Sunday, January 08, 2012

Penaga-sick

ASSALAMUALAIKUM...

Sesungguhnya saya rindu Penaga... :'(
Semalam siap termimpi-mimpi lagi. Mimpi pelik gak la. Pergi Penaga makan lecikang dengan Mr Samsung(bukan nama sebenar). Lepas tu tengok-tengok kedai kegemaran saya tu ada orang lain yang jual. Bukan Mak Cik tuh. Punya la saya kecewa sampai terus balik ke rumah. Masa balik tu Mr Samsung yang drive. Tu yang agak pelik tu sebab selalunya saya la yang drive...ekeke...

Lepas tu kan, mimpi bersambung lagi di Kolej Tunku Abdul Rahman, di mana mak cik Penaga tuh datang melawat. =.=' Perggghhhhhhhhhh.....pelik gila..... :'(
Bagi mengubati kerinduan ini terhadap kampung halaman, saya nak share beberapa keping gambar yang saya ambil sebelum ni...

Akil. Jiran saya. Jiran saya ni semua kanak-kanak. Ada la dalam 12 orang. Setiap petang tu komfem  buat bising di depan rumah saya. Haha...besa la, zaman kanak-kanak....dorang sangat hormati saya. Macam abang dorang ja rasanya..

Ni area Penaga. Jauh sikit dari tempat saya. Amin la bawak saya naik motor ke sini. Mau shooting...

Ni kampung saya....nyaman bebb....petang2 tu makan angin kat sini ja...bawak anak abang...

Adam....sayang Pak Cik dia lebih la kan?? Kami kan sama-sama lelaki...besaq sikit nanti boleh bawak dia jalan-jalan sendiri dah...InsyaAllah...

Seyes, banyak tempat cantik kat Penaga nih. Orangnya pun cantik-cantik belaka. Tak percaya? Tanyalah Amin...ekekeke...

Bha, cuti bulan 5 ni sapa mau ikut saya ke Penang, jum la...Yassin? Mau? Hari-hari saya bawa ko makan Lecikang kegemaran...InsyaAllah...

"A dream can be a dream. A dream can also become reality. You can't choose both'"


ASSALAMUALAIKUM..


2 comments:

Anonymous said...

Gahaha..lucu entri kau ni din..wakaka

zudien said...

???? Anon?