Sunday, April 29, 2012

AVENGERS

ASSALAMUALAIKUM...


Dah agak. Memang awesomeee!!!! AVENGERS ni antara filem terbaik la yang saya pernah tonton. Sampai babak-babak last, sampai tak boleh gelak. First time la saya bagi rating
5/5
Aksi asli. 
Effect  pun real.
Sound terbaik la.


Smalam juga first time makan macam jepun...RAJA SUSHI

Green tea memang pahit. Urgghhhh....takoyaki boleh tahan la. Akak-akak kita ni memang suka makanan asia.  First makan masakan korea. Petang makanan Jepun. Ekekeke....


Lepas ni nak pi ada lagi movie best. Tunggu balik Penang baru tengok nanti....hoho


ASSALAMUALAIKUM

Sunday, April 22, 2012

Koleksi :)

ASSALAMUALAIKUM...


Koleksi? Koleksi apa pulak yang saya ada nih? Koleksi kereta? Koleksi gambar? Koleksi komik???


Semua bukan.

Ni dia koleksi baju kegemaran saya. Baju kegemaran ni saya pakai hanya untuk berjalan jauh dan untuk event-event khas macam kenduri dan dating. Eh, dating dengan member ok. Bukan dengan makwe. ;)
Ok, meh nak kenalkan. Kongsi tempat ngan harga je la ye...kot2 nak beli ka...tak mahal pun...kalau pandai menyimpan. :)

Tempat beli : Times Square
Harga : RM30
Ditemani Farah dan Nadiah masa beli nih. Atas nasihat Farah angkat juga baju nih. Haha

Tempat beli : JUSCO Taman Maluri
Harga : Tak ingat. RM40+ macam tu kot.
Ditemani Yassin masa beli nih. Yassin angkat gak kot baju masa tu...ka sebelum tu ntah.

Tempat : Sunway Carnivall Mall
Harga : RM40++
Diiringi Aziz dan Paan. Aziz beli gak baju masa tuh. Kameja gitu~ Fesyen Korea...haha

Tempat : Suria KLCC (ROMP)
Harga : RM50++
Ditemani Paan. Baju ni nampak cam labuh? Memang labuh pun. Baru boleh tutup apa yang patut. Hihi..saya tak suka pakai singkat-singkat. Rasa seksi la pulak...



Perasan dak? Baju saya banyak kaler hitam. Hahaha...no taste betoi la kan?? Ala, susah sikit kotor nanti. Saya ni dah la suka makan.


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, April 21, 2012

Matang

ASSALAMUALAIKUM...


Memasuki tahun kedua berada di IPG Kampus Pendidikan Teknik, saya dapat rasa satu perubahan. Perubahan ini bukan dari segi tinggi atau berat. Tapi tinggi dengan berat pun memang naik la. Dulu masa sem satu dulu sama tinggi ja dengan Syahirah. Sekarang ni dah lebih dalam 6-7cm gitu la. Berat pun sudah tambah dalam lingkungan 2-3KG. Eh, salah unit. 20-30 Newton. Ni baru unit betul bagi berat.

Conan Edogawa. Penyiasat muda. Haha...muka paling suci.

Dari segi rupa pun memang ada berubah sikit kan??? Dulu tak matang. Babyface la katakan... :P
Gaya rambut pun dah tukar. 

Tapi bukan matang yang di atas yang ingin saya khabarkan. Ni matang dari segi pemikiran dan emosi. Dulu asyik fikir nak main ja. Sekarang ni ada gak la kesedaran. Lepas tu, kalau ada masalah tu, sikit-sikit marah, stress. Kadang-kadang deactivate facebook terus. Lagi teruk kalau delete blog~ Macam budak-budak. Please la....dah besar pun nak buat macam bebudak lagi ka? Haha...Sem ni tak buat dah. Bila masuk Ijazah, automatik akan matang. 

Ok la, malas mau bicara tentang ni. Baru 20, belum cukup matang pun lagi~ Gagagaga...
Sayonara~

ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, April 19, 2012

Merana

ASSALAMUALAIKUM...

Yah, sebulan ini terpaksa bertahan dengan penderitaan ini. Agak seksa sebenarnya. Tak pernah la terseksa sebegini. Haih...lagi seksa daripada tak makan ICE KIMO selama sebulan dan Ais Jeli Selasih selama seminggu.

Ku harap penantian selama sebulan ini berbaloi. Kalau tak....memang urrghhhh la...haha...


Keboringan masa kelas falsafah~ Naruto kun... :3
Inspirasiku

Dah lama tak naik bas sekolah...bas ni pelik sikit kan? Belakang tu macam mudah terbalik ja...

First time buat tilt shilt.....

I <3 U....only you....Allah... :)

Monday, April 16, 2012

ASSALAMUALAIKUM...


Lama kan tak update blog? Kenapa? Saja menyepi sebentar bagi mengubat kedukaan ini. Cewahhh...xdak aih.
Dah takdak idea dah nih. Lagipun busy menonton anime baru nih. Toriko.


Mula-mula Arika la dok rekemen cerita nih. Ingat tak bes. Sekali dah tengok, perghh..ketagih. 
Hero dia ni, Toriko sebijik macam saya. Bukan nak perasan. Sama kot bab makan ja. Sekali makan dia ni habis berpinggan-pinggan. Hehe..Makan tak baca bismillah.

Kartun ni banyak nasihat dan nilai pengajaran yang boleh diambil. Macam kartun Naruto la. Sebab tu bes. Banyak gak pengaruh yang saya ambil dari kartun-kartun tersebut. Childish??
Ala, bukan salah pun tengok cerita kartun. Better kan daripada tengok cerita omputih yang babak-babak teruk gitu~



ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, April 10, 2012

Selamat Tinggal..

ASSALAMUALAIKUM...


Selamat tinggal, goodbye, sayonara....

Kepada Assignment!!! Hehehe...tiada lagi esmen untuk semester nih. Bagi menyambut hari yang gilang-gemilang nih, saya dah tukar lagu~ Lagu dulu tu dah boring dah even banyak kenangan dengan lagu tuh. Lagu ni lagi bes, lagi sedih...haha..

Sekarang, boleh la fokus untuk exam kan?? Oppsss, belummmm...kena balik Penang dulu. Ambil buku-buku yang tertinggal. Kalau tak nak studi camna. Okaiyh, hari ni taknak diskus apa-apa. 
Cuma nak terima kasih pada kawan-kawan terutamanya yang sekumpulan masa buat tugasan. Hampa banyak buat kerja dari saya. Rasa macam menumpang la pulak... 

Sebagai penghargaan, saya hadiahkan nih... ^_____^
Senyuman manis..ekeke..

Ni dia hadiahnya~ Video khas yg saya rakam....my beloved Adam Iman~

ASSALAMUALAIKUM...

Monday, April 09, 2012

Jalan-jalan spend voucher


ASSALAMUALAIKUM...

Hari :Sabtu
Tarikh :7 April 2012
Lokasi : Sekitar KL

Misi ke kedai buku.

Saya, Yassin, Ewi dan Fadhli ke kedai buku Popular di Petaling Street. Di  situ macam tak ramai orang. Jadi mungkin masih ada lebihan External Hardisk. Diketuai oleh Fadhli, kami bergerak awal-awal lagi. Sebab plan nak pi jalan-jalan. Sampai sana kira awal la jugak. 5 minit ja saya dah habiskan voucher~ Hehe...yang lain tu ada la satu jam jugak. Taktau nak beli apa. Rambang mata la katakan~ 


Balik tu pergi Low Yatt Plaza plak. Jalan la kami ke sana~

Singgah kat kedai nasi kandaq~ Ewi ngan Fadhli makan mewah..saya punya paling murah la...nasi ngan air milo jer..jimat duit la katakan~

Fadhli belek stapler~ Paling dahsyat la berbelanja

Mat Salleh ramai la masa tuh. Bukan bes pun nasik kandaq KL~

Yassin, tenang walaupun sebenarnya ada masalah~ Haha


Semester ni, baru kali pertama kami keluar bersama. Seyes bes~ paling bes sesat kat Sungai Wang. Tak jumpa exit. Ekeke..padahal selalu dah pi.


ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, April 08, 2012

Pedih

ASSALAMUALAIKUM...

Bangun saja tadi, rasa macam ada api di sebelah. Api tu dekat sangat. Lepas tu pegang la pipi. Waduh, lagi pedih. Rasa macam kena minyak panas. Raba-raba pipi macam tiada apa-apa. Pergi la tengok cermin. Perghhh, ada kesan merah. Panjang lagi tuh. Dari mata sampai bawah mulut. Penyakit apa la pulak.
Mula-mula nak buat taktau ja. Tapi makin pedih. Telefon la ayah, dia suruh pergi klinik. Ni yang malas nih. Dah la semalam joli habis. Duit belanja bulan ni pun dah habis. Kena usik duit belanja bulan depan pulak. Haiiihhh...

Doktor cakap, kena allergic, sama ada ada binatang gigit ataupun terkena bulu binatang. Errr, tak perasan pun. Takpa la, ubat dah dapat. Tengok la apa hasilnya nanti...

Kalau tinggal parut nanti habis la muka saya~
T____________T

ASSALAMUALAIKUM...

Friday, April 06, 2012

Kenangan

ASSALAMUALAIKUM


Kalau diimbau semula 10-15 tahun dahulu, rasa macam nak menitis ja air mata ni. Terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan. Tak kisah la sama ada kenangan tu pahit atau manis. 
Yang pahit tu takyah cerita la kot. Buat segan ja... =.='

  1. Dulu kalau makan nasi, first sekali mesti arwah tok goreng ikan dulu. Lauk lain lepas tu baru masak. Saya komfem makan dulu dah. Bantai lauk ikan goreng pun dah cukup. Tambah kicap sikit, then jadilah nasik bujang ala-ala 'Din style'. Kenyang jugak aih. Lepas dah masak laun lain, makan lagi sekali. Hihi...
    Ni dia. Sebijik macam arwah tok goreng. Aih, terliur la plak. Dah la hari ni baru makan breakfast. Sat ja lapaq balik..mak, nak balik rumahhh!!!

  2. Dulu kalau abang dengan kakak tak sibuk, komfem ajak main jutaria. Ala, yang macam monopoly tuh. Tapi ni untuk orang yang tak mampu mainan mahai macam tu. Hehe...Selalu kakak la yang jadi 'bank'. Dia cekap sikit kira-kira. Abang plak, komfem suka men tipu. Besa la, nak menang ja keja dia.
    Lawak plak bila tengok muka pakcik ni. Game ni bes kalau main ramai-ramai. Paling bes bila dapat duit 50 000$. Rasa paling kaya la masa tu. Lepas tu, komfem duit tu sorok kat belakang. Nanti baru nampak macam dah pokai. Buat surprise gitu~
  3. Pernah dengaq tak game 'snap'? Ala, game yang guna kad tuh. Sekotak RM1 ja. Game ni sampai sekarang pun saya taktau lagu mana nak main. Tapi dulu kakak yang bagi arahan. Game ni pun antara kegemaran adik-beradik kami la.
    Seyes bes!!!! Ada lagi, yang binatang punya. Tu feveret saya la. Tikus lawan gajah menang kat tikus...errr..

  4. Dulu kalau hujung minggu ja, ayah bawak satu famili pi Pantai Merdeka. Kami berkelah la kat situ. Mak komfem rebus telur masin. Sedap gila makan dengan nasi putih. Kadang-kadang bawa bihun goreng. Lepas mandi kat laut, baru la makan. Besnya time mandi tu mesti ada benda gigit. Masa tu ingat kerang la yang gigit. Sebab tak tajam pun. Ekeke...kadang-kadang tu ada orang jual aiskrim. Komfem beli la, siap taruh kacang lagi atas tu. Baru 50 sen. Sekarang ni RM1.50 belum tentu dapat tau.
    Dulu mana ada tambak macam ni. Dulu lagi bes, lagi bersih. Sekarang nak mandi pun pikir 12 kali jugak la. Nampak tu pelampung? Boleh sewa. Tapi dari kecik dulu ayah tak pernah nak sewa pun kat kami. Ala, air cetek ja pun, boleh belajar berenang sendiri...hehe..


    Cukup la kot banyak ni. Makin banyak di ingat, makin nak nangis rasanya. Semua hanya tinggal kenangan. Kenangan hanya boleh dikenang, tak mungkin dapat dikembalikan. Sekarang ni, parents dah makin tua. Adik-beradik yang lain semua dah kerja, tinggal sorang ja dok sekolah lagi. Cucu pun dah ada. Tak mungkin dapat alami benda macam ni lagi. Main sama-sama dan sebagainya. :')


    ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, April 05, 2012

Sudah jatuh ditimpa tangga, ditimpa lagi lif

ASSALAMUALAIKUM....

Malang betul saya sejak minggu ni. Ada ja masalah penipuan pasal wang. Habis elaun disebabkan benda ni ja. 
Bukan saja bahagian untuk berjoli dengan rakan yang habis, duit untuk makan-makan pun terpaksa digunakan.
Manusia ni takdak rasa malu kaaa? Nak senang, ambil kesempatan guna kelemahan orang lain, dan ada yang menyalahgunakan kuasa. Kepada polis-polis atau JPJ-JPJ sekalian, gunakan kuasa yang diamanahkan kepada anda dengan telus, bukan secara membab*-buta. Nanti dalam kubur kena soal, nak jawab macam mana?
Sikit-sikit rasuah. Tau dak haram RASUAH. Nak cari duit lebih pun, takkan sampai cari duit haram? Tak kesian anak bini ka? Orang lain pun x cukup duit. Takdak la sampai nak kedarah duit orang. Sampai aku mati nanti aku berdendam dengan polis-polis dan JPJ. 

Para pendidik sekalian, nanti kat sekolah mesti ramai yang bercita-cita nak jadi polis. Ajar dorang cukup-cukup. Maksud saya, nasihat dorang jangan salah guna kuasa, merasuah dan sebagainya.
Nasib baikla keluarga saya xdak yang polis.

:'( Sedih....dan pilu....banyak dugaan perlu ditempuhi....mulut pun tak baik lagi...haih...


Eh, buat apa sedih-sedihh? Banyak lagi kegembiraan yang akan mendatang. Tunggu ja...bersedih-sedih dahulu, bergembera-gembira kemudian..kan?
Duit tu biarla, kalau takdak sangat duit, mintak kata ayah dulu. Nanti bayaq la balik kannn? :)

Promote software baru. Instagram. Siapa yang pakai iphone ka, pakai android ka cuba la apps ni. Gila bes~
Macam-macam warna boleh diedit..terbaik~


ASSALAMUALAIKUM...


Wednesday, April 04, 2012

Anugerah

ASSALAMUALAIKUM....


ANUGERAH/KELEBIHAN/BAKAT


Bakat atau kelebihan, ialah anugerah yang Allah kurniakan kepada makhluknya dengan tujuan yang tertentu. Macam Cheetah misalnya, ia boleh berlari dengan kelajuan yang tidak dapat ditandingi oleh haiwan lain. Sebab apa? Lebih mudah nak memburu mangsa kan? Ular? Boleh kesan haba. Buaya? Boleh hidup dua alam. Manusia? Lagi la banyak kannn??

Di sini saya nak kongsi bakat-bakat atau kehebatan yang dimiliki kawan-kawan saya. Memang super-jeles la dengan diorang nih. Hihi....Dorang la SUPERHEROES saya....saya jadi SIDE-KICK ja...

Razvi A.K.A Ewi

Jangan pandang beliau sebelah mata. Hahaha...petah mulut berkata-kata. Cubalah membidas, pasti terkelu juga lidah anda nanti. Paling pakar berpidato, mengacarakan majlis dan sebagainya. Suaranya yang lunak merdu, pasti mencairkan hati anda.

Yassin A.K.A Ocien

Jangan pandang beliau sambil menutup mata. IQ hampir setanding dengan Jenius. Pakar mengolah, sekali baca sudah mampu faham. Memang pakar dalam BAHASA la. Cuba baca karangannya, dalam BM dan BI, dua-dua HEBATTT!!!

Ardie A.K.A Sifu Bugis

Nampak skema?? Mestilah tak langsung. Merupakan seorang atlet. Raja acara jarak jauh. Tiap-tiap kali acara, pasti ada ja pingat yang dipungut. Juga seorang raja batu. Eh, Raja ROCKKK!!! Bagi saja lagu tinggi-tinggi. Komfem boleh tarik.



Fadhli A.K.A Abang Fad

Tiada kata yang dapat menggambarkan kehebatan beliau dalam bidang nyanyian. Seriusly, first time dgar dia nyanyi lagu Mengusung rindu, terkejut. Kalah penyanyi asal. SEDAP gilaaaar!!! Sekarang dah bergelar artis kelas kami. Hihihi....Paling jelesss la!!




ASSALAMUALAIKUM...





Tuesday, April 03, 2012

ASSALAMUALAIKUM...


JENAYAH


Selasa, 3 April 2012

"Kaki nyaris putus dilibas parang..."
"Pijak kepala dalam kereta..."
"Dicekup lepas 16 jam menyamun.."
"Nadia disamun RM20,000..."
"Bekas penyelam nafi noda gadis..."

Sebahagian tajuk akhbar metro hari ni. Rasanya, aman tak negara kita? Ni baru sebahagian yang dipetik dari 

akhbar, bagaimana kes-kes yang tak masuk akhbar?? Memang la dengar pun macam tak kisah kan? Sebab dah 

selalu sangat dah dengar kes macam ni, sampai nampak kes ni macam kes kecik ja. Macam curi pemadam dan 

sebgainya. Padahal benda ni serius. Cuba semua ini berlaku kat anda sendiri, ataupun keluarga anda. Masa tu baru la tau betapa teruknya perbuatan nih...

Kita rakyat biasa. Komfem la tak boleh buat apa. Boleh ubah diri sendiri ja la. Adakah itu cukup? Orang yang 

berkuasa dalam negara yang sepatutnya cari jalan cegah semua ni. Polis-polis pula, gaji selalu dah naik, kerja pun 

mesti bertambah efisyen. Cuba banyakkan rondaan. Ni tengok asyik meronda kat jalan, tunggu masa 

menyaman orang. Cari duit lebih la katakan....padahal kesalahan jalan raya tu takdak la teruk macam ragut, rogol dan bunuh. Siapala saya untuk tegur semua ni kannn?

Kalaulah kita semua ni percaya dengan undang-undang Allah, takkan berlaku semua ni. InsyaAllah...mengapa gunakan undang-undang yang dicipta oleh manusia, sedangkan manusia sendiri tidak sempurna, apatah lagi ciptaan manusia?

*Just pendapat ok...

ASSALAMUALAIKUM...

Monday, April 02, 2012

Simple

ASSALAMUALAIKUM...


SIMPLE


Sebenarnya, saya ni jenis laki yang simple, dan sukakan kesimplean. Errr....ke'simple'an. Tak suka la benda yang rumit misalnya dalam berfesyen. Bagi saya, yang paling penting, rambut....dan pakai baju apa. Tu ja. Paling malas fikir pasal kasut. Lantak la pi kenduri ka, jalan-jalan kat KL ka, pakai selipar la paling BESTTT!!

Ok, sebut pasai simple ni...bukan saja pemakaian. Tapi nak fokus pada pakaian la. Kalau nak tau la, fesyen tudung wanita yang paling saya berkenan, ialah yang paling simple. Macam orang-orang kampung dok pakai tu. Paling penting aurat dia ditutup. Berbanding dengan fesyen-fesyen lain, dah la memakan masa, smart tu depend gak la. Haihhh...kalau bini saya buat gini, takpa la. Nak cantik untuk suami gak kannn? Ekeke... =__='

Kalau ada keta pun, saya suka design yang asal. Kalau modefight  pun takat tukar rim ja. Baru nampak hebat....hehe...

Apa lagi nak cakap pasai simple nihhh? Haaa....sy x simple-minded k....
Kalau nak buat apa-apa pun, pikiaq jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh mengalahkan pompuan...

Dalam fotografi pun, gambar yang diedit biar simple. Jangan over terlebih, nanti hilang keaslian...



ASSALAMUALAIKUM...