Friday, March 30, 2012

Kecantikan

ASSALAMUALAIKUM...


Apa ertinya kecantikan....pada pandangan saya.


Bila sebut kecantikan, terus terbayang perempuan...kenapa? Sebab perkataan cantik itu sendiri dah sebati dengan perempuan. Seindah hiasan dunia ialah wanita. Memang dalam dunia ni, cantik mana pun sesuatu tempat pelancongan, secantik mana pun ferrari, secantik mana pun banglo yang direka manusia, takkan boleh menandingi kecantikan makhluk ciptaan Allah yang digelar 'Wanita'.

Bila disebut kecantikan juga, akan terbayang wajah seseorang wanita. Lelaki lebih mudah menilai kecantikan luaran wanita berbanding hati seseorang wanita. Mengapa? Lelaki perlu selami hati wanita terlebih dahulu untuk mencari kecantikan hati mereka. Hati tak mungkin nampak dari luaran. Tapi mungkin dapat dilihat melalui perbuatan dan tingkah laku. 

20 tahun hidup di atas muka bumi Allah ni, saya sendiri mampu membezakan perempuan solehah dan perempuan kurang solehah. Mungkin ini anugerah biasa kepada mana-mana lelaki bagi memudahkan mereka mencari isteri yang solehah. Nur di wajah mereka mampu menerangi hati lelaki lantas memikat hati mereka. 

Wanita bertudung labuh VS Perempuan berpakaian ketat

Antara dua pilihan di atas, mana satu jadi pilihan anda? Mestilah yang bertudung labuh kan? Lagi pandai wanita itu menjaga kehormatan diri, semakin tinggi nilainya di mata lelaki. Berbanding dengan perempuan berpakaian ketat. Jika kehormatan diri sendiri tak pandai jaga, bagaimana dia nak jaga kehormatan atau keaiban suaminya? keluarganya?

Di sini saya gunakan istilah Wanita pada yang bertudung labuh, dan perempuan bagi yang berpakaian ketat. Mengapa? Wanita lebih sesuai digunakan bagi yang bertudung labuh kerana lebih bersifat kewanitaan. Perempuan yang tidak pandai menjaga kehormatan diri, sesuaikah dipanggil wanita?? Lebih kepada perempuan. 

Maaflah kerana terlalu agresif. Saya sebenarnya sangat risau dengan kaum hawa di negara kita. Terlalu banyak lelaki yang jahat, dan menunggu masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan terhadap kaum wanita. Bila perempuan memakai pakaian yang menjolok mata, lelaki mudah dikawal oleh nafsu, berbanding akal. Serius, saya risau. Keluarga saya sendiri lebih ramai perempuan. 


Wanita idaman saya. Dari atas, memang macam wanita. Tapi bila semakin ke bawah, makin nampak keperempuanan. Jangan salah tafsir ayat saya nih. Maksud saya, cara dia bertudung memang dah tip top. Tapi sayang, pakaian ketat. But still, my taste. Nanti insaf naaahhhhhh... :)


ASSALAMUALAIKUM..



Wednesday, March 28, 2012

Pameran Sains

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamduliilah, semalam pameran Sains yang dianjurkan oleh kelas kami berlangsung dengan jayanya. Sumpah excited dan lega gila lepas habis ja pameran nih. Rasa macam dapat semula hidup nih. Hihi...terus pi enjoy. Ini kali pertama saya jadi pengarah projek. Pertama kali dok tepi pengarah. Pertama kali naik pentas bagi ucapan. Pertama kali penat dan stress macam nih. Tapi memang perghhhh la. Two words from Pn Haslinah yang buat saya rasa pengorbanan ini berbaloi : "Good Job!"


Tenqiu ahli kumpulan, Yassin, Ooi, Wan, Yani. You guys are the best!!!

Yassin. Idea beliau sangat menarik dan bernas dan MANTOPPP!

Me? Errr....

Kumpulan kami ditanyakan soalan yang bertubi-tubi....Miss Tan mmg killer la...paku kami dengan soalan yg PERGHHH...

Poster kami, buat guna powerpoint...Miss Kodi la buat...tp sy edit :)


Petang ni, kami celebrate di KFC dengan Pn Haslinah. Memang exited perabis...


ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, March 25, 2012

Farewell Sis...

ASSALAMUALAIKUM...

Tanggal hari ini, kakak mula berlepas ke Tokyo, Jepun.
Wow, sumpah jeles. Patutnya tahun depan pun saya dah dapat fly ke Jepun. Haha...xdak rezeki. Kandas masa interview. Ya la, tanya soalan kimia, fizik, bio dan admath tanpa persediaan. 4 bulan otak tak berjalan. 

Takpa la, benda dah berlalu kan. Hanya mampu membanggakan ibu bapa dengan jadi cikgu. Lagipun ni kehendak mereka. Bukannya saya tak dapat tajaan lain selain dari jadi guru nih. Hihi... =.='

Seperginya kakak selama 2 tahun, terpaksa la saya tangguhkan niat untuk berkahwin. Komfem dia marah kalau buat kenduri tanpa dia nanti. Ekekeke...dak aih, bukan sebab tu. Tapi sebab nak guna duit yang disimpan tu untuk pi Jepun. Konvo beliau nanti. Tu pun kalau ayah ajak pergi la. Nak pi sana kalau naik MAS mau rm4000 lebih pa. Rasanya la. Eh, baru cek. Untuk hari ni, RM3000. Haha...tgok time la. Nanti kalau pi time cuti, komfem harga melonjak. Takpa la, tak pi nanti pun xpa. Simpan duit duluuuu...
hantaq parents pi dah la. >.<

Ok la, apa-apa pun, semoga dia berjaya di Jepun nanti....bila dah berjaya, bawak balik ijazah, dan sorang calon menantu kat mak...calon isteri saya la maksudnya..ekeke...nevermind...


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, March 24, 2012

Sahabat

ASSALAMUALAIKUM....


Meskipun baru kenal sehari, sekali kita dah jadi sahabat, seumur hidup ku akan menyanjungimu...:')

Meskipun lain bangsa, lain agama, lain loghat dan sebagainya, ia tidak menghalang kita untuk bersahabat. 

Sahabat akan buat apa saja untuk menjaga persahabatan ini....

Di kala ku kegelapan, kau menyuluhku dengan cahaya, supaya aku  berada di landasan yang benar...
Di kala ku kesedihan, kau ingatkan aku....kepada Allah yang Maha Esa...

Selama mana pun kita terpisah, persahabatan itu tidak akan putus....
Meskipun kita tidak pernah sekelas, itu bukan penghalang untuk kita rapat....




SAHABAT, andaikata kita terpisah hari ini,
bawalah bersama persahabatan ini,
ke mana jua kau berada...


SAYA SAYANG SAHABAT SAYA SELAMANYA... :')


Friday, March 23, 2012

Nasihat....

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, hajatku kesamampaian juga untuk menasihati seorang wanita ini yang juga merupakan rakan facebook. Saya nasihatkan dia supaya memakai tudung. Alhamdulillah, dia akan pakai dalam masa yang terdekat.

"Hebatnya pengaruh seseorang lelaki terhadap wanita."
Begitu juga pengaruh wanita terhadap lelaki. Kalau saya sendiri dinasihati oleh mana-mana perempuan, tanpa berlengah lagi saya terus ikut. Ekeke....

Moga orang lain akan ikut jejak langkahnya nanti...InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM...

Monday, March 19, 2012

Mood sedih

ASSALAMUALAIKUM...

Sedih apasai nih? Esemen banyak, rindu famili, takdak tempat mengadu.. (godikkkk!!!). Mengadu kat Allah la Zudien ooi...Allah kan Maha Mendengar. 

Dah la keja banyak, sunyi pun ada. Tambah lagi la stress. Errrrr.....kesan serta merta mula nampak. Haha...
Ok la, tgah sedih ni, layan lagu jiwang trus terubat. Lagu feveret gak nih. Ada maksud :)

Spoon- Memohon Diri
Restuilah perpisahan ini
Relakanlah pemergian aku
Jangan bersedih jangan menangis
Semua telah ditentukan

Berat hati berat ku rasakan
Berjauhan dengan mu sayang
Tapi perjanjian hanya di sini
Tak daya bertahan lagi
Izinku bermohon diri

Asmara yang sebiru dulu
Biarkan terbang menjadi debu
Sebagai tanda kita pernah bercinta... oh... oh...
Oh... biar pun bulan jatuh ke bumi
Menerangi kedukaan jiwa
Namun sudah tak bererti pada ku

Ku sangkakan panas mentari sampai ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Menghangatkan kasih kita

Ku sangkakan engkau insan yang setia
Rupanya engkau bersandiwara
Curang dalam cinta kita
Kau membuat ku menangis
Jiwa ku terhiris...

ASSALAMUALAIKUM...

Friday, March 16, 2012

Niatku ikhlas


ASSALAMUALAIKUM...

Sori, kali ni hanya nak mengungkap kata-kata melalui lagu... :')

Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti


Bukanlah ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari

Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan

[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/spin/malam_makin_dingin.html ]
Kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati
Aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
Walaupun setebal mana selimut membaluti
Aku masih kedinginan sepi tanpa berteman

Kedinginanmu kerana malam
Yang masih lagi panjang

Kedinginanku jauh bandingan
Dengan dirimu

Usah biar malam tak berteman
Usah bair siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini

Andainya aku merajuk bawa hati
Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan
Pasti kita berdua

Wednesday, March 14, 2012

Kawan lama

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam masa kenduri, jumpa la kawan masa kecil. Kawan satu sekolah Arab. Dulu selalu gak la main sekali. Tapi tak rapat sangat dengan dia memandangkan dia nakai gila. Haha...tak sesuai rapat. 

Kami ada berbual pasal kahwin. Dia yang mulakan k?
Dia cakap dia akan berkahwin tahun nih. Perghhh...baru 20. Yang mengejutkan, segala kos perkahwinan nanti akan ditanggung oleh ayah pihak perempuan tu. Mak aih, gila untung kot. Kenduri ditanggung, pakaian sewa, sanding, semua ditanggung. Even wang hantaran pun dia nak tanggung. =='

Saya rasa memang ayah dia sayangkan anaknya. Sebab saya selalu nampak kawan saya ni angkut pompuan tu nek moto sini sana. Takmau dah la tengok depa buat dosa kan?? Untung takyah keluaq duit. Saya pun mau kalau macam tu. Hihi...

Apa-apa pun kawan, jangan kawin sekadar ikut hawa nafsu ja. Cari ilmu cukup-cukup sebelum kahwin. Anak orang tuh. Hang mesti bahagiakan hidup dia tau. 


ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, March 11, 2012

Nice Guy

ASSALAMUALAIKUM...

Tonight, my dream come true and destroyed at the same time...is that cool?

Memalam gini, mesti buat refleksi diri. Fikir balik dalam-dalam. Am I a good guy?
I think not....yet. I will be. InsyaAllah...
Seyes benda paling susah nak jadi.

Satu cara yang paling mudah, first kena jadi Hamba Allah yang taat...jadi lelaki Soleh. InsyaAllah secara automatiknya akan jadi lelaki yang baik...


Frust menonggeng... :'(

That's okay~ Hidup panjang lagi kot...InsyaAllah....ada masa lagi nak perbaiki diri. Semuanya terletak pada diri sendiri ja. 


ASSALAMUALAIKUM...


Friday, March 09, 2012

Last and the last

ASSALAMUALAIKUM...

Nak nangis....seyesly... :'(
Bila fikir esok hari last SBE. Terus sebak. Adakah ini perasaan menjadi seorang cikgu? Depa tu dah macam adik, eh, anak aku sendiri dah...hoho..

Rasa excited sangat bila boleh buat depa gelak....bagi depa impress...sanggup saya beli kaler banyak-banyak sebab nak kaler siap-siap pastu tunjuk kat murid-murid. Seyes terharu bila dipuji anak murid sendiri.
Lepas tu, bila dah habis kelas, dari jauh dorang jerit "cikgu Izzuddin!!!". :')
Hanya mampu membalas dengan lambaian...


Kelas pertama yang saya masuk masa SBE...agak kecoh tapi bes!

Budak pertama yang berjaya menawan hati aku....sumpah sweet dia senyum..

Kembaq yang paling sweet kat sekolah...jumpa ja mesti panggi 'cikgu'...comey2 belako...

Bagi warna komfem kelas senyap~

Muka dia macam artis mana ntah...comey~ <3

Ni budak pompuan paling comey...lagi comey time senyum..dah tanya, memang xdok kakak...gatai sunggoh nuh... :P

Seyes mau tergelak bila tengok..haha..

Kini hati saya dah 100% mau jadi cikgu. Memang pekerjaan paling besttttt!!! Banyak yang saya dapat masa SBE nih. Antaranya....

  1. Nak jadi cikgu kena garang. Tegas ni pun bebudak melawan lagi. Tambah2 lagi sekolah kampung.
  2. Nak jadi cikgu kena nampak macam bebudak. =='
  3. Guru besar selalunya dibenci oleh cikgu lain.
  4. Makan kat kantin memang murah.
  5. Orang Penaga memang cantik-cantik belaka.
  6. Rupanya saya ni penyayang jugak noh.

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, March 07, 2012

Tekad ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Time SBE ni, memang banyak meluangkan masa bersembang. Dapat pulak meja dekat dengan air-cond. Dah tu berjiran dengan ustazah pulak. :) Saya panggil dia kakak ja...sweet dak? Haha...nak panggil ustazah segan pulak. Lebih kurang sebaya ja. Dok gossip pasai henpon, besa la...orang tu kaya. Bila hati dah jemu, mula berpaling tadah~ Owhhhh....ha, keluaq dah lagu jiwang nih. 

Ya, memang. Saya telah jatuh cinta sekali lagi. Cinta pandang pertama pulak tuh. Sekali tengok cair terus. Nafsu pun membuak-buak. Oh.....sungguh cun dan sexy.



Nokia N808

Kameranya amat menggoda...41mp


Tapi...maaf...saya sedang mengumpul duit untuk mendapatkan cinta yang HALAL. Mungkin kita tiada jodoh. Kalau ada duit lebih, mungkin awak sanggup bermadu? Hoho..kalau taknak, saya kenalkan awak dengan kawan saya neh la. Tapi dia tak minan symbian. 

Woho~ wait for me ya my dear....dah cukup duit tak cakap banyak dah. Tunggu depaaaannn pintu rumah!!


ASSALAMUALAIKUM...

SBE hari 2

ASSALAMUALAIKUM...


Hari ni kami dapat ganti dua kelas, kiranya sorang satu la. Saya dapat kelas belakang, masuk tu memang hilang kawalan la. Tiada aktiviti untuk mereka. Hanya berkenalan2 macam tu ja. Memang dorang bosan la. Sebaliknya pula berlaku kat member. Dia dapat kelas 1AF, kelas memang paling baik la. Budak kelas tu pun comel2 belaka...semua budak kelas tu memang kiut, rasa macam takmau keluaq dari kelas tu. Kami buat pertandingan mewarna. Komfem la semua senyap.



"Cikgu kaler tak cantik pun.." pedihnya ayat depa


Monday, March 05, 2012

SBE Isnin

ASSALAMUALAIKUM...

Jam menunjukkan pukul 6.28am. 2 minit lagi sebelum alarm berbunyi. Kali ni tak tidur balik. Terus menggapai tuala lelaki dan mandi. Dipendekkan cerita, tunggu member sampai rumah jam 7 gak la. Kemudian kami gerak. Naik moto jer....legend duo ngan legend gak. Dah tu, sampai ja sana pi cari tandaih dulu. Bukan buang ehem2...tapi sikat rambut. Ala, nak jumpa guru besaq kena la bergaya...(pedahal sebab ada cikgu cun).
Lepas tu masuk la bilik guru besaq. Kena panggil masuk, dia interview dulu. Tanya dok mana. Errr...permatang Bogak. Lepas tu ayah masuk. Cakap mintak cuti rehat sebab pak sedara meninggal. GB pun tanya la kenal ak cikgu Yusop tu. Diam je la...member pulak menyampuk, lebih dari kenal gitu~
Ayah saya tu cikgu. Hihihi...baru nak rahsiakan. Dari pak guard ke makcik kantin semua tanya mana anak Cikgu Yusop. ==' Ni yang segan nih. Lepas tu, kami kena pi berdiri depan masa perhimpunan. Mak aih, getaq perabih la.

Habih ja tu, kami bergerak untuk cari maklumat. Dapat la korek maklumat sikit-sikit. Lepas tu kan, kami dapat ganti kelas~ Kelas 2AF. Punya la excited dapat kelas pandai. Dah masuk tu, mak aih, macam2 ragam. Ada yang berlagak, ada yang diam ja...ada yang menumbuk2 saya pun ada, kurang asham betoi.

Dah la, tengok ja la gambaq...malaih naip~ Sori la gambo kurang enak dilihat...pakai fon murah je.. :')

BBM

Zaman dulu suka la naik benda ni time rehat

Sekolah kampung, tapi kemudahan semua lengkap

waktu rehat diisi dengan latihan takraw~ hebat kan?

Bakal Ustaz, insyaAllah...haha...songkok mana?

Kelas yang kami kena ganti~ nasib bek berdua, kalau sorang matila~

Sunday, March 04, 2012

SBE Hari 1

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam tiba-tiba ayah saya tanya mau ikut tak pergi sekolah esok. Ada sambutan Maulidul Rasul. Macam menarik. Tapi macam malas. Esoknya, lepas bangun Subuh, tetiba rajin. Jadi pergi ja la.

Malas mau cakap apa, tengok la sendiri.




Budak yang belakang tu kemain elak...tamau bagi amik gambaq dia..kalah artis

Depan kamera teruih dengaq cakap cikgu

Ni dia..mula2 punya malu nak amik gambaq

Haaa...kan dah tak malu

Dan lagi~

Dan lagi...ala...comey kan??

Ni kembaq rasanya..






Saya bertekad nak jadi cikgu..nak tolong orang susah...InysaAllah.. :')

ASSALAMUALAIKUM,..