Monday, March 05, 2012

SBE Isnin

ASSALAMUALAIKUM...

Jam menunjukkan pukul 6.28am. 2 minit lagi sebelum alarm berbunyi. Kali ni tak tidur balik. Terus menggapai tuala lelaki dan mandi. Dipendekkan cerita, tunggu member sampai rumah jam 7 gak la. Kemudian kami gerak. Naik moto jer....legend duo ngan legend gak. Dah tu, sampai ja sana pi cari tandaih dulu. Bukan buang ehem2...tapi sikat rambut. Ala, nak jumpa guru besaq kena la bergaya...(pedahal sebab ada cikgu cun).
Lepas tu masuk la bilik guru besaq. Kena panggil masuk, dia interview dulu. Tanya dok mana. Errr...permatang Bogak. Lepas tu ayah masuk. Cakap mintak cuti rehat sebab pak sedara meninggal. GB pun tanya la kenal ak cikgu Yusop tu. Diam je la...member pulak menyampuk, lebih dari kenal gitu~
Ayah saya tu cikgu. Hihihi...baru nak rahsiakan. Dari pak guard ke makcik kantin semua tanya mana anak Cikgu Yusop. ==' Ni yang segan nih. Lepas tu, kami kena pi berdiri depan masa perhimpunan. Mak aih, getaq perabih la.

Habih ja tu, kami bergerak untuk cari maklumat. Dapat la korek maklumat sikit-sikit. Lepas tu kan, kami dapat ganti kelas~ Kelas 2AF. Punya la excited dapat kelas pandai. Dah masuk tu, mak aih, macam2 ragam. Ada yang berlagak, ada yang diam ja...ada yang menumbuk2 saya pun ada, kurang asham betoi.

Dah la, tengok ja la gambaq...malaih naip~ Sori la gambo kurang enak dilihat...pakai fon murah je.. :')

BBM

Zaman dulu suka la naik benda ni time rehat

Sekolah kampung, tapi kemudahan semua lengkap

waktu rehat diisi dengan latihan takraw~ hebat kan?

Bakal Ustaz, insyaAllah...haha...songkok mana?

Kelas yang kami kena ganti~ nasib bek berdua, kalau sorang matila~

2 comments:

farahida ibrahim said...

henfon beribu2 dikata murah..:')
best nya ai dapat relief kelas..

the naufal said...

hahah aziz xleh blah =D