Tuesday, April 03, 2012

ASSALAMUALAIKUM...


JENAYAH


Selasa, 3 April 2012

"Kaki nyaris putus dilibas parang..."
"Pijak kepala dalam kereta..."
"Dicekup lepas 16 jam menyamun.."
"Nadia disamun RM20,000..."
"Bekas penyelam nafi noda gadis..."

Sebahagian tajuk akhbar metro hari ni. Rasanya, aman tak negara kita? Ni baru sebahagian yang dipetik dari 

akhbar, bagaimana kes-kes yang tak masuk akhbar?? Memang la dengar pun macam tak kisah kan? Sebab dah 

selalu sangat dah dengar kes macam ni, sampai nampak kes ni macam kes kecik ja. Macam curi pemadam dan 

sebgainya. Padahal benda ni serius. Cuba semua ini berlaku kat anda sendiri, ataupun keluarga anda. Masa tu baru la tau betapa teruknya perbuatan nih...

Kita rakyat biasa. Komfem la tak boleh buat apa. Boleh ubah diri sendiri ja la. Adakah itu cukup? Orang yang 

berkuasa dalam negara yang sepatutnya cari jalan cegah semua ni. Polis-polis pula, gaji selalu dah naik, kerja pun 

mesti bertambah efisyen. Cuba banyakkan rondaan. Ni tengok asyik meronda kat jalan, tunggu masa 

menyaman orang. Cari duit lebih la katakan....padahal kesalahan jalan raya tu takdak la teruk macam ragut, rogol dan bunuh. Siapala saya untuk tegur semua ni kannn?

Kalaulah kita semua ni percaya dengan undang-undang Allah, takkan berlaku semua ni. InsyaAllah...mengapa gunakan undang-undang yang dicipta oleh manusia, sedangkan manusia sendiri tidak sempurna, apatah lagi ciptaan manusia?

*Just pendapat ok...

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: