Sunday, April 08, 2012

Pedih

ASSALAMUALAIKUM...

Bangun saja tadi, rasa macam ada api di sebelah. Api tu dekat sangat. Lepas tu pegang la pipi. Waduh, lagi pedih. Rasa macam kena minyak panas. Raba-raba pipi macam tiada apa-apa. Pergi la tengok cermin. Perghhh, ada kesan merah. Panjang lagi tuh. Dari mata sampai bawah mulut. Penyakit apa la pulak.
Mula-mula nak buat taktau ja. Tapi makin pedih. Telefon la ayah, dia suruh pergi klinik. Ni yang malas nih. Dah la semalam joli habis. Duit belanja bulan ni pun dah habis. Kena usik duit belanja bulan depan pulak. Haiiihhh...

Doktor cakap, kena allergic, sama ada ada binatang gigit ataupun terkena bulu binatang. Errr, tak perasan pun. Takpa la, ubat dah dapat. Tengok la apa hasilnya nanti...

Kalau tinggal parut nanti habis la muka saya~
T____________T

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: