Friday, August 17, 2012

Seram tapi benar

ASSALAMUALAIKUM...

Baru-baru ni, ayah saya bagitau, dia nampak jiran saya lontar plastik berisi air apa ntah. dia lontar betul-betul dekat dinding rumah. Banyak bekas plastik ada kat situ. 

Kemudian, beberapa hari lepas ada panggil seorang Ustaz nih. Memang ustaz ni glamer sebab banyak tolong orang berubat. Ustaz tu datang rumah, lepas tu dia cakap jiran saya nih selalu jumpa bomoh. Dan benda yang dia baling tu, macam air jampi apa entah. Sebab tu selalu ada benda-benda dok kacau kat rumah kami nih. Anak kakak saya la selalu sangat nangis. Jiran saya tu ingat kami dok jumpa bomoh sebab dengki kat dorang. =='

Please la. For what? Kami dah ada semuanya. Korang ada ASTRO? Kami pun ada... ish3. Lepas Ustaz tu buat apa entah, takdak lagi bunyi-bunyi orang baling pasir atas bumbung, mahupun bunyi orang berjalan kat atas. Hihi... saya ingat bunyi binatang ka hapa sebelum nih. 

Ustaz tu pun ada cakap, ada dua ka tiga taktau 'benda' yang dok tinggal dalam rumah kami. Satu dok kat ruang tamu. Satu lagi dok kat tepi rumah kot. Tak sure la. Patutla dulu saya pernah nampak satu lembaga putih duduk depan ruang tamu. Masa tu buat tak heran ja. Ala, hantu ja punnnn... dia tak kacau orang kalau kita tak kacau dia. Errr, tapi dah takut nak main futsal tengah-tengah malam.

Apa-apapun, banyakkan berdoa ja la kat Allah. Banyak amal Ibadat, mesti nanti benda ni takut nak kacau kita kannn??


ASSALAMUALAIKUM...

No comments: