Saturday, July 14, 2012

Elaun

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, berita baik untuk semua. Elaun yang dinanti bakal masuk ke dalam akaun anda yep.
RM3800. Nak kata banyak tu tak la. Tapi lebih dari cukup kalau belanja dengan berhemah.

Kawan-kawan dah pakat merancang nak beli itu beli ini.
Ada yang nak beli Samsung Galaxy SIII. Cemburu tu ada la.
Ada yang nak beli Sony Xperia. Untunglaaaaa....
Ada yang nak beli ipad. Idaman sejak dulu kot.

Ipad idaman qalbu~ Mati la aku kalau ayah aku tau aku beli nih, Haha... so jangan beli.


Dalam hati ni, banyak benda yang nak dibeli.
  1. Ipad 16gb paling kurang la. Campur dengan cas semua habis RM2000. Berbaloikah?
  2. Lens 50mm atau 35mm. Dalam RM700. Rasanya lens sebelum ini dah ok. Skill semua dah asah. Tinggai lens power belum ada. Berbaloikah?
  3. Netbook. Paling kurang RM1000 la. Senang nak bawak pergi kelas. Lappy ni berat sangat, bateri pun tak tahan. Skrin pun dah problem. Kesiannnn, seksa dia sangat sebelum ni. 
  4. Nokia pureview 808. Wah, mantap nih. Tak payah bawak DSLR pi mana-mana. Berat. Sanggupkah aku menduakan N8?? No wayyy...
  5. Cincin emas untuk bakal bini. Ekeke... emas makin mahai wei. Nanti jenuh nak meminjam along sebab nak beli cincin. Pun susah...mana tau saiz jari bakal bini. =.=' Abaikan yang ni.

Banyak kan benda yang teringin. Tapi semua ni diketepikan dulu. Duit ini baik disimpan. Demi masa depan yang gemilang.. ;) Duit cukup rm10 000 aku bertunang. Percaya tak???? Ekeke... impian oh impian... 



ASSALAMUALAIKUM...

No comments: