Wednesday, August 29, 2012

PBS Hari 1

ASSALAMUALAIKUM...

Sepatutnya saya post entry ni dua hari lepas. Tapi entah kenapa mood PBS menghalang diri ini dari menulis. Menurut teori sains, ini sebenarnya lebih kepada 'Malas'. Haha...

Kami(saya dan member yang dirahsiakan identitinya) datang paling awal kononya. Rupanya Ustazah Wan datang lagi awal. Hehe... sampai ja terus jumpa Cikgu Fauzey, PK1 SK Pokok Sena. Baik dan sangat sporting cikgu nih. PK terbaik saya pernah jumpa. Kami serahkan surat dari maktab masing-masing. Kemudian kami pi la perhimpunan. Bukan main hebat lagi pagi tu. Dua orang murid muntah sebab terlalu banyak melantak waktu raya- Teori Cikgu Fauzey.

Lepas tu baru la geng-geng dari IPG lain datang. Jumlah kami semua 13 orang. Ada dari Bainun dan ada dari IPDA. Semuanya ada gaya masing-masing. Boleh buat jadi member. Dah perkenalkan diri masing-masing, kami pergi ke bilik mesyuarat, untuk penerangan lanjut mengenai tugasan kami. 


Ok, memang langsung tak jangka. Kena ganti kelas tanpa apa-apa persediaan. Nice. Masuklah saya ke kelas tu dengan Kak Wan. Sebab buntu taktau apa nak buat, mula la keluaq topik Boboiboy.
Bukan main rancak lagi sembang dengan budak-budak laki kelas nih. Semua tak pernah miss walau satu pun episod. Saya siap rakam lagi 3 lagu dorang menyanyi. Lagu anak kampung, cinta muka buku dan lagu boboiboy(tapi lirik tak betoi). 

video

Apa-apa pun, hari first ni memang terbaik la. Hihi..


ASSALAMUALAIKUM...

No comments: