Tuesday, May 29, 2012

Cinta VS Kerjaya

ASSALAMUALAIKUM....

Memang topik ni hangat diperbicang oleh anak-anak muda kita. Ada yang cakap lebih baik pilih cinta, dan ada yang pilih kerjaya. Menggunakan pendapat sendiri, saya akan huraikan serba sedikit tentang tajuk ini.

Pilih cinta?

Anda bercinta atau terus berkahwin, dan berhenti belajar lantas tiadalah kerjaya untuk anda. Bagi perempuan ok la. Tapi kalau lelaki macam mana nak bagi makan anak bini? Even perempuan sekalipun, kalau suami kerja doktor tak kisah la sangat. Kalau kerja cikgu pun susah. Takat nak duduk rumah teres mampu la. Lagipun, sekarang ni lelaki dah mula berebut mencari wanita yang bekerjaya sebagai isteri mereka. Dengan kos hidup yang tinggi tambah-tambah di bandar-bandar pesat membangun macam Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, lelaki yang bergaji sederhana perlu mengharapkan gaji si Isteri. Kalau nak rumah mahal sikit, teres dua tingkat misalnya, kena gabung loan baru la lepas.
Cinta sebenarnya boleh tunggu, cuma diri kita sendiri ja. Tak sabar-sabar. Bila dah sampai masa nanti, datanglah cinta sejati anda. Tak perlu tergesa-gesa dalam percintaan.


Pilih kerjaya?

Fokus belajar, jangan fikir langsung tentang cinta. Macam senang. Tapi memang dah fitrah manusia akan jatuh cinta pada manusia lain jantina. Nampak cun sikit, dah jatuh cinta...pandang pertama pulak tu. Berbaloikah korbankan cinta??? Anda sebenarnya bukan korbankan cinta. Cuma menangguhkan cinta itu. Kerjaya sama jugak dengan masa depan. Ada kerjaya ada masa depan. Dah ada masa depan, carilah cinta anda. Lagi senang nak jamin cinta tu. Dah ada duit nak kahwin kan?? Kerja pun jadi makin bersemangat. Teringat bini, semangat yang hanya 40% boleh jadi 200%.
Dah ada kerja, boleh beli kereta. Boleh juga beli rumah.


Tapi kenapa ada juga yang pilih kerjaya dan menolak terus cinta? Kerja sampai pencen, tak kahwin-kahwin. Sesetengah orang dapat kepuasan melalui kerja diorang. Mungkin juga mereka takut tak dapat berikan perhatian kepada cinta mereka disebabkan nak fokus dalam kerja. Nanti teraniaya pulak. Mungkin jugak taste tinggi sangat kot?? Hehehe....


Pilihan penulis?
Komfem la kerjaya dulu kan?? Masa depan dah ada. Cuma tinggal selangkah ja lagi.
Lepas dah langkah kedua-dua belah kaki, mungkin dapat dua-dua sekali? Kerja

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: