Monday, September 17, 2012

Istikharah

ASSALAMUALAIKUM...

Kaifahalukum wahai pembaca semua? Hehehe... minggu ni jiwa ana agak kacau la. Bukan kacau yang negatif, tapi yang positif. Cuma hati ana yang tak senang duduk, bila terfikirkan pasal nih. Mungkin ana risau, apa yang akan terjadi lepas ini.

Dipendekkan cerita, ada seorang muslimah ni, almost perfect I think (to me la...). Dua tahun lebih kami kenal.
Cara pemakaiannya, cara pergaulannya, cara percakapannya, semua la. Rupa pun memang ala-ala artis.  Mesti enta semua pun tahu, muslimah macam dia ni, pasti menjadi rebutan. Dan ini yang merisaukan ana. Ana takut belum sempat ana masuk, sudah penuh. Terpaksa beralih ke bunga lain. Mana nak sama dengan yang ni. 

Ada dua jalan. Satu yang dibenci Allah (Jalan kapel) dan satu lagi jalan yang diredhai Allah (Nikah). Mesti la nak pilih jalan yang terbaik kan?? Tapi belum sampai la tahap Nikah. Ana belum bersedia la. Ilmu, duit dan segalanya. Banyak lagi ana nak perbaiki terutamanya Solat ana. Kalau bacaan pun masih ada yang tak betul, macam mana nak pimpin dia dalam solat nanti. Hehe... 

Ana cuma bercadang nak berjumpa keluarga. Mana tau, ada rezeki dapatlah berjumpa. Boleh juga bincang pasal nih. Moga-moga dapat jalinkan ikatan sementara ana buat persediaan. Boleh la ana fokus lepas ni. InsyaAllah... Ni la yang membuatkan ana banyak pening. Mau tanya atau tidak. Korbankan sedikit rasa malu, atau menyesal seumur hidup? Kalau ana tanya pun, tak semestinya dapat jawapan. Hehe...

Apa-apa pun, bak kata sodiqi, "Makanan kalau tak masuk dalam mulut, alamatnya berlapar la ana.."

Lepas banyak kali ana berfikir, ana rasa pilihan ana tepat. InsyaAllah, yang lain berserah pada Allah...moga mendapat restu daripada pihak lain... :)

Kepada sahabat-sahabat, bantulah ana. Bimbinglah ana. Tegurlah ana terutamanya bila nampak perempuan. Mesti tundukkan pandangan. Paling susah nak buat. Hehe...

Opsss, ini cincin ana ye. Ana sendiri yang pakai. Cincin dia nanti la. Bila sudah dipersetujui keluarga. Amboi, berangan sampai ke situ... :P



Assalamualaikum...

1 comment:

Anonymous said...

Mahabatullah itu harus utuh dahulu.InsyaAllah jika si dia jodoh anda, tidak kemana.tp usaha perlu ada.yakinlah :)