Wednesday, May 02, 2012

Perancangan Terdekat


ASSALAMUALAIKUM...


Elaun oh elaun.....Bila nak masuk nih? Banyak perkara nak kena buat nih, dan semuanya memerlukan duit.Bulan ni duit habis paling banyak la. Macam mana boleh habis??? Macam ni ha :-

1) Avengers
Ala, besa la kalau tengok wayang, mesti ada benda nak dikunyah, pastu dah gelak-gelak nih, mesti cepat dahaga kan?? Anyway, memang puas hati. Next movie- Dark shadow 2012 kot. 

2) Boling
Yeah, salah satu sukan kegemaran. Bes bila masuk longkang. =.='
Main dua game hari tu. Tapi biasa la, kalau main dekat TS. Memang mahal. Kantoi lagi tak bawak stoking. Tambah lagi duit. Teruk betoi abang kaunter tuh. Tapi puas hati la, menang skali dan dikalahkan sekali, oleh 'kakak' Hetty. Hahaha...biorle, dia sponsor game kedua. 

Fadhli(bukan nama sebenar). 3 ringgit lima minit. Haha...dia tak main boling. Main benda nih ja.


3) Seremban
Bersempena hari pekerja, Palok ajak saya bercuti di Port Dickson. Satu malam ja. Jam 10 kami jalan ke Seremban, jemput sorang lagi kawan. Pukul 12 macam tu jumpa la dia. Lepas tu makan di NSBistro. Tak mahal macam kat KL nih. Ok la, standard Penang. Lepas tu baru jalan ke PD. Senang ja jalan ke sana, straight ja dari Seremban. Jam 2 sampai la sana, cari port minum-minum Jumpa la tempat nih. 

Siap pasang LCD lagi. Tunggu perlawanan penting. Rasanya dalam 2 tahun nih, kali pertama la saya tak tidur sebab nak tengok bola.


Sambil tu buat la sedikit pemerhatian macam mana anak muda sekarang. Seriusly, makin teruk. Budak sekolah lagi dah menyisha (hisap sisha). Lepas tu, paling banyak la rempit kat PD nih. Takmau la dok PD. Bising gila. Dari jam 2 sampai la pagi tu, remp tak henti-henti kat stesen minyak. Bazir minyak ja. Kapel jangan kata la. Bawak pompuan naik moto sampai pagi. Mak bapak tak kata apa ka? Ish3

Hehe...rasanya ni la kali terakhir saya tidur lewat sebab nak tengok bola. Lepas ni takdak match penting dah. Tu bukan niat utama datang ke PD, niat nak jumpa kawan2 lama ja...rindu la katakan...


Esoknya, kami balik ke seremban. Singgah la makan di kedai apa nama. Lupa daaa....Roti canai boleh tahan.

 
RM???? Tak ingat. Hahaha...tapi makan ni sampai malam baru terasa lapar. 

Mujur sewa kereta tu Palok yang tanggung. Saya bayar minyak dan tol ja. Takdak la habis banyak sangat.  Waktu kesuntukan wang macam ni, masih boros. Ish3....
ASSALAMUALAIKUM...

3 comments:

hetty said...
This comment has been removed by the author.
hetty said...

Hoi tak payah nak kakak sangat lah kan. Hahahaaa kesian, duit habis keluar ngan kitorang :D

zudien said...

LoL. Kantoi....haha....