Thursday, May 31, 2012

Samsung SIII Review

ASSALAMUALAIKUM...

Samsung Galaxy SIII, which is the successor of Samsung SII is invented for those who wants full exxperience of using smartphone. Aih, cakap Melayu la senang. Hari ni admin sendiri telah pergi mencuba sendiri betapa hebatnya Samsung Galaxy SIII ni. 

Lokasi : Digi booth, QuensbayMall, Penang


Pertama sekali, ni bukan tangan admin. Ni gambar dari internet. Hehehe...tak sempat snap sendiri tadi.
Harga asal ialah RM2199, lebih kurang harga galaxy nexus. Tapi sememangnya telefon ini jauh lebih berbaloi. 

Bentuk : Kelihatan seperti samsung galaxy mini, tapi dengan skrin yang lebih besar dan kemasan yang lebih baik. Skrin gorila glass, yang lebih tahan calar. 
Skrin : Memiliki skrin super amoLED macam Galaxy SII, tapi lebih cerah dari SII. Jauh lebih baik dan saiz skrin juga lebih besar. Sesuai untuk melayari internet dan menonton video.
OS : Android Ice Cream Sandwich, versi 4.04. Agak berbeza sedikit dengan Galaxy Nexus. Memang tiada lagging. Cip CPU quadcore memang lebih efektif.

Apakah kelebihan telefon ini? Apa bezanya dengan telefon lain??

  1. Ada floating multi-tasking. Berguna apabila ada mesej masuk semasa menonton video. Boleh reply mesej sambil menonton video. Tak perlulah tutup video jika hendak membalas mesej.
  2. S-voice. Macam SIRI dalam Iphone4S. Cuma kelemahannya di sini, mesti sambung kepada internet untuk guna.
  3. Pengesan muka. Unlock guna muka. Selain itu, skrin telefon ini akan terpadam jika kita tertidur masa menggunakannnya. Ia akan tunggu sehinggan 15 saat sebelum terpadam. Lebih menjimatkan bateri. Kelemahannya, perlu juga sambung kepada internet.
  4. S-beam. Menggunakan teknologi NFC yang diasaskan oleh NOKIA, kita boleh hantar file yang bersaiz 1.6gb dalam masa kurang daripada seminit. Banding dengan teknologi bluetooth yang mungkin memakan masa sehingga 2 jam.
  5. Burst shot. Kebanyakkan telefon mempunyai continous shot. Sedikit berbeza dengan teknologi ini. Anda dapat mengambil 20 keping gambar dalam masa lebih kurang 5 saat. Untuk mengakses kamera juga memerlukan masa yang sangat singkat iaitu 0.6 saat. Walaupun kamera hanya 8MP, kualiti agak baik tetapi masih belum setanding dengan Carl Zeiss dalam telefon Nokia.


Lebih baik anda cuba dengan sendiri untuk mendapat kepuasan sebelum membeli. Agak berbaloi pada pendapat saya berbanding Iphone4S yang jauh lebih mahal.


ASSALAMUALAIKUM...

2 comments:

Sven Medyona said...

Alaa... nk satu! ><

zudien said...

Beli bha...cukup duit elaun ko..