Tuesday, September 04, 2012

Ada apa dengan kecantikan?

ASSALAMUALAIKUM..


Ada apa dengan kecantikan nih? Sampaikan semua orang sanggup menghabiskan masa, duit malah melanggar larangan Allah, semata-mata nak memperoleh 'kecantikan' tu? Bagaikan menjadi cantik tu satu kewajipan di dunia. Habis banyak duit, beli collagen la, lotion berbakul-bakul, alat mekap penuh almari dan sebagainya.

Bagi lelaki pula, beli pencuci muka jenama mahal punya, kalau tengok yang made in Malaysia tu fikir belas-belas kali gak la, tu pun tak beli. Mana ada kualiti. Minyak rambut bukan main lagi mahal dari minyak masak  seri Murni, dan ada lagi mahal dari minyak zaitun. Pakai kat rambut ja pun. Pakai kejap, basuh, hilang. Lantak korang la, bukan duit aku kan?

Hey, perlukah semua itu nak jadi kacak? Rambut yang stylo ala-ala artis, muka yang licin tanpa satu jerawat pun? dan gigi yang putih berseri bagaikan gigi bayi yang baru tumbuh. Daaaaaa..... perempuan tak tengok semua tu. Kununnya la. Berdasarkan jawapan kepada beberapa rakan wanita yang saya soal sebelum ini.

Macam mana nak kelihatan hensem tanpa mengusik wajah?
Ni ada beberapa TIPS yang saya dapat dari Teruna Terujua :-

#1 Elakkan berjalan dengan rakan lelaki anda yang 'perasan' lebih hensem daripada anda. Nanti kalau jumpa mana-mana aweks, komfem mata dorang akan beralih pada anda dahulu.  

#2 Tahukah anda lelaki yang kacak ialah lelaki yang memiliki dompet tebal? Bukan tebal disebabkan design dompet tu, tapi tebal disebabkan banyaknya FULUS. Tak percaya? Hey, tengok la pemain bola Eropah, macam Rooney pun dapat awek ala-ala Miss World. Komfem la sebab duitttttttt!!! haha..

#3 Tahukah anda bahawa perempuan lebih cenderung memilih lelaki yang kurang kacak kerana lelaki kacak lebih cenderung untuk curang. Lelaki pula cenderung memilih wanita kurang cantik kerana jika wanita itu cantik pasti selalu diusik, banyak persaingan dan menyebabkan lelaki itu cemburu. Yah, this is me. Haha... cari ja yang Solehah (ehem2...). Komfem tak layan mana-mana lelaki. Suci bersih gitu~

Ibu bapa zaman sekarang pun bukan pentingkan 'SANGAT' rupa menantu dorang. Cukuplah lengkap anggota, macam la kalau tak cantik, tak boleh beranak dan sebagainya. Ayah hensem + mak lawa tak semestinya anak tu macam Miss world. Apa yang ibu bapa sekarang ni mau :-

1) Menantu bekerjaya.
2) HOT(Hormati orang tua).
3) JOS(Jadi orang Soleh).

Pssss... Secebis nasihat untuk sahabatku yang ada masalah dengan cermin...

"Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!"

Padahal diri sendiri pun risau. Dengan muka yang tak berapa matang nih... kebarangkalian direject meningkat daripada 60% kepada 80%. Jenuh la nak cari nanti...mau muda 10 tahun pun belum tentu sesuai wei.. sob3...


ASSALAMUALAIKUM...

No comments: