Friday, August 31, 2012

PBS Hari ketiga

ASSALAMUALAIKUM...

Tugasan dah habis, jadi hari ini hanya perlu teman saudara Aziz untuk ke kelas. Ala, tak buat apa pun. Masuk, sembang-sembang...that's it. Masuklah kami tahun 5. Depa ni dah matang sikit, jadi senang la nak urus. Ada sorang budak ni, macam kenai. Tapi rupanya memang kenai pun. Anak jiran saya. Adik beradik saya gak la. Bukan main payah lagi nak yakinkan dia yang saya ni jiran dia. Haihhh...esok tu baru dia percaya bila saya sembang dengan mak dia(teacher sekolah tu). 

Time tu kena puji lagi...hihi....pandai budak-budak pompuan sekolah tu ambik hati saya eh...
Takmau la tulih kat sini, buat malu saja. Hahaha...

Lim yang tak pandai berbahasa Cina. Makan totally macam Melayu. Hehe.. Kiri. Dan panda sebelah kanan.

Shazwan. Pot pet banyak tapi dia la yang menceriakan keadaan.

Anak sir said sebelah kiri sekali. Hehe...



Thursday, August 30, 2012

PBS Hari kedua

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni, seperti yang dirancangkan, saya akan melaksanakan tugasan pedagogi..iaitu me'nimbulkan' inkuiri murid dalam topik tenggelam 'timbul'. Pagi tu bagi Ustazah Wan dulu, kelas tu bijak, tetapi mulut rajin pot pet. Saya boleh bantu merakam ja la. Yang lain memang Kak wan yang handle. Biar dia peroleh pengalaman tu sendiri. 

98% Murid panggil Ustazah. Semua budak irshad yang pi PBS sini dipanggil Ustaz/ustazah. Hebat kan?


Overall, kak Wan berjaya aplikasikan inkuiri, cuma kelas ni memang susah nak handle.

Next, my turn.

Kelas palinggggg ujunggggggggggggggg....terbaikla, bising mengalahkan pasar malam..budak-budak dia suka lawan cakap cikgu. Nice la. Kalau pedagogi tak dapat A salah hampa la noh.. :P
Hehe... mestilah cikgu yang salah, tak pandai kawal hampa.

Awal-awal ja nampak berdisiplin. Sampai ja tingkat atas, menjerit sakan. Adehhh...=='
Dekat makmal tu, ada meja besi. Patutla cikgu dorang taknak guna dah makmal. Depa suka tendang-tendang. Dah tu bila tanya takdak yang mau ngaku. Hari tu memang rasa nak penyepak sorang-sorang(boys je la, girls too cute~)

Yah, hari tu juga jumpa anak Lisa Surihani. Comel gila. Nak kena cari bini lawa-lawa la kalau gini. Ngeee.... ish3....


ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, August 29, 2012

PBS Hari 1

ASSALAMUALAIKUM...

Sepatutnya saya post entry ni dua hari lepas. Tapi entah kenapa mood PBS menghalang diri ini dari menulis. Menurut teori sains, ini sebenarnya lebih kepada 'Malas'. Haha...

Kami(saya dan member yang dirahsiakan identitinya) datang paling awal kononya. Rupanya Ustazah Wan datang lagi awal. Hehe... sampai ja terus jumpa Cikgu Fauzey, PK1 SK Pokok Sena. Baik dan sangat sporting cikgu nih. PK terbaik saya pernah jumpa. Kami serahkan surat dari maktab masing-masing. Kemudian kami pi la perhimpunan. Bukan main hebat lagi pagi tu. Dua orang murid muntah sebab terlalu banyak melantak waktu raya- Teori Cikgu Fauzey.

Lepas tu baru la geng-geng dari IPG lain datang. Jumlah kami semua 13 orang. Ada dari Bainun dan ada dari IPDA. Semuanya ada gaya masing-masing. Boleh buat jadi member. Dah perkenalkan diri masing-masing, kami pergi ke bilik mesyuarat, untuk penerangan lanjut mengenai tugasan kami. 


Ok, memang langsung tak jangka. Kena ganti kelas tanpa apa-apa persediaan. Nice. Masuklah saya ke kelas tu dengan Kak Wan. Sebab buntu taktau apa nak buat, mula la keluaq topik Boboiboy.
Bukan main rancak lagi sembang dengan budak-budak laki kelas nih. Semua tak pernah miss walau satu pun episod. Saya siap rakam lagi 3 lagu dorang menyanyi. Lagu anak kampung, cinta muka buku dan lagu boboiboy(tapi lirik tak betoi). 


Apa-apa pun, hari first ni memang terbaik la. Hihi..


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, August 25, 2012

Angan-angan dulu

ASSALAMUALAIKUM...


Dulu, masa kecik-kecik dulu...eh, xdak la lama sangat. Ada la suatu ketika dulu. Masa sekolah menengah. Saya selalu la berangan berfikir pasal kahwin. Antara benda yang saya selalu fikir antaranya :-

  1. Isteri saya nanti mesti mula dengan 'Izz...'. Baru la matching. Hehe... contoh nama Izzati, Izzah, Izzan dan mana-mana lagi Izz la. Janji jantina tu perempuan.
  2. Isteri saya bukanlah yang memakai kaca mata. Ni paling tak boleh blah. Alasan dia sebab nanti maintainance tinggi. Kena beli spek lagi. Hehe...lepas tu, nanti takut anak pun rabun.
  3. Isteri mestilah lagi pendek. Ni agak susah la time dulu memandangankan dulu memang saya sangat pendek. Sekarang ni senang la sikit cari. Hehe... tapi bak kata orang tua-tua, bini tinggi dari suami, murah rezeki.
  4. Isteri tak kerja. Boleh la masak hari-hari kat rumah. Tak payah pasai anak siapa yang nak jaga. Tapi memandangkan sekarang ni kos sara hidup sangat tinggi, rumah pun mahai GILA, kereta mau power dan sebagainya lagi, komfem cari bini yang ada kerja. Kerja kerajaan la kalau boleh. Cikgu digalakkan. Hehe.. =__='
  5. Gadis kampung. Ni pun agak tak boleh blah la. Dulu ingat pompuan kampung ni sopan ala princess lagi tu~ Pakai pun simple ja. Dulu memang la macam ni. Sekarang ni tengok pompuan kampung pun...urghhh.... mencarut kuat, pakai mengalahkan artis.. nak contoh?? Identiti dirahsiakan.
Kalau diikutkan, memang banyak lagi neh. Malu dah nak tulis. 

Assalamualaikum...

Friday, August 17, 2012

Seram tapi benar

ASSALAMUALAIKUM...

Baru-baru ni, ayah saya bagitau, dia nampak jiran saya lontar plastik berisi air apa ntah. dia lontar betul-betul dekat dinding rumah. Banyak bekas plastik ada kat situ. 

Kemudian, beberapa hari lepas ada panggil seorang Ustaz nih. Memang ustaz ni glamer sebab banyak tolong orang berubat. Ustaz tu datang rumah, lepas tu dia cakap jiran saya nih selalu jumpa bomoh. Dan benda yang dia baling tu, macam air jampi apa entah. Sebab tu selalu ada benda-benda dok kacau kat rumah kami nih. Anak kakak saya la selalu sangat nangis. Jiran saya tu ingat kami dok jumpa bomoh sebab dengki kat dorang. =='

Please la. For what? Kami dah ada semuanya. Korang ada ASTRO? Kami pun ada... ish3. Lepas Ustaz tu buat apa entah, takdak lagi bunyi-bunyi orang baling pasir atas bumbung, mahupun bunyi orang berjalan kat atas. Hihi... saya ingat bunyi binatang ka hapa sebelum nih. 

Ustaz tu pun ada cakap, ada dua ka tiga taktau 'benda' yang dok tinggal dalam rumah kami. Satu dok kat ruang tamu. Satu lagi dok kat tepi rumah kot. Tak sure la. Patutla dulu saya pernah nampak satu lembaga putih duduk depan ruang tamu. Masa tu buat tak heran ja. Ala, hantu ja punnnn... dia tak kacau orang kalau kita tak kacau dia. Errr, tapi dah takut nak main futsal tengah-tengah malam.

Apa-apapun, banyakkan berdoa ja la kat Allah. Banyak amal Ibadat, mesti nanti benda ni takut nak kacau kita kannn??


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, August 14, 2012

Saya Malu

ASSALAMUALAIKUM...

Adeh, saya dah buat sesuatu yang menyebabkan saya tak tau mana nak letak muka neh(mestilah atas kepala gak.. (=_=')

Malu eh? Normal la. Taktau malu lagi teruk daripada malu. Tu yang banyak sangat orang dok buat maksiat tepi tasik, tepi pantai, malah kat baazar pun ada. Ni memang taktau malu sungguh. 

Xpa la, memang patut pun malu. Tapi nak wat camna, cuma berlaku jujur, dan yang pentingnya, ikhlas dari hati..~

Eh, ada 4 kad raya lebih... entah mau bagi kat sapa... maybe I should write one for myself... bukan foreveralone, tapi macam buat refleksi... tegur diri sendiri mungkin... hehe

ASSALAMUALAIKUM...


Saturday, August 11, 2012

Semangat Raya

ASSALAMUALAIKUM...


Hey...hey... raya bakal menjelma. Kadang-kadang tu terkeliru gak, patutkah hati rasa gembira atau sebaliknya. Syawal bakal tiba, tetapi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Hey, ni barulah dinamakan tangisan dalam kegembiraan. Siapa yang bersungguh-sungguh melakukan ibadat masa bulan Ramadhan ni, mesti rasa sedih. Waktu Ramdhan ni la semangat nak beribadah tu meningkat berkali ganda. 

Chill la... hari lain pun masih perlu beribadah. Bezanya ganjaran tu takla sebanyak ketika bulan Ramadhan. Doa-doalah tahun depan sempat lagi menemui Ramadhan. :(

Semangat Raya VS Semangat Assignment

Rasanya tak patutla banding kedua-dua nih. Mustahil doe nak bersemangat masa buat assignment. Bersemangat taknak buat assignment, agak logik la. 

Persediaan raya

Tahun ni la paling 'meriah' rayanya~ Kuih entah macam mana. Baju raya sehelai pun belum beli. Duit raya komfem sikit. Raya alone tahun nih. Hohoho... bersyukurlah masih mampu beraya.. InsyaAllah...
Kad Raya dah siap, tunggu masa ja la ye... Bagi yang kecik-kecik cukup. Nak beli yang lagu kang kurang la buget nak beli baju... hehe

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, August 08, 2012

Impress

ASSALAMUALAIKUM...


Dah lewat malam ni. Mata memang mengantuk tapi niat nak tulis entry ni masih kental, jadi tidur, sila datang kemudian.

Impress? Banyak kali benda ni bermain dalam fikiran. Apa benda yang saya pernah buat, ataupun boleh buat, untuk impresskan orang lain? Macam tiada. Selalu cemburu dengan kawan-kawan lain. Yang tu pandai menulis, yang ni pandai berbicara, yang tu pandai melukis, yang ni pandai sekian-sekian. Diri sendiri? Pandai cemburu :3

Fikir banyak-banyak tentang ni pun, bukan dapat apa. Bikin kepala ini fenin saja la~
Masa semester 2 dulu pun dah pernah ada masalah macam ni. Akhirnya dilupakan begitu saja... Bulan puasa ni banyak berfikir, sebab tu masalah ni muncul balik. Tapi takpa, tak payah impress orang lain, cukuplah sekadar impresskan diri sendiri. :)
Dengan cara tu dah mampu membuatkan kita bersyukur...

Cukuplah sekadar orang terpegun dengan AKHLAK kita, sesungguhnya itulah yang terbaik dan paling susah nak dapat... :)

Oopss, satu lagi benda yang menerujakan saya. Myvi extreme!!! Boleh try bawak pun jadi la... please??




ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, August 04, 2012

Buget lari

ASSALAMUALAIKUM...

Dah sem 2, jadi ini kali kedua dapat elaun banyak sekaligus. Ingatkan semester ni dapat urus dengan lebih baik dari semester lepas. Rupa-rupanya lagi teruk kot. Haha... Habis semua plan nak beli lens, nak repair laptop dan sebagainya.

Tapi soal duit ni rasanya memang tak perlu risau. Semua rezeki Allah yang bagi. Rezeki pun tak semestinya dalam bentuk wang. Orang kaya macam mana sekalipun, kalau Allah tarik rezeki dia, mesti akan rasa kesempitan jugak. Lagipun, orang cakap tak baik mengeluh. Kalau takdak duit sekalipun, jangan cakap takdak duit. Nanti jadi doa, betoi-betoi takdak duit kot. 

Semester ni pun masih berbaki 3 bulan setengah macam tu ja. Lepas tu boleh balik rumah. Jimat sikit belanja. Lagipun raya nanti, boleh pau abang kakak. Kurang-kurang boleh jadi belanja selama 2 minggu. Campur dengan hutang member semua tuh, dah claim nanti dapat la bertahan selama sebulan kot. InsyaAllah, kalau hari-hari makan nasi bujang. =.='

Berbakikan elaun yang ada, masih ada beberapa benda lagi saya nak buat. Ingat nak tukaq radio keta tuh. Tak selesa la kalau radio takleh guna. Tapi kalau dah beribu harganya, pikir 30 kali gak la. Lepas tu bonet belakang, hidraulik engsel tu pun rosak. Haihhh, typical keta Malaysia... lebih jaga kuantiti dari kualiti...


ASSALAMUALAIKUM... 

Thursday, August 02, 2012

Cemburu

ASSALAMUALAIKUM...

Adooooiii, kuat betoi perasaan cemburu nih. Membuak-buak bila sampai satu ketika. 
Sebelum tu, jom kita mendalami dulu apakah maksud cemburu.

Menurut kamus :
" ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya. "

Sampai ke situ maksudnya. Kamus ni takbleh pakai. =='
Kamus Jiwang neh.


Mengapa perlu ada sifat cemburu?
Macam tak bagus ja?


Sebab sifat cemburu ni la, kita belajar untuk setia. Kalau tiada sifat cemburu nih, komfem seorang suami pi cari perempuan lain, seorang anak mencari ibu lain sebab dan sebagainya.

Bahaya ka cemburu nih?


Oh, memang bahaya. Banyak kali masuk akhbar wanita dibunuh sebab cemburu la, pelajar dipukul sebab chatting ngan awek member la, santau pun kebanyakannya disebabkan cemburu.


Macam mana nak atasi?

Yang ni memang susah sebab ianya berkaitan dengan soal hati. Saya sendiri belum pandai mengawal sifat ni. Paling senang, banyakkan bersabar, insyaAllah...kurang la rasa cemburu tu nanti.


Contoh situasi :
Saya pergi Perancis. Cemburu tak?? tak kot?? cuba kalau saya ubah. Saya pergi Perancis berdua, dengan girlfren. Ha, makin jeles jadinya kan? :P


Contoh ni pun tak boleh pakai. Hahaha.. ok la, belajar la atasi sifat cemburu nih. Nanti kalau ada tips ka, boleh la tinggal di ruangan komen.


ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, August 01, 2012

Setia

ASSALAMUALAIKUM...


Semalam, Mak Lang saya baru ja meninggal dunia di HUKM. Barah paru-paru katanya. Tahap kritikal dah. Terlantar di hospital dekat sebulan dah rasanya. Alhamdulillah, saya berada di sisinya masa hembusan nafas terakhir. Tapi kesian Pak Lang saya. Masa tu dia sedang mengangkat barang masuk dalam kereta. Jadi dia tiada di situ untuk menemani isterinya semasa di ambang maut.

Kagum saya melihatnya, hampir 24 jam bersama isteri ketika sakit. Sedangkan isterinya tu langsung tak boleh bercakap dan bergerak. Kerja entah ke mana. Semua ditinggalkan demi seorang wanita yang digelar 'Hawa' nih. Dahsyatnya cinta seorang suami. Semasa mendapat tahu bahawa isterinya sudah pergi buat selamanya, saya dapat mendengar esakannya. Dia cuba mengawal supaya tidak mengalirkan air mata, sebab takut nanti anaknya lagi bertambah sedih. :'(

Kehilangannya sangat dirasai. Sifat keibuaannya, sama macam ibu saya sendiri. Wajahnya pun saling tak tumpah macam ibu saya. Seakan-akan sama.Teringat tatkala pergi ke rumahnya. Pasti akan dijamukan juadah-juadah yang enak. Bila tiba musim raya, saya akan menanti sehinggalah dia sampai di depan rumah. Menanti untuk bersalaman. 

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azizah Bt Abd Aziz...