Tuesday, January 10, 2012

Kenakalan

ASSALAMUALAIKUM...

Wahhh...bila sebut pasal kenakalan nih, teringat zaman sekolah dulu. Banyak nih buat nakal terutamanya masa sekolah menengah dulu. Masa sekolah rendah dulu rasanya saya la budak paling skema baik. Ekeke...tu pun sebab ayah saya mengajar di situ. Terpaksala jaga tertib.

Meh nak kongsikan benda-benda nakal saya buat dulu...ada yang secara solo, ada juga secara berkumpulan. 

  1. Main sapa yang paling bertuah. Caranya macam ni. Tutup kipas, susun beberapa kerusi di bawah kipas tu dan setiap orang kena duduk. Sebelum tu letakkan pemadam papan hitam di atas kipas tu. Bila semua dah bersedia, hidupkan kipas dan gunakan kelajuan penuh. Tengokla sapa yang kena timpa pemadam tuh. Ekeke...
  2. Main teka-teka zip. Ni saya yang reka kot. Permainan ni mesti lelaki ja yang main. Sorang yang bertuah akan dipilih untuk teka zip siapa yang berbunyi. Salah seorang ahli kumpulan akan buka tutup zipnya sampai menghasilkan bunyi. Lepas tu dia kena teka siapa punya zip tu. Gila punya permainan...haha
  3. Kami conteng dinding kelas guna pen invisible. Saya beli rm4 ja. Hanya nampak bila suluh lampu UV. Ada lagi rasanya sekarang ni kat kelas 2 Al-Farabi. Perghhh....saya lukis benda teruk-teruk punya.
  4. Ada sorang bdak kelas saya ni, paling cute la dalam batch kami nih. Jadi sasaran semua laki kot. Hahaha...nak tau apa saya buat? Masa tu hari Sabtu, masa kelas kami tiada orang, saya letakkan lukisan Sasuke di bawah meja dia. Apa tujuan saya pun tatau la...takdak tulis apa-apa mesej pun, just gambar ja...rasanya dia tau tu saya yang lukis.
  5. Bincang dengan kawan masa exam. Ni masa tingkatan 2 la. Agak lawak la cara kami bincang. First, guna jendela. Satu lagi guna pembaris dan muka. Paham2 la macam mana kan??? Masa F3 tak buat dah pun...time tu kan dah matang sikit...ekeke..

Apa pun semua tu tinggal kenangan ja. Agak rindu la waktu tu, enjoy ja masa belajaq. Punya la nakal saya masa sekolah. Harap-harap kenakalan tu tak turun pada anak saya nanti...ekeke....

Eh lupa, THANKS Yassin sebab temankan pi JUSCO. Dapat jugak beli baju ala-ala korea sehelai...perghhh....my first baju ala korea...takdak la korea sangat...besa-besa ja...ekeke...

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: