Wednesday, August 01, 2012

Setia

ASSALAMUALAIKUM...


Semalam, Mak Lang saya baru ja meninggal dunia di HUKM. Barah paru-paru katanya. Tahap kritikal dah. Terlantar di hospital dekat sebulan dah rasanya. Alhamdulillah, saya berada di sisinya masa hembusan nafas terakhir. Tapi kesian Pak Lang saya. Masa tu dia sedang mengangkat barang masuk dalam kereta. Jadi dia tiada di situ untuk menemani isterinya semasa di ambang maut.

Kagum saya melihatnya, hampir 24 jam bersama isteri ketika sakit. Sedangkan isterinya tu langsung tak boleh bercakap dan bergerak. Kerja entah ke mana. Semua ditinggalkan demi seorang wanita yang digelar 'Hawa' nih. Dahsyatnya cinta seorang suami. Semasa mendapat tahu bahawa isterinya sudah pergi buat selamanya, saya dapat mendengar esakannya. Dia cuba mengawal supaya tidak mengalirkan air mata, sebab takut nanti anaknya lagi bertambah sedih. :'(

Kehilangannya sangat dirasai. Sifat keibuaannya, sama macam ibu saya sendiri. Wajahnya pun saling tak tumpah macam ibu saya. Seakan-akan sama.Teringat tatkala pergi ke rumahnya. Pasti akan dijamukan juadah-juadah yang enak. Bila tiba musim raya, saya akan menanti sehinggalah dia sampai di depan rumah. Menanti untuk bersalaman. 

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azizah Bt Abd Aziz...