Thursday, September 20, 2012

Kegawatan?

ASSALAMUALAIKUM...

19/9/2012


Perkara pertama terlintas di fikiran, "will I survive this?" Oh broadband, mengapakah cas engkau sangat mahal?? sangat menyiksakan... Perlukah risau?? Teringat kembali kisah yang diceritakan oleh abang Safuan, tentang pengalamannya sendiri.

Dulu waktu masuk PPISMP, dia ada la bawak sedikit duit. Tidak sangka pula kena bayar yuran, beli tu beli ni. Akhirnya, duit dia tinggallah sedikit. Sampaikan duit itu habis dan dia langsung tak punya duit untuk makan. Ketika tu, dia sangatlah risau sampaikan tak tahu nak buat apa. Nak minta pada parents segan katanya. Elaun? Faham-faham la. Macam menunggu tarikh PRU 13 diumumkan. Hehe..
Berdoa dan berdoa dan terus berdoa, hasilnya rezeki pun mencurah-curah. Seminggu tu dia hidup tanpa sesen pun. Ada ja orang belanja makan, makan di surau dan sebagainya. 

So kawan-kawan, belanjalah Ana ye~ Hehe... taklah. Ana punya duit kecemasan. Tapi sebelum tu, Ana mau minta maaf kepada 'tulang rusuk' Ana. Tabung kahwin kena usik... sob3. Kahwin lambat la kita yer... 
Hehehe....

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: