Wednesday, March 14, 2012

Kawan lama

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam masa kenduri, jumpa la kawan masa kecil. Kawan satu sekolah Arab. Dulu selalu gak la main sekali. Tapi tak rapat sangat dengan dia memandangkan dia nakai gila. Haha...tak sesuai rapat. 

Kami ada berbual pasal kahwin. Dia yang mulakan k?
Dia cakap dia akan berkahwin tahun nih. Perghhh...baru 20. Yang mengejutkan, segala kos perkahwinan nanti akan ditanggung oleh ayah pihak perempuan tu. Mak aih, gila untung kot. Kenduri ditanggung, pakaian sewa, sanding, semua ditanggung. Even wang hantaran pun dia nak tanggung. =='

Saya rasa memang ayah dia sayangkan anaknya. Sebab saya selalu nampak kawan saya ni angkut pompuan tu nek moto sini sana. Takmau dah la tengok depa buat dosa kan?? Untung takyah keluaq duit. Saya pun mau kalau macam tu. Hihi...

Apa-apa pun kawan, jangan kawin sekadar ikut hawa nafsu ja. Cari ilmu cukup-cukup sebelum kahwin. Anak orang tuh. Hang mesti bahagiakan hidup dia tau. 


ASSALAMUALAIKUM...

No comments: