Saturday, September 29, 2012

Buat yang dirindui

ASSALAMUALAIKUM...

Hati tak tenang, bila terkenangkan seseorang yang sangat penting dalam hidup kita. Pasti ada hikmahnya kami dijauhkan. Semakin lama berjauhan, semakin rindu jadinya dan makin kita hargai dan sayang orang itu.

Insan ini la yang mengajar saya erti kematangan. Dia la yang mengajar saya erti menjadi seorang lelaki. Dia juga mengajar saya untuk menyayangi. 

Disebabkan dia juga...

Saya tidak sabar untuk bergelar suami,
dan tidak sabar untuk bergelar bapa...



Ada banyak yang Pak Cik nak ceritakan pada Adam. Tunggu Adam besaq sikit, Pak Cik ceritakan semuanya. Kisah Pak Cik masa kecik-kecik dulu, sampai la sekarang. Kisah suka, duka mahupun cinta, semua akan Pak Cik kongsikan. Hehe... Moga-moga jangan jadi macam Pak Cik. Become a man, and makes your parents proud... :)

InsyaAllah, bulan depan kita jumpa... :')

ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, September 27, 2012

Problem

Assalamualaikum...

Pernah alami situasi ini? ada masalah tapi taktau apa masalah itu? tapi stress tetap ada?
Kalau taktau apa masalahnya, macam mana nak cari penyelesaian? Too complicated.

Mungkin ni bukan masalah kot. Cuma hati yang tak tenang. Berfikir terlalu banyak pum satu sebabnya. Adeh, jadi apa yang saya patut buat? Berhenti berfikir? Impossible...
 Maybe I miss my old me... zudien versi dulu punya. Lebih ceria kot. Banyak buat bising, banyak cakap, kurang serius, dan hampir langsung tak serius. 

Kalau nak kembali jadi macam dulu pun macam mustahil. Bukan mustahil. Cuma taknak. Umur pun dah 20. Kematangan tu mesti ada. Arghhh, makin lama menulis, makin stress jadinya. Setakat di sini saja la ya...


Assalamualaikum..

Cuci Kereta

ASSALAMUALAIKUM...


Sebenarnya, saya ada satu impian sejak kecil. Ayah saya kalau jaga kereta tu, memang macam jaga kereta baru. Tak kira la kereta tu zaman bila punya. Sebelum jalan ke mana-mana, mesti tangan tu dah siap pegang kain lampin. Dah jadi habit cuci dulu kereta sebelum bergerak. 

Akhirnya sifat tu diwariskan kepada saya. Tidak pada abang, tidak pada kakak dan tidak pada adik. :)
Setiap pagi lepas waktu subuh dah ada kat tempat parking. Mesti ada ja keta nak basuh. Hehe... Bila dah cuaca panas sikit, mood nak memolish pun datang. Ni penat sikit. Kena tenyeh-tenyeh dalam bentuk circular. Dah tu mesti ratakan. Kalau tak nampak macam pakai bedak kat muka tapi bertampung. Haha...
Next, mesti vakuum. Kalau boleh buat semua di waktu ayah ada. Nanti dapat la wang saku sikit. Lepas berlaicikang tiga kali. Hehe...


Satu impian saya, saya mau buka carwash. Sendiri punya. Saya tauke, dan saya tukang cuci. Kalau boleh, buka Sabtu dan Ahad saja ka. Ataupun lepas balik sekolah pun boleh cuci. Dapat pendapatan tambahan. Kembangkan cawangan. =='
Tak payah kot. Saya cuma nakkan kepuasan bila mencuci. Dapat tengok hasil dalam masa yang singkat. Dari kotor jadi bersih, dari bersih jadi berkilat. 

InsyaAllah...doakan saya berjaya. :)



ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, September 26, 2012

Riya'

ASSALAMUALAIKUM...

Diberikan satu situasi seperti berikut :-

Minah A : Wei Minah B, tengok laki tu pi rajin la pi surau. Siap pakai jubah lagi tuh. Untungla siapa dapat suami macam dia.
Minah B : Dia selalu ajak orang datang surau melalui status facebook dia.
Laki : Lepas ni mesti rajin lagi pergi surau. Baru boleh jadi rebutan.

Senang kan nak riya'. Kadang-kadang tak sedaq pun. 

Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riya' ni membawa erti kita melakukan sesuatu ibadah tu, bukan kerana Allah, tetapi kerana ingin mendapat pujian dari manusia. 

Bahayanya sifat riya' ni, semua ibadah yang kita buat ni macam sia-sia. Tiada pahala dan seumpamanya. Bezanya dengan syikir besar iaitu menyekutukan Allah, dosa kita tidak akan diampunkan. 

Macam mana nak tau kita ni riya' ka tak?
Bandingkan solat kita ketika berjemaah, dengan solat ketika bersendirian. Kalau solat time ada orang, bacaan jadi panjang, siap beralun lagi...tapi bila solat sorang? 

Mudah-mudahan, kita ni dijauhkanlah daripada sifat ni. Memang dalam hati ni kadang-kadang ada juga sifat tu. Memang susah nak buang. Kena la kikis perlahan-lahan. Moga hati ini ikhlas sepenuhnya dalam beribadah. InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, September 23, 2012

Alhamdulillah

ASSALAMUALAIKUM..

Has been a week already. Alhamdulillah...
Moga dapat kekalkan momentum ini... InsyaAllah...

"Sebagai seorang Muslim yang cintakan Allah dan mengharapkan kasih sayang dari-Nya, apa sahaja yang kita buat mesti disertai dengan niat dan objektif yang tepat. Itu mendekatkan diri kita dengan Allah."


ASSALAMUALAIKUM.. 


Friday, September 21, 2012

Inner Peace

ASSALAMUALAIKUM...

Urghhhh, what kind of feeling is this? Rasa tidak tenang. Ada juga bercampur dengan rasa tidak puas dengan apa yang saya kecapi. Persoalan yang sering bermain dalam fikiran, di manakah saya yang sebenar? Hey, this is not me. Rasa lain kot. Macam hilang identiti sendiri. Bukan macam hilang IC. Boleh buat balik kot. Bayar ja denda. Hehe... 

What can I do?
Oh, kalau dulu ada dua benda yang saya buat.
  1. Find someone who I can talk to. Macam kaunselor peribadi la. Luahkan segalanya, minta nasihat. Kemudian, setel. Kalau dulu mesti cari abang Apis. Nasihat dia bagi semua berkesan. Tapi sekarang jarang jumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja yang berlambak.
  2. Balik rumah. Uish na, jauhhhh la.... Dah tu bajet rm180 la kalau nak pergi balik. Oleh kerana sedang kegawatan ekonomi, memang boleh balik dalam mimpi ja la.
  3. Jalan-jalan sorang. Macam biasa la, mesti pergi Tesco. Sekarang ni pun dah ada port baru. Pak Anjang Sup. Fresh oren dia memang terbaik kot. Paling asli. Siap ada isi-isi yang tak hancur. Unifi dia ja dah tak berapa laju. Nak tengok Youtube boleh la. Layan video Ustaz Azhar Idrus. 
  4. Ni yang paling baru la. Layan nasyid. Dah tu lagu serupa. Hanya tuhan yang tahu, kasih kekasih dan nur kasih. Awat tetiba menjiwangkan diri balik. Baru ja nak buang identiti Zudien Jiwang. Adeh...

Kadang-kadang tu, rasa macam nak menyendiri. Jauh dari semua manusia. Tiada masalah, tiada ketawa dan tiada air mata. Takut orang kata gila pula bila menyendiri. Hehehe...

Being alone, is part of myself. I have the chance to think about myself, but sometimes, about others too. 

ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, September 20, 2012

Kegawatan?

ASSALAMUALAIKUM...

19/9/2012


Perkara pertama terlintas di fikiran, "will I survive this?" Oh broadband, mengapakah cas engkau sangat mahal?? sangat menyiksakan... Perlukah risau?? Teringat kembali kisah yang diceritakan oleh abang Safuan, tentang pengalamannya sendiri.

Dulu waktu masuk PPISMP, dia ada la bawak sedikit duit. Tidak sangka pula kena bayar yuran, beli tu beli ni. Akhirnya, duit dia tinggallah sedikit. Sampaikan duit itu habis dan dia langsung tak punya duit untuk makan. Ketika tu, dia sangatlah risau sampaikan tak tahu nak buat apa. Nak minta pada parents segan katanya. Elaun? Faham-faham la. Macam menunggu tarikh PRU 13 diumumkan. Hehe..
Berdoa dan berdoa dan terus berdoa, hasilnya rezeki pun mencurah-curah. Seminggu tu dia hidup tanpa sesen pun. Ada ja orang belanja makan, makan di surau dan sebagainya. 

So kawan-kawan, belanjalah Ana ye~ Hehe... taklah. Ana punya duit kecemasan. Tapi sebelum tu, Ana mau minta maaf kepada 'tulang rusuk' Ana. Tabung kahwin kena usik... sob3. Kahwin lambat la kita yer... 
Hehehe....

ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, September 18, 2012

Pilihan

ASSALAMUALAIKUM...

Pernah tak anda dihimpit situasi, di mana hanya ada satu pilihan? Satu jalan penyelesaian? Pernah??? Pernahhh? 

Kadang-kala, kalau ada satu saja pilihan, macam lagi mudah. Tak payah pening-pening kepala nak fikir, mana satu lagi baik. Tak payah buat jadual perbandingan dan sebagainya. Errr...

Tapi macam mana kalau pilihan tu, suruh anda mengalah? putus asa?
Jadi, patutkah Ana pilih jalan itu? 
Di sebalik jalan tu sebenarnya ada satu lagi jalan, yang lebih luas, lebih terang dan lebih selamat.
Ya, jangan lupa Allah ada. Allah Maha Kuasa. Mohon padaNya. InsyaAllah, kalau tak tercapai jugak, pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan risau, walau doa tu tak dimakbulkan, ianya tetap membawa pulang ganjaran pahala. InsyaAllah...

La Tahzan wahai hati. Pasti ada hikmah disebaliknya. 
 "Ingatlah bahawa jika malam terlalu gelap, maka ia menjadi petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma."

Always pray, and never give up!!


ASSALAMUALAIKUM..



Maafkan Ana

ASSALAMUALAIKUM...

Nabi saw pernah bersabda :

الإِنْسَانُ لاَ يَخْـلُو عَنِ الخَطَاءِ وَالنِّـسْيَانِ

 Maksudnya : manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa.


Ana sedar sebelum ini ana banyak buat salah. Dan kadang-kadang tu, dah minta maaf. Tapi masih mengulangi benda yang sama.

 Hey, ana cuba berubah. Niat dah ada, usaha tu sikit la. Hasilnya? Mana boleh hari ni tanam pokok, esok dapat makan buahnya. Kecuali la kalau kamu tebang pokok tu, kejap ja sudah nampak hasil, tapi hasil berbentuk kemusnahan. Ana taknak la jadi macam tu. Nak berubah, pastinya ke arah kebaikan.

Kalau ada rasa tidak selesa, teruslah beritahu. Bukan ana nak marah pun. Benci lagi la tidak. Malah ana lagi gembira, sebab ada orang yang sanggup menegur, tak kisah la benda tu salah. Yang salah dibetulkan, yang betul diperindahkan lagi. InsyaAllah...

Ana suka guna ana/enta dan sebagainya ketika mengutus SMS misalnya dengan rakan, rasa lebih mesra. Lagipun dulu 5 tahun ana belajar Arab. Kalau campur masa sekolah rendah, hampir 10 tahun. Rugi la kalau ana tinggalkan. Bahasa Syurga, bahasa Al-Quran. Balik cuti nanti, harap sahabat ana dapat ajarkan semua arab komunikasi yang asas. Bolehla ana tunaikan permintaan sahabat ana, saudara Amir dan Yassin. Nak suruh diajar, hehe... kelak ianya berguna. InsyaAllah... Kalau tak suka ana macam ni, tak apa. Ana teruskan dengan orang yang selesa ja. Hehehe...


Sekali lagi, ana nak mintak maaf kepada siapa yang terguris hatinya. Ana tak pernah simpan dalam hati walau hati ini retak seribu sekalipun.
ASSALAMUALAIKUM...

Monday, September 17, 2012

Istikharah

ASSALAMUALAIKUM...

Kaifahalukum wahai pembaca semua? Hehehe... minggu ni jiwa ana agak kacau la. Bukan kacau yang negatif, tapi yang positif. Cuma hati ana yang tak senang duduk, bila terfikirkan pasal nih. Mungkin ana risau, apa yang akan terjadi lepas ini.

Dipendekkan cerita, ada seorang muslimah ni, almost perfect I think (to me la...). Dua tahun lebih kami kenal.
Cara pemakaiannya, cara pergaulannya, cara percakapannya, semua la. Rupa pun memang ala-ala artis.  Mesti enta semua pun tahu, muslimah macam dia ni, pasti menjadi rebutan. Dan ini yang merisaukan ana. Ana takut belum sempat ana masuk, sudah penuh. Terpaksa beralih ke bunga lain. Mana nak sama dengan yang ni. 

Ada dua jalan. Satu yang dibenci Allah (Jalan kapel) dan satu lagi jalan yang diredhai Allah (Nikah). Mesti la nak pilih jalan yang terbaik kan?? Tapi belum sampai la tahap Nikah. Ana belum bersedia la. Ilmu, duit dan segalanya. Banyak lagi ana nak perbaiki terutamanya Solat ana. Kalau bacaan pun masih ada yang tak betul, macam mana nak pimpin dia dalam solat nanti. Hehe... 

Ana cuma bercadang nak berjumpa keluarga. Mana tau, ada rezeki dapatlah berjumpa. Boleh juga bincang pasal nih. Moga-moga dapat jalinkan ikatan sementara ana buat persediaan. Boleh la ana fokus lepas ni. InsyaAllah... Ni la yang membuatkan ana banyak pening. Mau tanya atau tidak. Korbankan sedikit rasa malu, atau menyesal seumur hidup? Kalau ana tanya pun, tak semestinya dapat jawapan. Hehe...

Apa-apa pun, bak kata sodiqi, "Makanan kalau tak masuk dalam mulut, alamatnya berlapar la ana.."

Lepas banyak kali ana berfikir, ana rasa pilihan ana tepat. InsyaAllah, yang lain berserah pada Allah...moga mendapat restu daripada pihak lain... :)

Kepada sahabat-sahabat, bantulah ana. Bimbinglah ana. Tegurlah ana terutamanya bila nampak perempuan. Mesti tundukkan pandangan. Paling susah nak buat. Hehe...

Opsss, ini cincin ana ye. Ana sendiri yang pakai. Cincin dia nanti la. Bila sudah dipersetujui keluarga. Amboi, berangan sampai ke situ... :P



Assalamualaikum...

Sunday, September 16, 2012

Cuti tanpa keluarga

ASSALAMUALAIKUM...

"Bangun pagi, gosok gigi...guna kodomo lion..."~
 
Hey, dah pun hari Sabtu. Sabtu begini, patutnya dah berada di rumah, sedang tonton kartun sambil bersarapankan nasi lemak. Uwaaaa~ Sedih la sangat kannnnn? :P

Mujurlah dah ditebus dengan aktiviti lain. Karaoke? Memancing?? Photoshooting??? Daaaa.... boring.
Kami ke rumah Encik Razi. Pensyarah Bahasa kelas kami. Beliau bakal dapat gelaran 'Haji'...InsyaAllah... Harap-harap dia tak lupa untuk doa kat Farah~ untungla... dapat jodoh orang B*****...kih3


Gambar Yassin teda di entrynya sendiri... jadi letak kat sini banyak-banyak~

Senyum sampai nampak gusi~

Melepas nak naik benda alah ni~

Tunggu Amir, setiap kedai disinggahnya... satu pun tak berjaya buat dia keluarkan duit~

"Di sini terukir satu janji, janji pada diri sendiri...InsyaAllah.. "







Wednesday, September 12, 2012

Hebatnya Muslimah

ASSALAMUALAIKUM...

Hey..hey... mengapa hati ini sering berdebar-debar? Hahaha... normal la. Bukan hati tu, tapi jantung.
Nak dengar satu cerita? Sebelum abang saya kawin dulu, dia ni punya la liat nak solat. Kaki merokok, rempit lagi tuh. Memang 'ranggi' sungguh la. Ingatka berterusan macam tu sampai tua.

Sehinggala datangnya seorang Muslimah ni dalam hidupnya. Terus berubah 360 darjah. Hamboiii. Bila azan tuh sampaikan saya tak sempat mandi ka hapa dah suruh saya solat. Hehe...
Dah tu, dia berhenti jadi ahli rempit, seumur hidup. Sob3... eh, bagus wat??
Sekarang ni nampak la perubahan tu terus menerus. Bila dah ada isteri, ada anak, ada rumah sendiri, ada tanggungjawab yang banyak, baru la nampak kematangan laki tuh. Dan lagi satu yang saya lupa, dia juga berubah jadi lebih berisi. Ngehehe... MY DREAM~ T_T
Lepas bertunang pun dah naik berat ooo..

Tapi itu kisahnya, lepas ni mungkin kisah saya.
Sekarang ni pun, saya rasa macam something has changed, dalam diri ni... Thanks to 'her'.
Benda 'jahat' yang saya selalu buat sebelum ni pun, langsung ditinggalkan. Senang ja nak bangun tidur tengah malam, ataupun pagi tu... ada perangsang dalam semua perkara. Oh yeahhh!!!

"Mungkin sudah tiba masanya saya berhenti mencari, kini tiba masa saya perbaiki diri....Mudah-mudahan, insyaAllah..."

Moga tiada penghalang buat kami. InsyaAllah... watch out ahhhh kalau ada laki lain kacau dia!!! Sediala mengadap Taiko Penang!!! Hahaha...

Tapi, masih belum ada jawapan, sama ada 'Ya' ataupun 'Tidak'. So what?? Diam tu tandanya setuju...muahahaha... :P

ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, September 09, 2012

Reunion 4S

ASSALAMUALAIKUM...

8/9/2012 ditetapkan sebagai tarikh keramat bagi kumpulan 4S. Bertempat di Times Square, kami bertolak lewat 30 minit disebabkan drebar lambat bangun. Hahaha... Sampai pun agak lewat, disebabkan tersilap masuk simpang. Ala, first time kot. Tapi menggunakan 'instinct' setelah lama memandu, kami berjaya sampai menggunakan jalan alternatif lain. 

Arghhhh, poseless... haha... fokus kot

Tragedi Coolblog baru saja menimpa Nadiah~

Makan banyakkkkkkkk bha...haha



Awwwwww..... gambar untuk si Mertua

Power Rangers VS Power Teachers

macstudio pertama pasangan ini~ untungla...

Farah guna gigi ja untuk pegang anak panah~ haha..


Bha, saya banyak merapu semalam. Hahaha... dengan orang lain memang tak merapu macam nih. Besa la, bila dah rapat, baru konfiden bila cakap. Hahaha... Sori kepada yang terguris....

~Friends FOUR-EVER~

ASSALAMUALAIKUM...

Friday, September 07, 2012

20 000!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, at last dah ada 20 000 pelawat. Blog ni pun dah hampir dua tahun diwujudkan. Pada mulanya untuk suka-suka. Kemudian dah jadi minat. Pastu jadi hobi. Dan sekarang jadi sebahagian hidup saya sendiri. Oh, tak sampai hati nak delete~

Ok la, sempena merayakan hari yang gilang-gemilang nih, saya akan bagi tau satu rahsia. Hanya untuk pembaca tegar blog nih. Jiwang Fans... ewww... :P

Ok, jadi apa rahsianya??? Haha..ni rahsia awet muda. Diamalkan sentiasa. Siapa yang nampak muda pun sentiasa mengamalkan tips ini. Caranya...

"Jangan tinggal Al-Quran."

InsyaAllah, mungkin muka tu nampak tua sikit, tapi kesihatan tip top ohhh...juga dapat mengelakkan terkena nyanyuk..


*Pssstt...saya bukan awet muda. Tapi tidak matang. Hahaha..


ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, September 05, 2012

Lagu

ASSALAMUALAIKUM..

Lagu merupakan salah satu medium manusia meluahkan perasaan mereka, sama ada suka, duka ataupun cinta. Banyak lagu-lagu yang TOP ditulis semasa mereka sedang dalam keadaan beremosi. Contoh macam lagu 'Cinta Tiga Segi'. Orang cakap la, lagu ni ditulis oleh seorang lelaki yang kekasihnya curang kot. Masa tu dia di dalam penjara dan terus bunuh diri lepas tulis lagu ni. Memang lagu macam ni la yang menusuk qalbu ketika mendengar.

Saya pun suka luah perasaan melalui lagu tapi tak sampai la nak karang lagu sendiri. Malas, bukan ada sapa nak nyanyi pun. Jadi saya cuma ambil daripada mana-mana penyanyi la. Ni ada satu lagu. Paling feveret la. Lagu yang sangat menyentuh hati saya sejak semenjak ni. Padahal dari dulu lagi layan lagu nih. Hehe

Lagu : Mengusung Rindu
Penyanyi : Arwah Achik Spin

Lagu ni berkisar tentang sorang laki ni, sangat suka, sayang, cinta dan sebagainya la. Tetapi kekasih dia ni dah pun diambil orang lain. Kawin ka tak taktau la. Hanya mampu lihat dari jauh mereka berbahagia bersama. 

Memang sedih gila la lagu ni. Kesian kat laki tuh. Kalau saya la yang jadi dia, memang tak dapat bayangkan la. Sob3... :'(

Ni lirik lagu dia.
Dalam hati ini ada nama mu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam diri ini ada sayang mu
Sayangnya diri mu tidak mengerti

Dalam senyuman ini ada tangisan
Tangisan seorang insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis
Oh hibanya... ( oh... )

Sayu hati... sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan
Dengan sidia
Sakit hati... sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina letih tidak bermaya
Rasa terkilan bunga yang ku puja
Kini mekar harum di jambangan orang
Kau yang ku sayang
Aku yang gundah

Kalau tahu sakit begini
Tidak aku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyanyangi mu
Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu...
Ku tak berdaya


Try la dengaq lagu nih. Memang lagu paling sedih la dalam banyak-banyak lagu jiwang yang saya tau. Kbye, nak melayan perasaan... :')


ASSALAMUALAIKUM..

Tuesday, September 04, 2012

Ada apa dengan kecantikan?

ASSALAMUALAIKUM..


Ada apa dengan kecantikan nih? Sampaikan semua orang sanggup menghabiskan masa, duit malah melanggar larangan Allah, semata-mata nak memperoleh 'kecantikan' tu? Bagaikan menjadi cantik tu satu kewajipan di dunia. Habis banyak duit, beli collagen la, lotion berbakul-bakul, alat mekap penuh almari dan sebagainya.

Bagi lelaki pula, beli pencuci muka jenama mahal punya, kalau tengok yang made in Malaysia tu fikir belas-belas kali gak la, tu pun tak beli. Mana ada kualiti. Minyak rambut bukan main lagi mahal dari minyak masak  seri Murni, dan ada lagi mahal dari minyak zaitun. Pakai kat rambut ja pun. Pakai kejap, basuh, hilang. Lantak korang la, bukan duit aku kan?

Hey, perlukah semua itu nak jadi kacak? Rambut yang stylo ala-ala artis, muka yang licin tanpa satu jerawat pun? dan gigi yang putih berseri bagaikan gigi bayi yang baru tumbuh. Daaaaaa..... perempuan tak tengok semua tu. Kununnya la. Berdasarkan jawapan kepada beberapa rakan wanita yang saya soal sebelum ini.

Macam mana nak kelihatan hensem tanpa mengusik wajah?
Ni ada beberapa TIPS yang saya dapat dari Teruna Terujua :-

#1 Elakkan berjalan dengan rakan lelaki anda yang 'perasan' lebih hensem daripada anda. Nanti kalau jumpa mana-mana aweks, komfem mata dorang akan beralih pada anda dahulu.  

#2 Tahukah anda lelaki yang kacak ialah lelaki yang memiliki dompet tebal? Bukan tebal disebabkan design dompet tu, tapi tebal disebabkan banyaknya FULUS. Tak percaya? Hey, tengok la pemain bola Eropah, macam Rooney pun dapat awek ala-ala Miss World. Komfem la sebab duitttttttt!!! haha..

#3 Tahukah anda bahawa perempuan lebih cenderung memilih lelaki yang kurang kacak kerana lelaki kacak lebih cenderung untuk curang. Lelaki pula cenderung memilih wanita kurang cantik kerana jika wanita itu cantik pasti selalu diusik, banyak persaingan dan menyebabkan lelaki itu cemburu. Yah, this is me. Haha... cari ja yang Solehah (ehem2...). Komfem tak layan mana-mana lelaki. Suci bersih gitu~

Ibu bapa zaman sekarang pun bukan pentingkan 'SANGAT' rupa menantu dorang. Cukuplah lengkap anggota, macam la kalau tak cantik, tak boleh beranak dan sebagainya. Ayah hensem + mak lawa tak semestinya anak tu macam Miss world. Apa yang ibu bapa sekarang ni mau :-

1) Menantu bekerjaya.
2) HOT(Hormati orang tua).
3) JOS(Jadi orang Soleh).

Pssss... Secebis nasihat untuk sahabatku yang ada masalah dengan cermin...

"Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!"

Padahal diri sendiri pun risau. Dengan muka yang tak berapa matang nih... kebarangkalian direject meningkat daripada 60% kepada 80%. Jenuh la nak cari nanti...mau muda 10 tahun pun belum tentu sesuai wei.. sob3...


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, September 01, 2012

Berubah

ASSALAMUALAIKUM...

Perubahan boleh berlaku, tanpa mengira siapa, bila, di mana dan segala 'WH' question yang ada. 
Tapi saya tak paham, mengapa berubah, kalau perubahan tu boleh membuatkan diri sendiri atau orang lain patah hati. Bukan tak boleh, cuma inform dulu ka. Mudah-mudahan perubahan tu diterima semua pihak. 


Sori nah, mood jiwang dah kembali lepas habis PBS neh. Siap nak tuju lagu lagi neh.

PATAH HATI- SAUJANA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

Last Day PBS


ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni, berlangsungnya sambutan Merdeka di sekolah. Bukan main excited lagi bebudak. Ada yang pacak bendera atas songkok, ada yang berlari sambil memegang bendera, berlainan saiz. Sorang cikgu ni sibuk mengedarkan lagu 'Janji Ditepati' kepada guru-guru lain. Fineeee... kalau cikgu yang kena menyanyi tak kisah la sangat. Tapi kebanyakan cikgu kedengaran seperti sedang memerli~ Besa la kan, lagu kali ni memang the worst antara semua lagu Merdeka sebelum ni. Ni lebih kepada lagu Mengundi. Eh, budak2 kena nyanyi jugak rupanya. Hihi..nice, macam la dorang boleh mengundi...ish3.. =='

Masuk ja dalam dewan, kami duduk di atas kerusi. Semua disusun di tepi dinding dewan. Agak tak adil la rasanya. Kesian tengok bebudak dok atas lantai ja. Silap lah, saya duduk dekat dengan kelas yang saya masuk dulu. Perghhh, semua mengerumun macam jumpa 'artis'. Tak senang duduk, lepas penat melayan depa tu, terus chow. Duduk tepi makcik kiter~ Bes gila sakat macik nih...haha.. dari IPG Bainun
Ni semua kawan baru saya. Hehe..tapi masih tak ingat nama..paling Ingat Lim la. Memang bes la kalau dapat kawan dengan dia. Chinese paling sporting. 

Oppsss... punya la mau mengelak, last2 termasuk jugak. Haha.. kalau nak tau, macik ni dah kawin. Dengan senior saya dulu, juga merupakak kakak ipar kepada kawan saya. Hihi... orang Sarawak, convert plak tuh. Alhamdulillah... :) Sumpah jeles.

Lepas habis ja majlis ni, terserempak dengan cikgu sekolah Irsyad. Cikgu Syahadatul, teacher Sarah dan Cikgu Rokiah. Semua cikgu tu pernah mengajar saya. Hehe...cikgu masih cam, tapi dia kata saya lain sangat especially tang muka la noh. Makin matang? :P

Lepas tu ada pula mesyuarat tergempar. Encik Fauzey nak jumpa sebab nak tanya tentang tugasan. Kot-kot ada yang belum siap. Banyak nasihat yang dia bagi. Semuanya hebat-hebat belaka. Memang menusuk qalbu (kalbu=anjing) dan akan ingat sampai mati. Nasihat apa? semua dah tulis kat facebook la... :P


Yang saya sedihnya, ada budak pompuan mai jumpa, marah sebab tak datang tengok dia lawan sajak. Adeh, sebab saya dia kalah. Katanya lah... Tips yang saya bagi pun tak cukup. Saya pun macam la pandai bersajak. =='



ASSALAMUALAIKUM...