Saturday, August 25, 2012

Angan-angan dulu

ASSALAMUALAIKUM...


Dulu, masa kecik-kecik dulu...eh, xdak la lama sangat. Ada la suatu ketika dulu. Masa sekolah menengah. Saya selalu la berangan berfikir pasal kahwin. Antara benda yang saya selalu fikir antaranya :-

  1. Isteri saya nanti mesti mula dengan 'Izz...'. Baru la matching. Hehe... contoh nama Izzati, Izzah, Izzan dan mana-mana lagi Izz la. Janji jantina tu perempuan.
  2. Isteri saya bukanlah yang memakai kaca mata. Ni paling tak boleh blah. Alasan dia sebab nanti maintainance tinggi. Kena beli spek lagi. Hehe...lepas tu, nanti takut anak pun rabun.
  3. Isteri mestilah lagi pendek. Ni agak susah la time dulu memandangankan dulu memang saya sangat pendek. Sekarang ni senang la sikit cari. Hehe... tapi bak kata orang tua-tua, bini tinggi dari suami, murah rezeki.
  4. Isteri tak kerja. Boleh la masak hari-hari kat rumah. Tak payah pasai anak siapa yang nak jaga. Tapi memandangkan sekarang ni kos sara hidup sangat tinggi, rumah pun mahai GILA, kereta mau power dan sebagainya lagi, komfem cari bini yang ada kerja. Kerja kerajaan la kalau boleh. Cikgu digalakkan. Hehe.. =__='
  5. Gadis kampung. Ni pun agak tak boleh blah la. Dulu ingat pompuan kampung ni sopan ala princess lagi tu~ Pakai pun simple ja. Dulu memang la macam ni. Sekarang ni tengok pompuan kampung pun...urghhh.... mencarut kuat, pakai mengalahkan artis.. nak contoh?? Identiti dirahsiakan.
Kalau diikutkan, memang banyak lagi neh. Malu dah nak tulis. 

Assalamualaikum...

No comments: