Thursday, July 26, 2012

Welcome

ASSALAMUALAIKUM...

Wow, sejak bila rajin update nih? Aha, sementara menunggu waktu berbuka, lebih baik isi masa dengan sesuatu yang bermakna. 

Saya ingin mengucapkan WELCOME/SELAMAT DATANG/AHLAN WASAHLAN kepada seorang sahabat saya yang baru saja masuk dalam My Best Friends list. Wah, makin ramai la jadi bestie lepas ni.

Zulfadhli Kamaruddin

Memiliki gelak tawa paling sempoi. Suara paling merdu antara kami. Ambil masa berbulan jugak la untuk kami jadi rapat. Dia jugak abang kedua kami. Hehe.. first mestilah Ewi.



Sekarang ni senarai bestie nak bertambah..Alhamdulillah..

  • Aziz
  • Amin
  • Farhan
  • Fadhli
  • Yassin
*Psssss...susun ikut huruf ye... hehe...

"Ingatlah wahai kawan, dirimu begitu berharga buatku."


ASSALAMUALAIKUM...

Untunglaaaaa....

ASSALAMUALAIKUM...

At last, kami dah komfem akan berpindah ke Enstek, bandar baru yang agak jauh dengan bandar. Kemudahan semua 'agak' lengkap. Dengan kelapa sawit di sekeliling. Senang kot kalau nak masak, pi petik ja, proses kat makmal kimia. =.='

Apa yang besnya pindah nih??? Elaun siap kena potong lagi.
Bes la. Ku ada kereta, ku bawa jalan-jalan~ Oh yeahhh... pada mulanya dapat Proton Wira tahun yang agak berusia~ Mujurlah kereta tu tak suka pada saya. Hehe... Bye Wira, hai Myvi. Meskipun wira tu jauh lebih sedap dipandu, tetapi tidak sedap dipandang... ish3... teruk gila saya nih. Banyak kot jasa Wira tuh.

Bernombor pendaftaran
PGL4567


Bayar pun belum habis nih. Setahun lagi. Kalau saya yang sambung bayar, mau nasik bujang pun tak lepas nih. Haha... kena keluar sikit buget, repair radio... macam mana nak memandu kalau tak dengar lagu jiwang???


Ada rezeki nanti, bawak member pi Penang...hehe... Jum3...
Makan angin naik feri~



ASSALAMUALAIKUM...



Tuesday, July 24, 2012

Bagaimana nak memperbaiki diri

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah, ini kali ke dua puluh saya diberi keizinan untuk menikmati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nih. Dan tak lupa juga, ini kali ketiga berpuasa di perantauan. Jauh kot Penang dengan KL~
Jauh dengan keluarga, tapi dekat dengan sahabat. So, not a problem. 

Bila tiba bulan Ramadhan, pasti akan ada semangat nak baiki diri. Nak tinggai benda-benda tak elok, tapi susah la nak tinggal terus. Kurang tu insyaAllah... Nak tingkatkan amalan-amalan baik. Nak latih bagi boleh bangun awal setiap hari misalnya. 

Adeh, blurr mau tulis apa. Takpa la, ni selingan ja. Cuti nanti tulis lagi. Tulis bab-bab cinta terrer la sikit. :P


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, July 21, 2012

Kenangan di Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM...


Bila tiba saja bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nih, pastinya akan teringat masa-masa dahulu.
Sungguh banyak kenangan, yang pahit mahupun yang indah.


  1. Pengalaman bermain mercun. Dari kecil sampai la tahun lepas, bulan puasa tanpa mercun ni ibarat...errr... ibarat raya tanpa angpau la. =='. Kurang meriah terutamanya bagi kanak-kanak yang tak tau hikmah sebenar bulan Ramadhan nih. Hihi.. Banyak kot mercun yang pernah main. Paling bes mercun 'Thunderclap'. Juga dikenali sebagai mercun roket. Tapi ni paling power la. Power dan agak bahaya sebenarnya. Kalau taknak bahaya, pi main mercun bawang cukup.
  2. Sahur dengan papadom. Sahur ni ibarat tak lengkap kalau tiada papadom. Meskipun rasanya yang pahit dan tidak menarik, itu la yang sebenarnya menjadikan ianya unik semasa waktu sahur. 
  3. Game. Waktu sekolah dulu, komfem isi masa dengan bermain game. Rasa macam kejap ja waktu berlalu. Bangun ja sahur, terus main game. Main la sampai waktu nak berbuka. Rugi gila bulan Ramadhan buat aktiviti tuh. Ish3
  4. Arwah tok. :'( Dulu kalau time sahur, mesti arwah nenek yang bangun paling awal. Lepas tu, terus solat sunat dan mengaji Al-Quran. Baru la kami satu famili terjaga. Waktu berbuka pula, mesti nenek yang duduk tepi periuk nasik. Taktau la sebab apa. Dari kecik sampai la besaq, dia tak pernah beralih tempat. Mesti sandar dekat sebatang tiang dalam rumah saya nih. Sekarang ni, tiang tu dah pun tiada. Lepas renovate tiang tu dah jadi dinding.. :(
  5. Buka puasa dengan sepupu. Rumah kami agak dekat la. Naik moto dah boleh sampai. Petang tu pergi rumah dia, dan buka puasa sana. Makan nasi talam ramai-ramai. Seyes memang tu la kali pertama saya makan nasi talam. Kadang-kadang tu tidur sana. Makan sahur sekali. Sekarang ni kami semua dah dewasa. Tiada lagi berbuka sekali. Alangkah ruginya... :( 

Tahun ni, kali ketiga berpuasa di IPG Teknik. Tak sangka, kejapnya masa berlalu. Berpuasa di sana sangatlah seronok. Makan dengan kawan-kawan, senior dan kadang-kadang tu makan alone gak. Waktu sahur la. Time berbuka wajib makan ramai-ramai. Hehe... InsyaAllah, Ramadhan kali ni berbeza sedikit. 


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, July 14, 2012

Elaun

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, berita baik untuk semua. Elaun yang dinanti bakal masuk ke dalam akaun anda yep.
RM3800. Nak kata banyak tu tak la. Tapi lebih dari cukup kalau belanja dengan berhemah.

Kawan-kawan dah pakat merancang nak beli itu beli ini.
Ada yang nak beli Samsung Galaxy SIII. Cemburu tu ada la.
Ada yang nak beli Sony Xperia. Untunglaaaaa....
Ada yang nak beli ipad. Idaman sejak dulu kot.

Ipad idaman qalbu~ Mati la aku kalau ayah aku tau aku beli nih, Haha... so jangan beli.


Dalam hati ni, banyak benda yang nak dibeli.
  1. Ipad 16gb paling kurang la. Campur dengan cas semua habis RM2000. Berbaloikah?
  2. Lens 50mm atau 35mm. Dalam RM700. Rasanya lens sebelum ini dah ok. Skill semua dah asah. Tinggai lens power belum ada. Berbaloikah?
  3. Netbook. Paling kurang RM1000 la. Senang nak bawak pergi kelas. Lappy ni berat sangat, bateri pun tak tahan. Skrin pun dah problem. Kesiannnn, seksa dia sangat sebelum ni. 
  4. Nokia pureview 808. Wah, mantap nih. Tak payah bawak DSLR pi mana-mana. Berat. Sanggupkah aku menduakan N8?? No wayyy...
  5. Cincin emas untuk bakal bini. Ekeke... emas makin mahai wei. Nanti jenuh nak meminjam along sebab nak beli cincin. Pun susah...mana tau saiz jari bakal bini. =.=' Abaikan yang ni.

Banyak kan benda yang teringin. Tapi semua ni diketepikan dulu. Duit ini baik disimpan. Demi masa depan yang gemilang.. ;) Duit cukup rm10 000 aku bertunang. Percaya tak???? Ekeke... impian oh impian... 



ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, July 11, 2012

Hati (18+)

ASSALAMUALAIKUM...


Semalam, tiba-tiba hatiku terusik. Ini bukan kali pertama, tetapi mungkin kali kedua. Berbeza dengan sebelumnya, kali ini perasaan ini lebih kuat lagi. Entah kenapa tiba-tiba saja perasaan ini datang.
Sehingga wajahnya menjelma dalam mimpiku...

Ku terpikat bukan pada rupanya...tetapi pada cara dia melayanku...
Bukan cinta berlandaskan nafsu, tetapi lebih baik dari itu...

Patutkah ku biarkan ia berputik atau sebaliknya???



Namun, ada jurang antara kami. Jurang yang tidak dapat diatasi, mahupun dielakkan daripada menjadi kritikan semua orang.

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan penyelasaiannya....


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, July 10, 2012

ASSALAMUALAIKUM...


8/7/2012 -12.00a.m.

Hantar mesej kat ayah. Sambil air mata membasahi pipi. Terkenang memori silam. Banyaknya dosa saya pada mereka. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada ibu dan ayah sebab menjaga saya selama 20 tahun. Sob3...

Pagi tu, jam 10 lagi dah tercegat di stesen bas. Bersama Cik Hetty +Miss Tiqa = Hettika~ Menunggu pak cik teksi. Rasanya tunggu tak sampai 10 saat. Dah ada teksi yang volunteer nak bawak kami kononnya. =.='

Tiba ja di Times Square, kami meluru ke kaunter tiket. Yah, kami bercadang nak menonton encik lelabah~ in 3D. Mahal tapi berbaloi la. RM21 kot~ Ya la, skring besar gila!!! Lagi besar dari gelanggang tennis.

1st Destination~ Secret Recipe...
Nak perisa apa? Sori la, memang saya tak pandai bab-bab memilih ni. I eat almost everything~
Ingatka ambik 3 slices. 6 slices truih... tau la lemak tak berapa nak ada kan.. =.=' Makan sampai gemo
Makan di foodcourt. Lepas menjamah nasi ayam jamah pulak kek nih. Lepas la makan satu slice. Pekat cheesenya~
Memang feveret sebenaqnya... segan nak ngaku... hehe

OMG!!!! I'm 20... ;') Tenqiu nah cik hetty and cik tiqa~ 


Lalu ja kat sony centre, eheh, macam kenai?? KL memang kecik betoi. Haha... murah rezeki lagi. Alhamdulillah....
Coklat blog... perisa feveret saya la dari dulu. Ekeke... sempat la hilang dahaga sementara tunggu yakult sampai... (Sushi king).

Next, Spiderman... Panjang kot barisan. Tak sangka ramai tengok cerita nih. Nak beli popcorn pun kena beratur panjang. Masuk la kami tanpa benda nak kunyah. Terkejut beruk bila masuk. Besar gila skrin. 3D dia bukan main cantik. Tak macam dekat sunway carnivall. Jauh bezaaaaaa....


2nd round : VELO

Saya yang pertama tiba di pondok. Yang lain mungkin masih bermekap. Ada yang tengah solat maghrib kot.
Terkejut sangat saya kali ni. Ada kodi, ada mayu, ada so, dan ada John. Ramai juga yang menyertai kami. :')
Wah, ramai kan???  Bersyukur sangat... kena prank ngan Ewi. Urghhh....nasib baik abang ja, kalau tak baling satu kek tu trus kat dia...

Comel kan kek kami??? hehe... ada strawberi~

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang sangat penyayang nih...
Walaupun kami hanya ada masa beberapa tahun lagi untuk berjuang bersama, ku mohon padaMu agar peliharalah persahabatan kami nih. Jauhkanlah kami dari perpecahan. 

Last words... "Saya Sayang Sahabat Saya Selamanya <3"



Wednesday, July 04, 2012

Hey hey hey

ASSALAMUALAIKUM...

Aik, tetiba update plak??? Kata nak stop blogging? Hehe...
Rindu la......

Sem 2, sem yang paling sibuk la rasanya jika dibandingkan dengan semester-semester lepas. Kerjanya, tugasannya, pembentangannya dan subjeknya yang agak berat. 

Xpa, baru masuk 3 minggu, kita tengok lagu mana lepas nih...


ASSALAMUALAIKUM...