Saturday, January 07, 2012

6 Tips kelihatan kacak

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya ingin kongsikan serba sedikit bagaimana untuk para lelaki di luar sana kelihatan kacak. 

  1. Banyakkan berkawan dengan orang kacak. Nescaya kekacakkan mereka boleh merebak pada anda. Kemungkinan juga anda akan jadi jauh lebih kacak dari mereka.
  2. Belajar rajin-rajin kemudian dapatkan kerja 'besar'. Ini kerana menurut kajian, lelaki yang 'berduit' kelihatan lebih kacak berbanding lelaki tidak berduit.
  3. Kurangkan diri melihat cermin. Lagi kerap anda melihat cermin, makin banyak kekurangan yang anda dapat lihat pada wajah anda.
  4. Dapatkan Lamborghini sebijik. Lalu ja depan perempuan tanyalah mereka sama ada anda kacak atau tidak. Pasti mereka akan menjawab 'kacak'
  5. Minta mana-mana pengarah filem ambil anda berlakon. Bila dah jadi artis, pergi mana pun orang akan kata anda kacak. Percayalah.
  6. Jika anda keluar, pergilah dengan kawan-kawan anda yang SUPER-NERD. Komfem anda yang paling menyerlah nanti.
Penting sangatkah kelihatan kacak nih? Rasanya tak kot. Kalau hati baik, muka tak kacak orang tetap akan suka anda. Tapi kalau muka kacak hati busuk? Faham-faham la sendiri...
Cuba jadi kedua-duanya. Kacak dan hati baik...komfem MELETOP~


ASSALAMUALAIKUM..

2 comments:

NadJoliey said...

Ayat last, terbaekkk! Hahaha.

zudien said...

Yeah, mau meletop tuh!!!