Wednesday, April 04, 2012

Anugerah

ASSALAMUALAIKUM....


ANUGERAH/KELEBIHAN/BAKAT


Bakat atau kelebihan, ialah anugerah yang Allah kurniakan kepada makhluknya dengan tujuan yang tertentu. Macam Cheetah misalnya, ia boleh berlari dengan kelajuan yang tidak dapat ditandingi oleh haiwan lain. Sebab apa? Lebih mudah nak memburu mangsa kan? Ular? Boleh kesan haba. Buaya? Boleh hidup dua alam. Manusia? Lagi la banyak kannn??

Di sini saya nak kongsi bakat-bakat atau kehebatan yang dimiliki kawan-kawan saya. Memang super-jeles la dengan diorang nih. Hihi....Dorang la SUPERHEROES saya....saya jadi SIDE-KICK ja...

Razvi A.K.A Ewi

Jangan pandang beliau sebelah mata. Hahaha...petah mulut berkata-kata. Cubalah membidas, pasti terkelu juga lidah anda nanti. Paling pakar berpidato, mengacarakan majlis dan sebagainya. Suaranya yang lunak merdu, pasti mencairkan hati anda.

Yassin A.K.A Ocien

Jangan pandang beliau sambil menutup mata. IQ hampir setanding dengan Jenius. Pakar mengolah, sekali baca sudah mampu faham. Memang pakar dalam BAHASA la. Cuba baca karangannya, dalam BM dan BI, dua-dua HEBATTT!!!

Ardie A.K.A Sifu Bugis

Nampak skema?? Mestilah tak langsung. Merupakan seorang atlet. Raja acara jarak jauh. Tiap-tiap kali acara, pasti ada ja pingat yang dipungut. Juga seorang raja batu. Eh, Raja ROCKKK!!! Bagi saja lagu tinggi-tinggi. Komfem boleh tarik.



Fadhli A.K.A Abang Fad

Tiada kata yang dapat menggambarkan kehebatan beliau dalam bidang nyanyian. Seriusly, first time dgar dia nyanyi lagu Mengusung rindu, terkejut. Kalah penyanyi asal. SEDAP gilaaaar!!! Sekarang dah bergelar artis kelas kami. Hihihi....Paling jelesss la!!




ASSALAMUALAIKUM...





3 comments:

farahida ibrahim said...

4 org je ke?:p

Sven Medyona said...

Gemolah Dien.... tapi terima kasi juga:)

zudien said...

Farah- Lupa letak Ooi ngan Arif...haha...

Sven- Hanya nyatakan 1 daripada 100 talent kau..haha