Saturday, August 04, 2012

Buget lari

ASSALAMUALAIKUM...

Dah sem 2, jadi ini kali kedua dapat elaun banyak sekaligus. Ingatkan semester ni dapat urus dengan lebih baik dari semester lepas. Rupa-rupanya lagi teruk kot. Haha... Habis semua plan nak beli lens, nak repair laptop dan sebagainya.

Tapi soal duit ni rasanya memang tak perlu risau. Semua rezeki Allah yang bagi. Rezeki pun tak semestinya dalam bentuk wang. Orang kaya macam mana sekalipun, kalau Allah tarik rezeki dia, mesti akan rasa kesempitan jugak. Lagipun, orang cakap tak baik mengeluh. Kalau takdak duit sekalipun, jangan cakap takdak duit. Nanti jadi doa, betoi-betoi takdak duit kot. 

Semester ni pun masih berbaki 3 bulan setengah macam tu ja. Lepas tu boleh balik rumah. Jimat sikit belanja. Lagipun raya nanti, boleh pau abang kakak. Kurang-kurang boleh jadi belanja selama 2 minggu. Campur dengan hutang member semua tuh, dah claim nanti dapat la bertahan selama sebulan kot. InsyaAllah, kalau hari-hari makan nasi bujang. =.='

Berbakikan elaun yang ada, masih ada beberapa benda lagi saya nak buat. Ingat nak tukaq radio keta tuh. Tak selesa la kalau radio takleh guna. Tapi kalau dah beribu harganya, pikir 30 kali gak la. Lepas tu bonet belakang, hidraulik engsel tu pun rosak. Haihhh, typical keta Malaysia... lebih jaga kuantiti dari kualiti...


ASSALAMUALAIKUM... 

2 comments:

Sven Medyona said...

YEAH!! Akhirnya kau faham saya. Saya begitulah, nda risau sangat pasal rezeki; as long as we spend it in the way of Allah (good ways), memang akan berlimpah-ruah.

Dan bersabar. Kalau kesusahan duit, bersyukur iman masih ada untuk Allah uji.

zudien said...

InsyaAllah, kalau tiada duit pun, ramai yang akan menghulurkan bantuan... :)