Friday, September 21, 2012

Inner Peace

ASSALAMUALAIKUM...

Urghhhh, what kind of feeling is this? Rasa tidak tenang. Ada juga bercampur dengan rasa tidak puas dengan apa yang saya kecapi. Persoalan yang sering bermain dalam fikiran, di manakah saya yang sebenar? Hey, this is not me. Rasa lain kot. Macam hilang identiti sendiri. Bukan macam hilang IC. Boleh buat balik kot. Bayar ja denda. Hehe... 

What can I do?
Oh, kalau dulu ada dua benda yang saya buat.
  1. Find someone who I can talk to. Macam kaunselor peribadi la. Luahkan segalanya, minta nasihat. Kemudian, setel. Kalau dulu mesti cari abang Apis. Nasihat dia bagi semua berkesan. Tapi sekarang jarang jumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja yang berlambak.
  2. Balik rumah. Uish na, jauhhhh la.... Dah tu bajet rm180 la kalau nak pergi balik. Oleh kerana sedang kegawatan ekonomi, memang boleh balik dalam mimpi ja la.
  3. Jalan-jalan sorang. Macam biasa la, mesti pergi Tesco. Sekarang ni pun dah ada port baru. Pak Anjang Sup. Fresh oren dia memang terbaik kot. Paling asli. Siap ada isi-isi yang tak hancur. Unifi dia ja dah tak berapa laju. Nak tengok Youtube boleh la. Layan video Ustaz Azhar Idrus. 
  4. Ni yang paling baru la. Layan nasyid. Dah tu lagu serupa. Hanya tuhan yang tahu, kasih kekasih dan nur kasih. Awat tetiba menjiwangkan diri balik. Baru ja nak buang identiti Zudien Jiwang. Adeh...

Kadang-kadang tu, rasa macam nak menyendiri. Jauh dari semua manusia. Tiada masalah, tiada ketawa dan tiada air mata. Takut orang kata gila pula bila menyendiri. Hehehe...

Being alone, is part of myself. I have the chance to think about myself, but sometimes, about others too. 

ASSALAMUALAIKUM...

1 comment:

Sven Medyona said...

Laa tahzan.

Tuhan selalu ada, kan? Pergi mengadu dekat Dia. Menangis depan dia. Ceritakan semua, jangan sembunyikan walau sepatah pun perkataan, walaupun Dia sudah tahu semuanya.

Kemudian doa dipermudahkan, doa diampunkan dan amin. Raup muka bersama air mata kau. Kau akan rasa, dunia tidak akan mampu menjatuhkan kau.

No kidding. Saya neh walau Westernized, sangat percaya dengan Tuhan. Dia nda pernah kecewakan saya :)

And you have me. Haha.