Thursday, September 27, 2012

Cuci Kereta

ASSALAMUALAIKUM...


Sebenarnya, saya ada satu impian sejak kecil. Ayah saya kalau jaga kereta tu, memang macam jaga kereta baru. Tak kira la kereta tu zaman bila punya. Sebelum jalan ke mana-mana, mesti tangan tu dah siap pegang kain lampin. Dah jadi habit cuci dulu kereta sebelum bergerak. 

Akhirnya sifat tu diwariskan kepada saya. Tidak pada abang, tidak pada kakak dan tidak pada adik. :)
Setiap pagi lepas waktu subuh dah ada kat tempat parking. Mesti ada ja keta nak basuh. Hehe... Bila dah cuaca panas sikit, mood nak memolish pun datang. Ni penat sikit. Kena tenyeh-tenyeh dalam bentuk circular. Dah tu mesti ratakan. Kalau tak nampak macam pakai bedak kat muka tapi bertampung. Haha...
Next, mesti vakuum. Kalau boleh buat semua di waktu ayah ada. Nanti dapat la wang saku sikit. Lepas berlaicikang tiga kali. Hehe...


Satu impian saya, saya mau buka carwash. Sendiri punya. Saya tauke, dan saya tukang cuci. Kalau boleh, buka Sabtu dan Ahad saja ka. Ataupun lepas balik sekolah pun boleh cuci. Dapat pendapatan tambahan. Kembangkan cawangan. =='
Tak payah kot. Saya cuma nakkan kepuasan bila mencuci. Dapat tengok hasil dalam masa yang singkat. Dari kotor jadi bersih, dari bersih jadi berkilat. 

InsyaAllah...doakan saya berjaya. :)



ASSALAMUALAIKUM...

No comments: