Friday, March 30, 2012

Kecantikan

ASSALAMUALAIKUM...


Apa ertinya kecantikan....pada pandangan saya.


Bila sebut kecantikan, terus terbayang perempuan...kenapa? Sebab perkataan cantik itu sendiri dah sebati dengan perempuan. Seindah hiasan dunia ialah wanita. Memang dalam dunia ni, cantik mana pun sesuatu tempat pelancongan, secantik mana pun ferrari, secantik mana pun banglo yang direka manusia, takkan boleh menandingi kecantikan makhluk ciptaan Allah yang digelar 'Wanita'.

Bila disebut kecantikan juga, akan terbayang wajah seseorang wanita. Lelaki lebih mudah menilai kecantikan luaran wanita berbanding hati seseorang wanita. Mengapa? Lelaki perlu selami hati wanita terlebih dahulu untuk mencari kecantikan hati mereka. Hati tak mungkin nampak dari luaran. Tapi mungkin dapat dilihat melalui perbuatan dan tingkah laku. 

20 tahun hidup di atas muka bumi Allah ni, saya sendiri mampu membezakan perempuan solehah dan perempuan kurang solehah. Mungkin ini anugerah biasa kepada mana-mana lelaki bagi memudahkan mereka mencari isteri yang solehah. Nur di wajah mereka mampu menerangi hati lelaki lantas memikat hati mereka. 

Wanita bertudung labuh VS Perempuan berpakaian ketat

Antara dua pilihan di atas, mana satu jadi pilihan anda? Mestilah yang bertudung labuh kan? Lagi pandai wanita itu menjaga kehormatan diri, semakin tinggi nilainya di mata lelaki. Berbanding dengan perempuan berpakaian ketat. Jika kehormatan diri sendiri tak pandai jaga, bagaimana dia nak jaga kehormatan atau keaiban suaminya? keluarganya?

Di sini saya gunakan istilah Wanita pada yang bertudung labuh, dan perempuan bagi yang berpakaian ketat. Mengapa? Wanita lebih sesuai digunakan bagi yang bertudung labuh kerana lebih bersifat kewanitaan. Perempuan yang tidak pandai menjaga kehormatan diri, sesuaikah dipanggil wanita?? Lebih kepada perempuan. 

Maaflah kerana terlalu agresif. Saya sebenarnya sangat risau dengan kaum hawa di negara kita. Terlalu banyak lelaki yang jahat, dan menunggu masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan terhadap kaum wanita. Bila perempuan memakai pakaian yang menjolok mata, lelaki mudah dikawal oleh nafsu, berbanding akal. Serius, saya risau. Keluarga saya sendiri lebih ramai perempuan. 


Wanita idaman saya. Dari atas, memang macam wanita. Tapi bila semakin ke bawah, makin nampak keperempuanan. Jangan salah tafsir ayat saya nih. Maksud saya, cara dia bertudung memang dah tip top. Tapi sayang, pakaian ketat. But still, my taste. Nanti insaf naaahhhhhh... :)


ASSALAMUALAIKUM..



2 comments:

Anonymous said...

nak muntah baca..haha

zudien said...

Sampai hati hg, nanti aku habaq kat ehem2...hg x suka wanita tudung labuh...hoho