Thursday, August 02, 2012

Cemburu

ASSALAMUALAIKUM...

Adooooiii, kuat betoi perasaan cemburu nih. Membuak-buak bila sampai satu ketika. 
Sebelum tu, jom kita mendalami dulu apakah maksud cemburu.

Menurut kamus :
" ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya. "

Sampai ke situ maksudnya. Kamus ni takbleh pakai. =='
Kamus Jiwang neh.


Mengapa perlu ada sifat cemburu?
Macam tak bagus ja?


Sebab sifat cemburu ni la, kita belajar untuk setia. Kalau tiada sifat cemburu nih, komfem seorang suami pi cari perempuan lain, seorang anak mencari ibu lain sebab dan sebagainya.

Bahaya ka cemburu nih?


Oh, memang bahaya. Banyak kali masuk akhbar wanita dibunuh sebab cemburu la, pelajar dipukul sebab chatting ngan awek member la, santau pun kebanyakannya disebabkan cemburu.


Macam mana nak atasi?

Yang ni memang susah sebab ianya berkaitan dengan soal hati. Saya sendiri belum pandai mengawal sifat ni. Paling senang, banyakkan bersabar, insyaAllah...kurang la rasa cemburu tu nanti.


Contoh situasi :
Saya pergi Perancis. Cemburu tak?? tak kot?? cuba kalau saya ubah. Saya pergi Perancis berdua, dengan girlfren. Ha, makin jeles jadinya kan? :P


Contoh ni pun tak boleh pakai. Hahaha.. ok la, belajar la atasi sifat cemburu nih. Nanti kalau ada tips ka, boleh la tinggal di ruangan komen.


ASSALAMUALAIKUM...

3 comments:

Sven Medyona said...

Ahahha.. untunglah jealous :D

zudien said...

Jeles sama kau.... haha

Sven Medyona said...

Ehh?! Sayalah yang patut jealous dengan kau. Kau sudah pergi Paris :D