Thursday, April 05, 2012

Sudah jatuh ditimpa tangga, ditimpa lagi lif

ASSALAMUALAIKUM....

Malang betul saya sejak minggu ni. Ada ja masalah penipuan pasal wang. Habis elaun disebabkan benda ni ja. 
Bukan saja bahagian untuk berjoli dengan rakan yang habis, duit untuk makan-makan pun terpaksa digunakan.
Manusia ni takdak rasa malu kaaa? Nak senang, ambil kesempatan guna kelemahan orang lain, dan ada yang menyalahgunakan kuasa. Kepada polis-polis atau JPJ-JPJ sekalian, gunakan kuasa yang diamanahkan kepada anda dengan telus, bukan secara membab*-buta. Nanti dalam kubur kena soal, nak jawab macam mana?
Sikit-sikit rasuah. Tau dak haram RASUAH. Nak cari duit lebih pun, takkan sampai cari duit haram? Tak kesian anak bini ka? Orang lain pun x cukup duit. Takdak la sampai nak kedarah duit orang. Sampai aku mati nanti aku berdendam dengan polis-polis dan JPJ. 

Para pendidik sekalian, nanti kat sekolah mesti ramai yang bercita-cita nak jadi polis. Ajar dorang cukup-cukup. Maksud saya, nasihat dorang jangan salah guna kuasa, merasuah dan sebagainya.
Nasib baikla keluarga saya xdak yang polis.

:'( Sedih....dan pilu....banyak dugaan perlu ditempuhi....mulut pun tak baik lagi...haih...


Eh, buat apa sedih-sedihh? Banyak lagi kegembiraan yang akan mendatang. Tunggu ja...bersedih-sedih dahulu, bergembera-gembira kemudian..kan?
Duit tu biarla, kalau takdak sangat duit, mintak kata ayah dulu. Nanti bayaq la balik kannn? :)

Promote software baru. Instagram. Siapa yang pakai iphone ka, pakai android ka cuba la apps ni. Gila bes~
Macam-macam warna boleh diedit..terbaik~


ASSALAMUALAIKUM...


No comments: