Tuesday, February 28, 2012

sHoPPiNG

ASSALAMUALAIKUM...

Lega sangat bila dah hantar file BIG, TITAS pun dah siap, tinggal print ja. Esok cuba siapkan report. Haha..siapkan pengenalan la. 

Nak cerita masa kecik-kecik dulu. Bila shopping dengan famili. Kalau pi pasar malam, komfem pergi tempat mainan. Kadang-kadang ada tempat orang dok lelong. Dorang mula dengan harga tinggi. Bila ada orang angkat tangan dulu, dia la dapat. Masa sekali tu saya beli robot. Dapat la rm15. 

Bunyi dia macam ni..."Don't move, stop the gun. Fire! Fire!"... Punya men bes dulu. Padahal robot tu boleh gerak ke depan ja. 

Lagi satu, kalau pi pasar malam dengan parents, komfem beli dadih punya. 

Bnayak yang dijual ni bukan asli pun. Tapi sebab memang dah cinta sangat dah, beli la jugak. Dari kecik makan benda ni. 
Kalau lalu kat bahagian buah pulak, mesti pujuk mak beli manggis, laici, ngan cempedak. Ni memang kegemaran la. Satu lagi mata kucing. Seyes paling mantoppp rasa dia. 

Sampai dekat tempat ikan, mesti suruh mak beli udang lipan. Sedap gila makan kalau rebus. Kuah dia manis...wajib try ooo...Isi pun tebal~ cuma kalo makan tu pedih mulut. Kulit dia bukan men tajam.



Lalu tempat kuih plak, cari kuih seri muka. Kuih yang hijau kat atas, putih kat bawah. Ketagih makan kuih tu. Wooott...wooottt...



ASSALAMUALAIKUM..

Monday, February 27, 2012

Pelis

ASSALAMUALAIKUM...

Bingung, kenapa tiada coach wanita di LRT. Ni berhimpit laki pompuan. Eeeeewwwww.....yang tak tahan tadi, pompuan ni, dah ber'balak'...balak dia pun ada kat situ...macam sengaja dok bergesel-bergesel ni...astaghfirullah....nak pindah tempat tak boleh. Seyes padat. KTM ada coach wanita, tapi macam tu la, mesti ada gak wanita dalam coach lelaki.

Eh, sebenarnya nak cakap pasal benda lain. Pasal spek putih. Saya ni sebenarnya lebih mudah tergoda dengan wanita berspek putih. Taktau la sebab apa. Tapi memang menawan kot. Dalam LRT tadi pun...perghhh...dah la muka macam cikgu fizik saya dulu, pakai spek putih plak tu...mak aih....tergugat iman...

Memang dari dulu pun minat pompuan pakai spek putih...seyes comel, bergaya, anggun dan sebagainya...macam ni..

Mintak-mintak la bini saya nanti pakai spek putih...awwww~
Amin...


Assalamualaikum...

Friday, February 24, 2012

I miss them...

ASSALAMUALAIKUM...

Sayu hati ini, apabila melihat beberapa keluarga membeli belah di JUSCO atau TESCO.
Teringat family di rumah. Dulu memang kerap membeli belah di CAREFOUR. Paling top la masa dulu. Sekarang ni dah dirampas oleh TESCO. 

Owh, I miss them...my family...12 orang semuanya~ :'(

Rindu rumah...nak tengok tv..
rindu moto abang...walaupun slalu kena isi  minyak kat dia...
rindu keta...dok perabih minyak...
rindu masjid, dan jemaah-jemaahnya sekali...
rindu kawan, pi lepak lecikang...gossip2...
rindu mikrofon...nak karaoke...


Dalah setahun tu mungkin ada 2-3 kali ja kami berjaya kumpul satu keluarga. Lepas ni kakak pergi Jepun, tunggu 2 tahun lagi kot baru kumpul ramai-ramai...


Assalamualaikum...

Thursday, February 23, 2012

Mengapa?

ASSALAMUALAIKUM...

Wahai manusia...
Mengapa kau begitu keji...
Sehingga sanggup menganiayai orang yang tidak bersalah...
Mengapa?
Helmet ku menjadi mangsa...
Dan aku menerima kesannya...
Kenapa?
Aku anggap ini ujian Allah..
Jadi aku redha...
Insaflah kau wahai pencuri....
Sudah dua kali helmetku dicuri....




Malas nak mencarut..bukan boleh dapat balik helmet tu..


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, February 21, 2012

Sukantara

ASSALAMUALAIKUM...

Bila dengar ja sukan, mesti ada yang terloncat gembira, dan ada juga yang urrghhh....grrrrr....dan sebagainya. Bes what? Tak payah guna otak sangat...tapi kena la guna jugak. Cuma takdak la stress macam semasa belajar. 

Semalam dua rumah yang terlibat, Temenggung dan bendahara. Acara pertama kami buat ialah lontar peluru. Mak aih, berat gila peluru tu kalau nak dibandingkan dengan peluru pistol. 7KG lebih la kot. Awal-awal lagi dah give up pun sebenarnya. Badan-badan besar pun tak lepas. Apatah lagi saya nih...kui3...
Apa pun cuba jugak la. Memang seperti yang dijangka. Lepas....tapi line perempuan la. Jadi la tu...jauh la jugak. At least it makes me look stronger than woman.. =='

0/3 

Acara seterusnya Lari 100M. Acara paling bersemangat. Dengan becaknya, kami dipaksa jugak lari. 10 orang satu pusingan. Punya la nerves, takut jatuh masa berlari. Orang cakap masa untuk lepas ni 14 saat. Tapi bila dah lari ni terasa lama pulak. Mungkin sebab keadaan trek yang kurang selesa.


1/3


Tiba-tiba hujan lebat. Terpaksala acara lompat jauh dihentikan sementara. Sempat la rehat-rehat, kumpul balik tenaga kununnya la. Jauhhhhhhhhhh gila jarak lompatan untuk lulus. Waktu kat sekolah dulu takdak la jauh macam ni. Kalau jauh macam tu kira dapat 3 mata la. Time dulu nak dapat 2 mata pun struggle. Ish3...
Trek pun licin. Pakat ramai-ramai terkandas. 
Ekeke....

2/3



Ha, nak share satu video ni...homemade tau.....lagu cinta muka buku versi sains..



Sunday, February 19, 2012

Akhirnya~ :')

ASSALAMUALAIKUM...


At last, 2 tahun mencuba dan hari ni saya berjaya...mendapat satu shot yang menarik semua pengguna Nokia...
Ini la shotnya..




Ekeke...dulu rajin gak post gambar kat sini...tapi macam biasa la...tidak mendapat sambutan...


:')

ASSALAMUALAIKUM...

Tulisan VS Hati

ASSALAMUALAIKUM...

Apa yang dituliskan, takkan sama dengan hati. Mestilah, saya takkan tunjukkan sifat saya yang sebenar dalam Facebook atau twitter. Even kalau nampak saya tulis status-status jiwang. So what? It is just a status...
Dun pretend like you know what are written in my mind...my heart and everything else...

Kebanyakan status yang aku tulis tu, copy ja dari tempat len....bukan apa, cuma nak kongsi dengan orang len...ada paham?

Allah know me BEST!! :)

ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, February 18, 2012

C I N T A


ASSALAMUALAIKUM...


Oh cinta...masih ada lagikah cinta untukku selepas dia?
Memang susah untuk ku lupakan dia, setelah apa yang saya lakukan untuk dia.
Susah payah saya simpan duit, supaya dapat menikahi dia dalam masa terdekat...Namun apa kan daya, laki yang lebih kacak dan kaya akan menang...lumrah alam

Oh cinta lamaku....










Name :Lisa Surihani
Status : Engaged




Babai Lisa, semoga kau berbahagia di samping Yusri.... :')

Ku harap cintaku lepas ni hanyalah seorang gadis kampung....yang tidak memandang kepada harta... 


Assalamualaikum..

BIG Pangkor

ASSALAMUALAIKUM...

4 Hari 3 malam..perkemahan ala-ala percutian. Ni memang first time la pi Pangkor. Ya la, saya ni mana mampu nak pi melancong jauh-jauh ni. Even Pulau Jerejak yang kat Penang pun tak pernah pi tau...




























Friday, February 10, 2012

Semangat...

ASSALAMUALAIKUM...

Sejak bergelar pelajar ijazah ni, semangat saya mau meneruskan pengajian semakin luntur. Tidak lagi seperti semester-semester dulu...di mana saya dahulunya sangat gembira dan tidak sabar untuk menamatkan pengajian sebagai seorang guru.

Should I give up? Of course not. Semangat masih berbaki..dari 80% kini menjadi 40%. Mujurlah masih ada lagi semangat..thanks la kawan-kawan...dan juga...ehem2...teda apa...kidding...seriusly..

Saya perlukan semangat ketika ini....
Selalunya kena balik...tapi mungkin 4 minggu lagi baru boleh balik...
Xpa la...kbye.. :'(


ASSALAMUALAIKUM..

Thursday, February 09, 2012

High Blood Pressure

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam...

Aaron tepon. "Din, kau ada kat mana?" 
Velo...awat?
"Bawak Ooi pi klinik"...


Perghhh...ingat dia demam ja. Semalam tetiba masuk HUKM. Pukul 11 semalam pergi HUKM nak tengok-tengokkan dia...pergi dengan Aaron berdua. Punya la lama tunggu, kejap kena cek tu...cek ni...kesian gila Ooi...stress sebab seminar agaknya. Tekanan darah dia sampai 200...gila kot...kritikal sangat dah. Normal baru 70 lebih. Semalam jam 12.30am camtu dapat gak masuk jumpa dia. Ooi sangat seksi ketika itu~ Hahaha.....badan macam robot...wayar macam-macam ada.
Dah tu kami melawak ngan dia lagi tuh...sambil tengok tekanan jantung berubah...lawak siot...sat turun 50..naik balik 100..haha...

Lepas tu, pukul 1.30 pagi Aaron ajak makan...KFC~ Lapo sangat dah dia...pi ja la...nyum3...kali pertama makan time begini..

Muka laaaapaaaqqqq!!!! Beli satu share dua...x kenyang la plak..ekeke..

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, February 08, 2012

Bengang

ASSALAMUALAIKUM...

:'(

Bengang sungguh hari ni. Semua serba tak kena. Dari pagi sampai la habis seminar...bikin hati tak tenang ja. Makan pun entah kenapa nasik jadi masin. 

Tajuk/Lirik Lagu: Bengang
Penyanyi: Mantera (Manterra)
Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Telah aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan meneggelamkan
Keakuan… aaa… aaa
Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya
Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan
Yang penting hatiku dapat kau tawan


Nak nangis ja lepas baca Naruto tadi. Gila tacing episod minggu ni. Betapa pentingnya kawan-kawan tu pada dia.


ASSALAMUALAIKUM...

Seminar~

Tunggu pengarah...dari Jam 7 dah datang~

Amboi~

Ooi boleh duduk tepi pengarah~ woho

Pengarah Seminar, Si Ooi..patut bagi markah lebih ni..kumpulan kami dua2 jadi ketua ooo~

"Kalau ketuk lebih 3 kali kena denda ke?" Katawa kami perabisan

Ooopppsss...spontan...comel pa..

"Tak sempat bentang habis lagi, redha ja la..." kata syerah

Ada teknikal error masa ni~ rugi dua minit..

Perggghhh...paling berbakat la..

Sesi soal jawab...padahal smua soalan dah prepare...ngehehe..bagus x kami?

Macam iklan...errr....iklan pa ya?

Bro Fadhli mengejutkan orang ramai..pesaing Ewi barangkali

Kali pertama kami ambil gambar satu kelas..Sains 1 dan Sains 2... T.T

Aizat sanggup gak datang..thanks!

Kumpulan Kak Wan ngan Ida...Errr...kali ni berpeluang tanya soalan...ngehehe

Kenervesan melanda...seriusly..time last pla tu, semua muka ngantuk dan bosan

Besday gurl~ Errr...