Thursday, May 31, 2012

Samsung SIII Review

ASSALAMUALAIKUM...

Samsung Galaxy SIII, which is the successor of Samsung SII is invented for those who wants full exxperience of using smartphone. Aih, cakap Melayu la senang. Hari ni admin sendiri telah pergi mencuba sendiri betapa hebatnya Samsung Galaxy SIII ni. 

Lokasi : Digi booth, QuensbayMall, Penang


Pertama sekali, ni bukan tangan admin. Ni gambar dari internet. Hehehe...tak sempat snap sendiri tadi.
Harga asal ialah RM2199, lebih kurang harga galaxy nexus. Tapi sememangnya telefon ini jauh lebih berbaloi. 

Bentuk : Kelihatan seperti samsung galaxy mini, tapi dengan skrin yang lebih besar dan kemasan yang lebih baik. Skrin gorila glass, yang lebih tahan calar. 
Skrin : Memiliki skrin super amoLED macam Galaxy SII, tapi lebih cerah dari SII. Jauh lebih baik dan saiz skrin juga lebih besar. Sesuai untuk melayari internet dan menonton video.
OS : Android Ice Cream Sandwich, versi 4.04. Agak berbeza sedikit dengan Galaxy Nexus. Memang tiada lagging. Cip CPU quadcore memang lebih efektif.

Apakah kelebihan telefon ini? Apa bezanya dengan telefon lain??

  1. Ada floating multi-tasking. Berguna apabila ada mesej masuk semasa menonton video. Boleh reply mesej sambil menonton video. Tak perlulah tutup video jika hendak membalas mesej.
  2. S-voice. Macam SIRI dalam Iphone4S. Cuma kelemahannya di sini, mesti sambung kepada internet untuk guna.
  3. Pengesan muka. Unlock guna muka. Selain itu, skrin telefon ini akan terpadam jika kita tertidur masa menggunakannnya. Ia akan tunggu sehinggan 15 saat sebelum terpadam. Lebih menjimatkan bateri. Kelemahannya, perlu juga sambung kepada internet.
  4. S-beam. Menggunakan teknologi NFC yang diasaskan oleh NOKIA, kita boleh hantar file yang bersaiz 1.6gb dalam masa kurang daripada seminit. Banding dengan teknologi bluetooth yang mungkin memakan masa sehingga 2 jam.
  5. Burst shot. Kebanyakkan telefon mempunyai continous shot. Sedikit berbeza dengan teknologi ini. Anda dapat mengambil 20 keping gambar dalam masa lebih kurang 5 saat. Untuk mengakses kamera juga memerlukan masa yang sangat singkat iaitu 0.6 saat. Walaupun kamera hanya 8MP, kualiti agak baik tetapi masih belum setanding dengan Carl Zeiss dalam telefon Nokia.


Lebih baik anda cuba dengan sendiri untuk mendapat kepuasan sebelum membeli. Agak berbaloi pada pendapat saya berbanding Iphone4S yang jauh lebih mahal.


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, May 29, 2012

Cinta VS Kerjaya

ASSALAMUALAIKUM....

Memang topik ni hangat diperbicang oleh anak-anak muda kita. Ada yang cakap lebih baik pilih cinta, dan ada yang pilih kerjaya. Menggunakan pendapat sendiri, saya akan huraikan serba sedikit tentang tajuk ini.

Pilih cinta?

Anda bercinta atau terus berkahwin, dan berhenti belajar lantas tiadalah kerjaya untuk anda. Bagi perempuan ok la. Tapi kalau lelaki macam mana nak bagi makan anak bini? Even perempuan sekalipun, kalau suami kerja doktor tak kisah la sangat. Kalau kerja cikgu pun susah. Takat nak duduk rumah teres mampu la. Lagipun, sekarang ni lelaki dah mula berebut mencari wanita yang bekerjaya sebagai isteri mereka. Dengan kos hidup yang tinggi tambah-tambah di bandar-bandar pesat membangun macam Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, lelaki yang bergaji sederhana perlu mengharapkan gaji si Isteri. Kalau nak rumah mahal sikit, teres dua tingkat misalnya, kena gabung loan baru la lepas.
Cinta sebenarnya boleh tunggu, cuma diri kita sendiri ja. Tak sabar-sabar. Bila dah sampai masa nanti, datanglah cinta sejati anda. Tak perlu tergesa-gesa dalam percintaan.


Pilih kerjaya?

Fokus belajar, jangan fikir langsung tentang cinta. Macam senang. Tapi memang dah fitrah manusia akan jatuh cinta pada manusia lain jantina. Nampak cun sikit, dah jatuh cinta...pandang pertama pulak tu. Berbaloikah korbankan cinta??? Anda sebenarnya bukan korbankan cinta. Cuma menangguhkan cinta itu. Kerjaya sama jugak dengan masa depan. Ada kerjaya ada masa depan. Dah ada masa depan, carilah cinta anda. Lagi senang nak jamin cinta tu. Dah ada duit nak kahwin kan?? Kerja pun jadi makin bersemangat. Teringat bini, semangat yang hanya 40% boleh jadi 200%.
Dah ada kerja, boleh beli kereta. Boleh juga beli rumah.


Tapi kenapa ada juga yang pilih kerjaya dan menolak terus cinta? Kerja sampai pencen, tak kahwin-kahwin. Sesetengah orang dapat kepuasan melalui kerja diorang. Mungkin juga mereka takut tak dapat berikan perhatian kepada cinta mereka disebabkan nak fokus dalam kerja. Nanti teraniaya pulak. Mungkin jugak taste tinggi sangat kot?? Hehehe....


Pilihan penulis?
Komfem la kerjaya dulu kan?? Masa depan dah ada. Cuma tinggal selangkah ja lagi.
Lepas dah langkah kedua-dua belah kaki, mungkin dapat dua-dua sekali? Kerja

ASSALAMUALAIKUM...

Friday, May 25, 2012

Semester 1 Ijazah

ASSALAMUALAIKUM....

What do you expect in the first year??? Mestilah mencabar. Cabaran paling besar sekali ialah semasa kelas kami kena pecah. Hampir dua tahun kami hadapai suka duka bersama, tiba-tiba asing kelas. Terpisah dengan adik Yassin dan adik Ooi(bangga tua sikit).

Tapi rasa gembira bila dapat klasmet baru. 7 orang pulak tuh. Semuanya hebat-hebat belaka. Tapi dalam kegembiraan ini, jauh di sudut hati ada secebis rasa sunyi. Macam ada sesuatu yang kurang. Entahla, kelas kami macam langsung tak hepi macam dulu. Mungkin ini reaksi biasa ketika dah masuk ijazah. Masing-masing dah serius kannn? 


Mengapa sem ni paling mencabar??

  1. Cara anda belajar mempengaruhi pointer. Dan pointer sangat penting. Semua nak target 1st class honour kan? Dalam rekod, tiada student sains yang berjaya lagi. Nampak tak susahnya jadi cikgu sains?
  2. Elaun dapat satu sem terus. Perghhh...bes sangat...tak sampai bulan 6 dah habis. Errr...management teruk betul. Takpa la, sem depan cuba mantapkan lagi pengurusan kewangan.
  3. Banyak sungguh jawatan kena pegang. Pengerusi big, pengerusi pameran sains, ajk web(takdak la banyak keja....ekeke), driver dan macam-macam lagi. Paling stress la waktu pegang jawatan pengerusi. Haha...tapi saya anggap sebagai amanah. Dan Alhamdulillah, berjaya lepas tempoh tu.
  4. Penyakit yang tetiba jadi teruk. Sem ni la tetiba dapat. Ish3...dan harap sebelum habis bulan 6 sempat sembuh. :)
  5. Banyak baju hilang. Dah la yang hilang tu baju kameja kuliah. Memang demn la pencuri. Total kerugian mau rm200 pa. Terpaksa pakai baju yang sama setiap minggu nanti. Xpa, janji tutup aurat..hehe
  6. Tiada gerko mahupun PJ. Ni yang sangat membosankan sem ni. Tiada subjek keluar peluh. Ish3...mana la nak sihat. Nasib baik sem depan ada gerko. Pilih ragbi pulak tu. Hehe...cari nahas...

Sekian saja untuk semester ini. Cuti pun baru bermula....insyaAllah, kalau rindu kat dorang ni, dengar ja rakaman nyanian dorang...hehe...standby kalau rindu sangat... :P



ASSALAMUALAIKUM...

Monday, May 21, 2012

Kesayangan

ASSALAMUALAIKUM...

Lahir-lahir ja dulu, Alhamdulillah, dah dapat naik kereta. Kereta kesayangan la masa tu. Ayah beli pun 2nd ja. Mana mampu masa tu. Gaji berapa ratus ja. Kereta berjenama Nissan Sunny. Warna merah gitu~ 
memang ngam la masa nyanyi lagu 'Bapaku Pulang'.



Membesar dengan keta ni sampai la darjah 6. Merata kot pi dulu. Sampai gak KL walaupun cam nak nazak. Plat dulu PAU9423. Memang pi mana-mana pun orang tanya "Mana keta pau hang?". Hahaha..
Masa sekolah dulu lagi la. Hari-hari cikgu dok perli. Ekeke...

Apa-apa pun, keta ni dah dijual. Kenangan yang ditinggalkan sangatlah banyak. Ni ja keta jenama import yang pernah ada dulu. Hehehe...


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, May 19, 2012

Bila diri disayangi

ASSALAMUALAIKUM...

Ada satu lagu ni, memang feveret gak la. Suka dengar dan suka menyanyi.
Bila banyak kali melayan perasaan dengan lagu ini, baru sedar maksud tersirat dan maksud tersirat yang ada.

UK's

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Sumbangan Awal Din



Faham kannn? Manusia terlalu mencari kasih sayang manusia, sehingga lupa bahawa diri kita dah sentiasa disayangi oleh Allah. Kasih sayang Allah ni sepanjang masa, dan di mana-mana saja. :)


ASSALAMUALAIKUM...

Pemurah

ASSALAMUALAIKUM...


Dalam hidup saya ni kan, ada 3 orang yang saya kenal, dan bagi saya la, sangat pemurah. They are the greatest guy I know. Saya taknak la cerita kebaikan mereka yang mereka buat. Nanti hilang pahala ka. Rugi plak. Cuma nak anda tahu, masih ada manusia yang baik macam dorang. ^_^


1) Ayah
Seriusly, lelaki paling dihormati. Cikgu biasa. Tapi paling disanjungi la kat mana-mana sekolah pun. Tapi besala, lelaki macam beliau akan ditarget oleh guru besar. Tapi waktu SBE dulu, semua orang tanya mana anak beliau. Nampak sangat la betapa beliau dihormati. Memang banyak la jasa ayah saya pada murid-murid semua. Harap-harap sifatnya tu turun pada saya. InsyaAllah...

2) A**z
Kawan masa skolah dulu. Juga kawan pada ketika ini. Haha...disensored nampak. Ya la, low profile :P
Time ada elaun ka, takdak elaun ka...belanja tetap belanja kannn? Paling bes, kalau nak keluar, minyak moto isi full siap. Terbaik la~ 

3) Amin
Kawan lama yang terpisah, tetapi ibarat tak pernah berenggang. Bila makan kat mana-mana, mesti dia rebut nak belanja. Lecikang ka, ais kacang ka...laju ja dia cakap dia nak belanja. Kalau kat area penaga tu, memang femes la. Dok mana pun ada orang tegur. Hebat kannn ada kawan macam nih.



InsyaAllah, friend till Jannah!


ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, May 16, 2012

Persahabatan...

ASSALAMUALAIKUM...


Persahabatan, boleh diibaratkan sebagai cawan kaca. Apabila pecah, masih boleh disambungkan, tetapi ianya takkan sama macam yang asal....

Walaupun tidak sama seperti asal, ianya jauh lebih baik jika dibiarkan pecah bertaburan...walaupun ia tidak dapat digunakan semula, ia masih dipanggil cawan, kerana bentuknya...




ASSALAMUALAIKUM...

Monday, May 14, 2012

Doktorrrrrr!!!!!!!!! (18+)

ASSALAMUALAIKUM...

Mana doktor den nih???????? Emergency...

Pedih tak terkata. Baru 1st half men dah injured. Tobat lepaih ni pakai kasut kalau nak men bola.

Sori, post agak ganas. Kari-ngeri versi sendiri.


Luka lepas makan. Dah basuh petang tadi. Berdarah kembali masa makan. Makan memang membahayakan. Hohoho...Pedih >.<




Saturday, May 12, 2012

Luka

ASSALAMUALAIKUM...

"Luka sembuh dengan cepat, tapi parut yang ditinggalkan, mungkin hilang dan mungkin kekal. Kalau hilang pun pasti memakan masa."

Tak kira apa pun ubatnya, pasti susah nak hilangkan....
perkara yang boleh dilakukan...hanyalah...
bersabar...
dan meneruskan hidup dengan parut yang ada tu...

:')



ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, May 08, 2012

!@#$%^&*()_+

ASSALAMUALAIKUM

Dush....dush....pang!!

Dish....dush....

*#%&%$*&


Blog ni dijadikan puncing bag. Sori for my bad mood..



ASSALAMUALAIKUM

Thursday, May 03, 2012

Busy Ooi

ASSALAMUALAIKUM...

UAK
Status : Babai~

ASSIGNMENT
Status : Long time agoo....

LAB REPORT
Status : Two more

EXAM
Status : 4 paper waiting, total 10 hours


Wah, busy gila kan bila masuk ijazah nih. Tambah lagi dengan portfolio untuk setiap subjek. BIG lagi, tu kalau kena handle macam-macam, lagi la sibuk jadinya. Nasib tak jadi JPP. Takmau la jadi JPP kalau macam nih. Terpaksa korbankan lebih separuh daripada cuti. Seksa....

Mujurlah minggu ni dah tak busy sangat. Minggu ni balik Tapah, minggu depan balik Penang. Ok dak? Hehe...
Balik ja esok, malam tu ada makan BBQ. Taktau la anjuran sapa. Tapi abang ipaq punya la. Komfem yang tentera punya ni. Tentera, kalau buat BBQ, memang power punya. Sembelih lembu sekoq pa. Hoho...nak kena pakai smart-smart, ni yang menyusahkan...nak makan ja pun. Alahai~ Lagipun kalau BBQ ni, laki ja ramai....alahai~ :P

Ha, hampa pernah belajaq teknik titik tak masa ambik seni dulu?? Ni rasa belajaq masa tingkatan 2. 
Aplikasi teknik seni dalam kartun jadi macam ni la.

Step by step :- 

Step 1 - Mesti buat lakaran dulu.

Step 2 - Dah boleh titik-titikkan. Kalau boleh titik subjek dia dulu

Step 3 - Dah boleh titik latar. Pastu boleh la touch-up sikit-sikit. Kalau ada pen kaler lagi mantap la.



Buat benda ni boring sikit. Paling bes kalau lukis komik la. Idea dah datang nih. Nak lukis komik islamik. Cuma masa ja xdak. Hehehe...komik dulu korang dah baca belum???? 



ASSALAMUALAIKUM..


Wednesday, May 02, 2012

Perancangan Terdekat


ASSALAMUALAIKUM...


Elaun oh elaun.....Bila nak masuk nih? Banyak perkara nak kena buat nih, dan semuanya memerlukan duit.Bulan ni duit habis paling banyak la. Macam mana boleh habis??? Macam ni ha :-

1) Avengers
Ala, besa la kalau tengok wayang, mesti ada benda nak dikunyah, pastu dah gelak-gelak nih, mesti cepat dahaga kan?? Anyway, memang puas hati. Next movie- Dark shadow 2012 kot. 

2) Boling
Yeah, salah satu sukan kegemaran. Bes bila masuk longkang. =.='
Main dua game hari tu. Tapi biasa la, kalau main dekat TS. Memang mahal. Kantoi lagi tak bawak stoking. Tambah lagi duit. Teruk betoi abang kaunter tuh. Tapi puas hati la, menang skali dan dikalahkan sekali, oleh 'kakak' Hetty. Hahaha...biorle, dia sponsor game kedua. 

Fadhli(bukan nama sebenar). 3 ringgit lima minit. Haha...dia tak main boling. Main benda nih ja.


3) Seremban
Bersempena hari pekerja, Palok ajak saya bercuti di Port Dickson. Satu malam ja. Jam 10 kami jalan ke Seremban, jemput sorang lagi kawan. Pukul 12 macam tu jumpa la dia. Lepas tu makan di NSBistro. Tak mahal macam kat KL nih. Ok la, standard Penang. Lepas tu baru jalan ke PD. Senang ja jalan ke sana, straight ja dari Seremban. Jam 2 sampai la sana, cari port minum-minum Jumpa la tempat nih. 

Siap pasang LCD lagi. Tunggu perlawanan penting. Rasanya dalam 2 tahun nih, kali pertama la saya tak tidur sebab nak tengok bola.


Sambil tu buat la sedikit pemerhatian macam mana anak muda sekarang. Seriusly, makin teruk. Budak sekolah lagi dah menyisha (hisap sisha). Lepas tu, paling banyak la rempit kat PD nih. Takmau la dok PD. Bising gila. Dari jam 2 sampai la pagi tu, remp tak henti-henti kat stesen minyak. Bazir minyak ja. Kapel jangan kata la. Bawak pompuan naik moto sampai pagi. Mak bapak tak kata apa ka? Ish3

Hehe...rasanya ni la kali terakhir saya tidur lewat sebab nak tengok bola. Lepas ni takdak match penting dah. Tu bukan niat utama datang ke PD, niat nak jumpa kawan2 lama ja...rindu la katakan...


Esoknya, kami balik ke seremban. Singgah la makan di kedai apa nama. Lupa daaa....Roti canai boleh tahan.

 
RM???? Tak ingat. Hahaha...tapi makan ni sampai malam baru terasa lapar. 

Mujur sewa kereta tu Palok yang tanggung. Saya bayar minyak dan tol ja. Takdak la habis banyak sangat.  Waktu kesuntukan wang macam ni, masih boros. Ish3....
ASSALAMUALAIKUM...