok dia lawan sajak. Adeh, sebab saya dia kalah. Katanya lah... Tips yang saya bagi pun tak cukup. Saya pun macam la pandai bersajak. =='



ASSALAMUALAIKUM...


No comments: