Friday, April 06, 2012

Kenangan

ASSALAMUALAIKUM


Kalau diimbau semula 10-15 tahun dahulu, rasa macam nak menitis ja air mata ni. Terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan. Tak kisah la sama ada kenangan tu pahit atau manis. 
Yang pahit tu takyah cerita la kot. Buat segan ja... =.='

  1. Dulu kalau makan nasi, first sekali mesti arwah tok goreng ikan dulu. Lauk lain lepas tu baru masak. Saya komfem makan dulu dah. Bantai lauk ikan goreng pun dah cukup. Tambah kicap sikit, then jadilah nasik bujang ala-ala 'Din style'. Kenyang jugak aih. Lepas dah masak laun lain, makan lagi sekali. Hihi...
    Ni dia. Sebijik macam arwah tok goreng. Aih, terliur la plak. Dah la hari ni baru makan breakfast. Sat ja lapaq balik..mak, nak balik rumahhh!!!

  2. Dulu kalau abang dengan kakak tak sibuk, komfem ajak main jutaria. Ala, yang macam monopoly tuh. Tapi ni untuk orang yang tak mampu mainan mahai macam tu. Hehe...Selalu kakak la yang jadi 'bank'. Dia cekap sikit kira-kira. Abang plak, komfem suka men tipu. Besa la, nak menang ja keja dia.
    Lawak plak bila tengok muka pakcik ni. Game ni bes kalau main ramai-ramai. Paling bes bila dapat duit 50 000$. Rasa paling kaya la masa tu. Lepas tu, komfem duit tu sorok kat belakang. Nanti baru nampak macam dah pokai. Buat surprise gitu~
  3. Pernah dengaq tak game 'snap'? Ala, game yang guna kad tuh. Sekotak RM1 ja. Game ni sampai sekarang pun saya taktau lagu mana nak main. Tapi dulu kakak yang bagi arahan. Game ni pun antara kegemaran adik-beradik kami la.
    Seyes bes!!!! Ada lagi, yang binatang punya. Tu feveret saya la. Tikus lawan gajah menang kat tikus...errr..

  4. Dulu kalau hujung minggu ja, ayah bawak satu famili pi Pantai Merdeka. Kami berkelah la kat situ. Mak komfem rebus telur masin. Sedap gila makan dengan nasi putih. Kadang-kadang bawa bihun goreng. Lepas mandi kat laut, baru la makan. Besnya time mandi tu mesti ada benda gigit. Masa tu ingat kerang la yang gigit. Sebab tak tajam pun. Ekeke...kadang-kadang tu ada orang jual aiskrim. Komfem beli la, siap taruh kacang lagi atas tu. Baru 50 sen. Sekarang ni RM1.50 belum tentu dapat tau.
    Dulu mana ada tambak macam ni. Dulu lagi bes, lagi bersih. Sekarang nak mandi pun pikir 12 kali jugak la. Nampak tu pelampung? Boleh sewa. Tapi dari kecik dulu ayah tak pernah nak sewa pun kat kami. Ala, air cetek ja pun, boleh belajar berenang sendiri...hehe..


    Cukup la kot banyak ni. Makin banyak di ingat, makin nak nangis rasanya. Semua hanya tinggal kenangan. Kenangan hanya boleh dikenang, tak mungkin dapat dikembalikan. Sekarang ni, parents dah makin tua. Adik-beradik yang lain semua dah kerja, tinggal sorang ja dok sekolah lagi. Cucu pun dah ada. Tak mungkin dapat alami benda macam ni lagi. Main sama-sama dan sebagainya. :')


    ASSALAMUALAIKUM...

2 comments:

Nemesis said...

Assalam~ putting this blog on my bloglist :)

zudien said...

Nemesis- Wasalam...orait... :)