Saturday, July 21, 2012

Kenangan di Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM...


Bila tiba saja bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nih, pastinya akan teringat masa-masa dahulu.
Sungguh banyak kenangan, yang pahit mahupun yang indah.


  1. Pengalaman bermain mercun. Dari kecil sampai la tahun lepas, bulan puasa tanpa mercun ni ibarat...errr... ibarat raya tanpa angpau la. =='. Kurang meriah terutamanya bagi kanak-kanak yang tak tau hikmah sebenar bulan Ramadhan nih. Hihi.. Banyak kot mercun yang pernah main. Paling bes mercun 'Thunderclap'. Juga dikenali sebagai mercun roket. Tapi ni paling power la. Power dan agak bahaya sebenarnya. Kalau taknak bahaya, pi main mercun bawang cukup.
  2. Sahur dengan papadom. Sahur ni ibarat tak lengkap kalau tiada papadom. Meskipun rasanya yang pahit dan tidak menarik, itu la yang sebenarnya menjadikan ianya unik semasa waktu sahur. 
  3. Game. Waktu sekolah dulu, komfem isi masa dengan bermain game. Rasa macam kejap ja waktu berlalu. Bangun ja sahur, terus main game. Main la sampai waktu nak berbuka. Rugi gila bulan Ramadhan buat aktiviti tuh. Ish3
  4. Arwah tok. :'( Dulu kalau time sahur, mesti arwah nenek yang bangun paling awal. Lepas tu, terus solat sunat dan mengaji Al-Quran. Baru la kami satu famili terjaga. Waktu berbuka pula, mesti nenek yang duduk tepi periuk nasik. Taktau la sebab apa. Dari kecik sampai la besaq, dia tak pernah beralih tempat. Mesti sandar dekat sebatang tiang dalam rumah saya nih. Sekarang ni, tiang tu dah pun tiada. Lepas renovate tiang tu dah jadi dinding.. :(
  5. Buka puasa dengan sepupu. Rumah kami agak dekat la. Naik moto dah boleh sampai. Petang tu pergi rumah dia, dan buka puasa sana. Makan nasi talam ramai-ramai. Seyes memang tu la kali pertama saya makan nasi talam. Kadang-kadang tu tidur sana. Makan sahur sekali. Sekarang ni kami semua dah dewasa. Tiada lagi berbuka sekali. Alangkah ruginya... :( 

Tahun ni, kali ketiga berpuasa di IPG Teknik. Tak sangka, kejapnya masa berlalu. Berpuasa di sana sangatlah seronok. Makan dengan kawan-kawan, senior dan kadang-kadang tu makan alone gak. Waktu sahur la. Time berbuka wajib makan ramai-ramai. Hehe... InsyaAllah, Ramadhan kali ni berbeza sedikit. 


ASSALAMUALAIKUM...

No comments: