Sunday, January 29, 2012

Naik...

ASSALAMUALAIKUM...

Naik....naik dan terus naik....
Apa yang naiknya??? Beras?? Minyak?? Tepung?? ataupun gula??

Teettttttt....salah tekaan anda...Jawapannya...
BERATTTT!!!! Ya...berat badan naik lagi. Oho...berita buruk bagi kebanyakan wanita, berita gembira bagi lelaki macam saya. Naik banyak ka?? Masuk tahun ni, terus naik 3kg. Wow....
buncit la nanti...no way!!!

Say no to buncit!!


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, January 28, 2012

Balik dah~

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, saya sudah pun sampai di maktab dengan selamat...walaupun balik awal sehari... T.T
Kali ni tumpang Abg Jee Musa. Kami berdua saja tapi kami berkonvoi bermula di Sg Perak. Dengan dua buah kereta lagi bersamaan 4 orang kakak senior. Gila laju dorang bawak. Haha...sampai tak terkejor kami.
Abg ni sanggup teman kakak-kakak tu. Takut jadi apa-apa nanti susah sebab takdak laki...Wooooww...so protective. Saya nak jadi laki macam ni la. 

Sem depan, insyaAllah...saya pun mau bawak keta la. Dah cakap hari tu ngan ayah...dapat la keta WIRA kesayangannya..keta lama..tahun 1995. Tapi dah hantar ke kedai baru-baru ni. Enjin semua dah jadi macam baru balik. Memang sedap la bawak...cuma kurang sedap mata memandang...xpa, memang dah plan nak cat baru+tukar sport rim. InsyaAllah...dah lawa nanti saya bawak mai...hoho~


ASSALAMUALAIKUM..

Friday, January 27, 2012

Suratan atau Kebetulan

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, biarpun sekejap tapi cukupla untuk memberi semangat kepadaku untuk seminggu ini. Minggu depan balik lagi kot. InsyaAllah. Terima kasih Allah, untuk segala yang berlaku tadi. Suratan atau kebetulan, semuanya dah ditetapkan olehNya.

Tenqiu GUYZ92 sebab ajak pi perpustakaan tadi. Memang berbaloi. Ekeke...
Minggu depan kita pi lagi tau~


ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, January 26, 2012

Alhamdulillah....

ASSALAMUALAIKUM...


Ni la dia, 'port' saya dok lepak dengan kawan-kawan. Mr X dan Amin. Kat sini la tempat saya jumpa balik Amin setelah 11 tahun tak jumpa. Tempat ni sangat besar maknanya buat saya. :')
Dulu masa sekolah lagi parents selalu la bawa datang sini. Rasanya 4 tahun gak tak datang sini dah. Kedai semua orang lain yang berniaga. Kecuali gerai minuman. Dari kecik orang tu ja. Harga pun tak banyak beza. Macam 10 tahun dulu lecikang RM1.20 kot. Sekarang ni hanya RM1.50. 0k la, kat KL sampai RM2.50, tak sedap... >.<

Yeah, 4 hari saya balik, masih tak dibukak. Penat ja datang. Hari ni bila datang sorang-sorang baru la bukak. Alhamdulillah...dapat gak lepas kempunan dengan menu nasi tomato dan lecikang....Forever alone... T.T
Uih, rasanya macam niat saya dah diketahui...macam mana nih??? Hahaha...relaks sudah, bukan buat benda jahat kan?? Harap-harap berjalan lancar...Amin..Ada 2 hari lagi sebelum pulang. Mesti pergi!!! Jom teman, saya belanja~

ASSALAMUALAIKUM...


Dugaan

ASSALAMUALAIKUM...

Ya Allah, besarnya dugaan ini.... T.T

Mengapa?????


ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, January 25, 2012

Rindu


ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni nak kongsi lagi satu lagu. Memang lagu ni sangat meaningful. Suka lagu ni sejak umuq 4 tahun lagi tapi tak ingat lagu ni siapa nyanyi dan apa tajuknya. La ni siap dah boleh hafal lirik. 
Aku rinduuuuuuuuuu.... :'(

Spoon

Rindu Serindu Rindunya 

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

( korus )
Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu...

Seyesly, tak nampak macam BAPAK pun... =='

Ciuman yang sangat bermakna... :')

Oh ya, adik saya dah baru dapat laptop pertama...gggggggggrrrrrrrr...ketika darjah 6. Puas saya membantah. Komfem dia jadi lalai nanti...kakak2 saya yang lain pun tak puas hati...depa lebih suka dengan cadangan menaik taraf astro sebab nak tengok Korea HD...hoho~Xpa, kita tengok apa yang jadi nanti...


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, January 24, 2012

Belajar

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, dapat jugak saya belajar ilmu baru. Yeah, nak tau ilmu apa? Ilmu masakan...
Penting oooo....

Sebenarnya dari kecik dulu minat memasak. Mula dari darjah 4 macam tu la dah cuba masak nasi goreng dan sebagainya. Tapi masa tu nak masak lauk-lauk ni tak berani lagi. Takut tak jadi. Dulu masa kecik-kecik memang rajin la duduk di dapur tengok arwah nenek masak. Sebab tu ingat apa bahan-bahan dalam masakan.

Kenapa perlu belajar masak? Saya kan lelaki? Apa gunanya isteri banyak? Uik? Kidding.. =='
Laaaa.....penting beb. Nanti kalau bini saya sakit, siapa yang nak masak untuk dia?? Kalau bini saya kerja OT ka, sapa yang nak masak kat anak-anak? Suami la kan??

Sambal tumis sotong. Sedapppp....sebab masak sendiri....

Banyak lagi ni kena belajar. Nanti dah kena posting masak sendiri ja~ Ekeke..


ASSALAMUALAIKUM...


Friday, January 20, 2012

Yay... T.T

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dapat gak update entry lepas beberapa hari membiarkan blog ini berhabuk dek kerana ketandusan idea. Aih, ingatka dah tak pegang jawatan ketua kelas ni, agak free la. Tapi.....grrrrr....stress kot. Banyak pula kerja-kerja yang diberi. First memang dah jadi AJK Web maktab. Tapi yang ni ok la. Kerja ringan-ringan. Tak kalut sangat dan dibantu oleh Arif dan Pa'ah(Farah). Banyak kerja yang guna photoshop. Tu ja. Lepas tu tambah lak kerja. Ketua pameran budak sains nanti. Tapi bulan 3. Bulan Februari nanti komfem sibuk tahap gaban. Yeah!! I like busy life. T.T
Aih, kawad kaki pun aku nak kena jadi ketua ka??? Ingat tamau kawad dah. Sampai hitam dah tangan aku sebab 4 tahun berkawad. Tamau3. Reject....
Kelab As-Syakirin ketandusan lelaki. Patutla Abang Shamim ajak masuk lajnah dia. Syerah pun suruh masuk lajnah Multimedia. Kerja tak banyak sangat nanti. Nak join ka tak ah??? Dulu sem 1 punya bersemangat nak join. Nanti pikir balik...kesian kat Syerah plak...ekeke
Yeah, Pengerusi BIG siri 1. Apa ke halnya nama aku naik??? Adeh, takut tak terurus plak nanti. Nak kena urus satu kelas sains dan dua kelas tesl. Kat Pangkor~ Bes....Tak pernah pergi. Besnya jadi ketua nanti boleh arah-arah orang. Ekeke...standby la hampa nanti...

Taken by Nokia. Always the greatest camera. Hopefully.

Ok, mood balik kampung. Nanti saya update lagi na lepas balik. Komfem banyak benda nak cakap...ekeke....yeah, sebab dah plan nak buat banyak benda gila nih. Haha..ngidam nasik tomato sampai tiap-tiap hari mimpi ooo..


Assalamualaikum...

Tuesday, January 17, 2012

KFC

ASSALAMUALAIKUM...

Ok, nak habaq maih, semalam kami sambut besday Ardie dan Arif di restoran ala-ala korea. Sebab sejuk ja...ekeke...

Banyak gambaq sendiri ja~




Geli




Credit to Yassin

K...assalamualaikum..tak sempat nak ulas...malam dah ooi..


Monday, January 16, 2012

Woah~

ASSALAMUALAIKUM...

Ha, ada iras-iras ni...
Comey kan???


Yeah!! Memang sama kot~ 80% sama....hik3....


ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, January 14, 2012

Change

ASSALAMUALAIKUM...

Yeah, I want to change. To a better man. 

Jadi hamba yang taat pada Allah...(sedang memperbaiki)
Jadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa...(insyaAllah)
Jadi adik yang baik kepada abang dan kakak..(din baik kan?? :P)
Jadi abang yang baik kepada adik...(susah)
Jadi pak cik yang baik kepada anak buah...(Pak cik baik kannn??)
Jadi suami yang baik kepada isteri...(sedang cuba)
Jadi ayah yang baik kepada anak-anak....(janji ;) )
Jadi kawan yang baik kepada kawan-kawan...(sangat susah)
Jadi cikgu yang baik kepada anak murid...(boleh kot??)

Wah, susah ni...banyak sungguh misi nak dicapai. Target saya nak selesaikan separuh misi ni dalam masa 4 tahun. Kawan, guide me please???

Harap masa depan ku cerah...InsyaAllah....


Hope I can see my future. One thing I'm sure of, I will die...that's all

Takdir

ASSALAMUALAIKUM...

Dah Sabtu dah weiii....seminggu lagi ja boleh jumpa yang tersayang <3~
Sabtu juga bermakna tiada aktiviti untuk dibuat....jom la layan lagu...

Mega- takdir dan waktu

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)


ASSALAMUALAIKUM...

Friday, January 13, 2012

Hope

ASSALAMUALAIKUM..

"Ya Allah, kekalkanlah rasa di hatiku ini sehingga tiba masanya nanti....."

Rasa bersemangat untuk buat segala benda....dan rasa ini membantu meninggalkan perkara yang tak elok. Mudah-mudahan ada hikmahnya...

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, January 11, 2012

Hormat

ASSALAMUALAIKUM....

Yang tua dihormati,
Yang muda disanjungi. :)

Faham kan apa maksud slogan di atas? Orang yang lebih tua mestilah dihormati. Tak kisah la dia tua setahun ka, sebulan ka, asalkan dia lebih tua, maka kita perlu hormati dia. Kadang-kadang tu cara percakapan kita sendiri dah menampakkan sikap kurang ajar. Bagi saya la, even guna 'aku' 'hang' dengan orang lebih tua tu sangat la kurang ajar. Even dengan perempuan yang lebih muda pun saya tak suka guna 'aku hang'. Rasa kurang sesuai bila bersembang dengan perempuan...rasa tak sopan. 

Anda anak datuk? Anak raja? Jadi perlu ka hormati orang yang lebih tua? Aih, hebat mana pun anda di muka bumi ni, anda tetap dijadikan daripada setitis air mani. Kita ni semua sama ja. Hebat mana sangat kalau ada jawatan dan pangkat tinggi pun.

Saya suka kawan dengan Yassin. Dia tak pernah guna 'aku'. Tapi guna 'saya'. Kedengaran lebih sopan.


Pesan saya, hormatilah orang lain kalau nak diri anda dihormati.... :)

ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, January 10, 2012

Kenakalan

ASSALAMUALAIKUM...

Wahhh...bila sebut pasal kenakalan nih, teringat zaman sekolah dulu. Banyak nih buat nakal terutamanya masa sekolah menengah dulu. Masa sekolah rendah dulu rasanya saya la budak paling skema baik. Ekeke...tu pun sebab ayah saya mengajar di situ. Terpaksala jaga tertib.

Meh nak kongsikan benda-benda nakal saya buat dulu...ada yang secara solo, ada juga secara berkumpulan. 

  1. Main sapa yang paling bertuah. Caranya macam ni. Tutup kipas, susun beberapa kerusi di bawah kipas tu dan setiap orang kena duduk. Sebelum tu letakkan pemadam papan hitam di atas kipas tu. Bila semua dah bersedia, hidupkan kipas dan gunakan kelajuan penuh. Tengokla sapa yang kena timpa pemadam tuh. Ekeke...
  2. Main teka-teka zip. Ni saya yang reka kot. Permainan ni mesti lelaki ja yang main. Sorang yang bertuah akan dipilih untuk teka zip siapa yang berbunyi. Salah seorang ahli kumpulan akan buka tutup zipnya sampai menghasilkan bunyi. Lepas tu dia kena teka siapa punya zip tu. Gila punya permainan...haha
  3. Kami conteng dinding kelas guna pen invisible. Saya beli rm4 ja. Hanya nampak bila suluh lampu UV. Ada lagi rasanya sekarang ni kat kelas 2 Al-Farabi. Perghhh....saya lukis benda teruk-teruk punya.
  4. Ada sorang bdak kelas saya ni, paling cute la dalam batch kami nih. Jadi sasaran semua laki kot. Hahaha...nak tau apa saya buat? Masa tu hari Sabtu, masa kelas kami tiada orang, saya letakkan lukisan Sasuke di bawah meja dia. Apa tujuan saya pun tatau la...takdak tulis apa-apa mesej pun, just gambar ja...rasanya dia tau tu saya yang lukis.
  5. Bincang dengan kawan masa exam. Ni masa tingkatan 2 la. Agak lawak la cara kami bincang. First, guna jendela. Satu lagi guna pembaris dan muka. Paham2 la macam mana kan??? Masa F3 tak buat dah pun...time tu kan dah matang sikit...ekeke..

Apa pun semua tu tinggal kenangan ja. Agak rindu la waktu tu, enjoy ja masa belajaq. Punya la nakal saya masa sekolah. Harap-harap kenakalan tu tak turun pada anak saya nanti...ekeke....

Eh lupa, THANKS Yassin sebab temankan pi JUSCO. Dapat jugak beli baju ala-ala korea sehelai...perghhh....my first baju ala korea...takdak la korea sangat...besa-besa ja...ekeke...

ASSALAMUALAIKUM...

Monday, January 09, 2012

Alhamdulillah...

ASSALAMUALAIKUM...

Syukur Alhamdulillah, doa termakbul jugak!! Shukran ya Allah.... :')
Walaupun bayangan tu cuma muncul satu saat ja, itu sudah cukup untuk menghilangkan kerinduan nih...
InsyaAllah....tak lama lagi dah balik dah pun...

Oh ya, tadi masa kuar duit kat TESCO jumpa la dengan senior, Abg X(bkan nama sebenar). Dah kuar duit tu, saya mau teman dia pi Low Yat. Mau beli henfon baru. WOW!!! Saya memang suka dalam bab membeli benda teknologi nih. Boleh la jugak saya bagi nasihat yang mana baguih.  Last2 dia beli gak henfon yang saya rekemen. Berjaya hasut beli yang agak mahal...ekeke...jahat tak??? Tu yang paling berbaloi....SE Live beb....cantik dan sexy.

Balik tu makan angin guna terowong SMART. Gila panas dalam tu. Mau 10 minit gak la terperangkap dalam tuh. Whatttttttttttt??? Moto takleh masuk? Grrrrrrrr....kena tahan tadi. Haha...nasib baik la muka saya innocent ala-ala Dae Wong(buwekkk). Saya lepasss...Alhamdulillah...
Menyesal guna jalan tu...grrrrrrrrr


ASSALAMUALAIKUM...

Sunday, January 08, 2012

Penaga-sick

ASSALAMUALAIKUM...

Sesungguhnya saya rindu Penaga... :'(
Semalam siap termimpi-mimpi lagi. Mimpi pelik gak la. Pergi Penaga makan lecikang dengan Mr Samsung(bukan nama sebenar). Lepas tu tengok-tengok kedai kegemaran saya tu ada orang lain yang jual. Bukan Mak Cik tuh. Punya la saya kecewa sampai terus balik ke rumah. Masa balik tu Mr Samsung yang drive. Tu yang agak pelik tu sebab selalunya saya la yang drive...ekeke...

Lepas tu kan, mimpi bersambung lagi di Kolej Tunku Abdul Rahman, di mana mak cik Penaga tuh datang melawat. =.=' Perggghhhhhhhhhh.....pelik gila..... :'(
Bagi mengubati kerinduan ini terhadap kampung halaman, saya nak share beberapa keping gambar yang saya ambil sebelum ni...

Akil. Jiran saya. Jiran saya ni semua kanak-kanak. Ada la dalam 12 orang. Setiap petang tu komfem  buat bising di depan rumah saya. Haha...besa la, zaman kanak-kanak....dorang sangat hormati saya. Macam abang dorang ja rasanya..

Ni area Penaga. Jauh sikit dari tempat saya. Amin la bawak saya naik motor ke sini. Mau shooting...

Ni kampung saya....nyaman bebb....petang2 tu makan angin kat sini ja...bawak anak abang...

Adam....sayang Pak Cik dia lebih la kan?? Kami kan sama-sama lelaki...besaq sikit nanti boleh bawak dia jalan-jalan sendiri dah...InsyaAllah...

Seyes, banyak tempat cantik kat Penaga nih. Orangnya pun cantik-cantik belaka. Tak percaya? Tanyalah Amin...ekekeke...

Bha, cuti bulan 5 ni sapa mau ikut saya ke Penang, jum la...Yassin? Mau? Hari-hari saya bawa ko makan Lecikang kegemaran...InsyaAllah...

"A dream can be a dream. A dream can also become reality. You can't choose both'"


ASSALAMUALAIKUM..


Kekasih baru~

ASSALAMUALAIKUM...

Macam besa la, tajuk mesti GOLI punya. Tadi saya pergi JUSCO. Bercadang mahu Pekena Chocotop. Tapi saya mau cuba Romantik Mocha sambil test skill menggoda baru yang saya belajar dari Gumiho. Super duper cute beb!!! Malangya dah tidak dijual. Maka hanya chocotop la yang saya pilih.

Chocotop spesel dari kakak McD. Macam Majin Boo pun ada kan..
 Kemudian saya jumpa buah hati baru. Ni la dia. Asyik berkepit dengan saya la pasnih...Hihi...cantik kan???

Mahal. Tapi dah jadi murah lepas dapat 70% diskaun...Hihi..sy takkan beli barang yang tak berdiskaun...

Kami ada gak pi test baju kat kedai bawah tu. Saya ada berkenan satu baju neh. Fesyen korea tuh....RM59. Nak beli tapi tak mampu lagi...haha...dalam BSN pun cuma ada berapa puluh ntah....cepat la elaun~

ASSALAMUALAIKUM..

Saturday, January 07, 2012

6 Tips kelihatan kacak

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya ingin kongsikan serba sedikit bagaimana untuk para lelaki di luar sana kelihatan kacak. 

  1. Banyakkan berkawan dengan orang kacak. Nescaya kekacakkan mereka boleh merebak pada anda. Kemungkinan juga anda akan jadi jauh lebih kacak dari mereka.
  2. Belajar rajin-rajin kemudian dapatkan kerja 'besar'. Ini kerana menurut kajian, lelaki yang 'berduit' kelihatan lebih kacak berbanding lelaki tidak berduit.
  3. Kurangkan diri melihat cermin. Lagi kerap anda melihat cermin, makin banyak kekurangan yang anda dapat lihat pada wajah anda.
  4. Dapatkan Lamborghini sebijik. Lalu ja depan perempuan tanyalah mereka sama ada anda kacak atau tidak. Pasti mereka akan menjawab 'kacak'
  5. Minta mana-mana pengarah filem ambil anda berlakon. Bila dah jadi artis, pergi mana pun orang akan kata anda kacak. Percayalah.
  6. Jika anda keluar, pergilah dengan kawan-kawan anda yang SUPER-NERD. Komfem anda yang paling menyerlah nanti.
Penting sangatkah kelihatan kacak nih? Rasanya tak kot. Kalau hati baik, muka tak kacak orang tetap akan suka anda. Tapi kalau muka kacak hati busuk? Faham-faham la sendiri...
Cuba jadi kedua-duanya. Kacak dan hati baik...komfem MELETOP~


ASSALAMUALAIKUM..

Friday, January 06, 2012

Sem baru

ASSALAMUALAIKUM....

Enough with LOVE strory. Sem ni dah mula serius. Memandangkan dah dapat kelasmate baru, PPC lagi tu...semuanya kakak-kakak dan abang yang tua setahun. Yang 'married' pun ada. Untungla kan??? Jelesnya....
Salah sorang dari depa tu kakak senior sekolah Irshad dulu. Memang kawan kakak la. Jadi agak kenai la...hehe....dapat klasmet satu sekolah~

Yeah, perasan kan? Sem ni saya jauuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhh lebih ceria... ^___^
Ya la, sem lepas paling tertekan. Dengan jawatan, jadual padat dan subjek yang susah. Sem ni seyes bersemangat....keluarga dah jadi besar...elaun makin banyak...makin banyak la boleh disimpan...agaknya la.. =.='

2 minggu ja lagi nak balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tunggu aku kawan-kawan!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, January 04, 2012

Kahwin

ASSALAMUALAIKUM.....

Macam biasa, selalu cakap pasal ni kan? Tetiba tadi kakak suruh simpan duit untuk kahwin. Ayah pun turut tanya tadi dah ada calon ka? Hihi..ini menandakan saya dapat izin nak kahwin bila-bila masa saya nak...Alhamdulillah...kewangan ja belum mengizinkan...ekeke...

Saya memang dah plan nak kawin dulu baru beli keta. Harap Mak Cik tu tak kisah. Rumah tak payah. Dah ada rumah kosong di Bukit Mertajam. It's mine la sebab abang dah beli rumah. Yay~ ^.^
Jimat duitku..ekeke...simpan untuk anak-anak...(uwekkkk) K fine, menggelikan....nanti alami jugak benda tu, buat pa nak geli kan?

Ok, dah pilih tarikh akad nikah. 10 Disember 2016. Awai dak?? haha...kenduri buat lambat sikit la kot. Mau gak cari duit sat. Hihi...dah2...planning dah ada, la ni calon plak. Buat pa plan semua ni kalau calon pun xdak lagi kan??? ibarat nak memancing tapi tiada joran, dan ibarat tidur tanpa mimpi dan ibarat beli barang tanpa free gift =.='

Kepada my future wife, get ready k? Blajaq masak siap-siap tau. Suamimu ini gemar masakan Melayu. (Uweekkkkkkk). Sambai tumis petai, tomyam(thai) dan macam-macam lagi la. Tak pandai masak??? Aih, Mak Cik tu pandai masak, takkan anak dia tak pandai kot kan?? Hihihi...

Ya Allah, tetapkanlah hatiku pada dia Ya Allah....biarlah dia menjadi wanita terakhir yang berjaya menawan hatiku ini...


JIWANG :')

Cabaran nasi bujang setiap hari pun bermula...bleh menyimpan kot...insyaAllah...

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah...

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, result dah dapat dah...tapi dengar ja la dari mulut orang. Tapi komfem betul kot. Kuciwa tak terkata. MEROSOT. Diulangi, MEROSOT. Banyak lak tuh. Tamau la gitau. Biarlah rahsia. Rasanya sebab kerja kursus kot. Buat cincai. 

Lagi satu, welcome to my new classmates!!! 5 perempuan, sorang laki. Wow~ Makin semangat neh nanti nak studi dalam kelas. Ekekeke....yang laki tu nama dia Fadzley. Yang gurl tatau la. Segan nak tanya. 


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, January 03, 2012

300th

ASSALAMUALAIKUM...

Wah, cam tak percaya ja. Ni dah masuk entri ke 300!!!!! 
Hihi...mari kita selebrate..Sapa nak belanja?? belanja jam baru pun jadi la. Tadi mau beli dah, yang satu pasang lagi tuh. Dapat satu untuk laki. Dan satu untuk gegurl...ngeeee....buat pa? Saya mau pakai dua-dua la. Satu tangan kiri, satu tangan kanan. Senang mau tengok jam kan?? =='

Akhirnya buat keputusan takmau beli jugak...padahal survey berkali-kali. Belum ada modal memandangkan kekasihku memerlukan medical check-up dengan segera. Terpaksa bawak pi kedai tadi. Mahal jugak la. Tukar macam-macam. Tapi takpa la, sayang punya pasal tak kisah pun. Tapi kadang-kadang terfikir gak mau curang. Nasib baik la geran tu ayah yang pegang. Huhu..

Kali ni pun nak kongsi satu lagu. Lagu ni kalau dengaq rasa cam nak menangis pun ada. Teringat kat member sebab dia suka nyanyi lagu nih. 

Visa

Dalam Gerimis 

Rindu... semakin berakar umbi
Yang kurasai
Saat kau pergi

Hujan... bagai mengundang nestapa
Titis airnya
Bersama deru tangisanmu...

Buat kali pertama
Ku melihat airmatanya
Sejakku kenali dia
Sepinya kurasa
Disaat berduka
Inikah noktahnya
Pertemuan kita

Andai
Begitu suratan takdir
Usah lagi kita mungkir
Bersyukur pada rahmatNya

Kasih
Berpegang pada hakikat
Waktu yang bakal menjawab
Siapa yang benar

Pasti... aku kan tetap menanti
Ku dibayangi
Seribu mimpi

Hujan... menghilang dengan langkahnya
Ku merindui
Dalam gerimis
Yang menghiris...

Ok, lagu dah share, sikalang ni gambar pula mau share. Credit to Amin sebab tolong snapkan gambar posing goli....nanti kita buat banyak-banyak lagi tau~ haha


Ha, sebab masa cuti ari tu layan Korea, My girlfriend is a gumiho, maka saya dah dapat satu teknik mengorat. Tatau la berkesan untuk laki ja ka atau pompuan skali. Nanti saya tunjuk ya. Sapa nak belajaq meh daftar cepat2..haha...(buwekkkk)


Assalamualaikum..




:'(

ASSALAMUALAIKUM...

Homesick + Rindu

Kbye...

Penat nak menulis sbb keta rosak tadi....3 jam terkandas dalam hujan...

ASSALAMUALAIKUM...

Monday, January 02, 2012

2011


ASSALAMUALAIKUM...

Rasa macam semalam ja baru masuk tahun 2011. Dah pun jadi 2012. Sekarang cuti pun dah habis. 
Tiba la masanya nak summarise semua yang berlaku pada tahun lepas bermula dari Januari sampai Disember. 



Dah genap satu sem kami jadi rakan sekelas. Memang bahagia bersama mereka nih. Blajaq tak pernah rasa bosan.

Muka still noob masa nih. Haha...larian mesra. Memang saya rasa dah makin  mesra dengan geng-geng chinese ni...

Besday Arip nih. Tapi saya plak yang potong kek kan? Haha...saya beli jadi saya la potong kan? Ekeke...

Test baju baru beli. RM20 ja kot. Less sampai 70%. Haha...siap print di kedai lagi gambaq ni. Bawak pi maktab. Terkantoi dengan Miss Dayang. Bleh nampak beza kan ngan muka skrang ni?? Dulu cam tak matang ja.. =='
Besday Nerah nih. Memang jarang kami nak berkumpul macam ni. Tapi macam mana kami buat pun memang gagal nak kumpul satu kelas.
Outing dengan Harith dan Paan...first time ka? Tak ingat nah. Oh, rambut pendek kan? Eeeee.....super dupper ugly~

Ni pun moment penting gak. Dapat sunburn...bukan selalu kan?? Habis la...dah la kulit pun dah tak berapa nak cerah. Jadi makin gelap pulak....ekeke...


Tahun ni jugak kan, I got heart taken and heart broken. Hihihi...sadisnya...
She was my first love...She is a wonderful girl. Setiap hari di IPG jadi lebih ceria dan bersemangat. Tak pernah rasa sunyi. tapi bukan cinta sejati tau. Sebab pa, cinta sejati ni hanya selepas akad nikah. Kan3?
So, jom la bernikah cepat kalau nak cinta sejati... :)

KOGUM. Tahun ni terlibat dengan KOGUM. Bes kot, makan free. Yang len boring. Haha...satu lagi masa kena surprise besday. Gila kot. Penuh tepung ataih rambut ngan badan. Esok pun cuci tak hilang lagi. Tapi bes...YDP kot yang buat...

Tahun ni jugak sangat spesial. Saya jumpa balik bestie yang terpisah. 11 tahun beb....He was my first friend. Real friend. Tak sangka boleh ketemu balik. 

Amin namanya. Dia la teman setia saya ke Lecikang. Bila nak pi ja mesej dia terus dia sampai. Baik kan?? Siap sponsor lagi tuh. Dah balik KL nanti dia suruh carikan doktor untuk dia jadikan isteri. Oh, sendiri pun payah nak cari, nak cari kat hang plak...ekeke...insyaAllah...Eh, ada lagi 3 orang saya jumpa. Smua dah 11 tahun gak tak jumpa. Alhamdulillah depa masih ingat nama saya... :')
Tahun ni jgak saya jadi Pak Cik untuk kali kedua... :D
Arif Irfan...dapat lelaki lagi~ mesti baik punya dengan Pak Cik dia...hihi..

Lupa lak, tahun ni jugak saya jadi Ketua Kelas. Memang paling mencabar la. 

Sem 3 la paling mencabar. Memang kadang2 tu ada gak la marah-marah. Besa la, dah jadi ketua kena la tegas. Dah marah tu mesti ada yang terluka kan? Takpa la, kena la tanggung risiko. Tapi bes, sebab boleh cepat penat kan?? Ekeke...seyes. Dapat rapat dengan banyak pensyarah. 

ASSALAMUALAIKUM...