Friday, December 23, 2011

Sabar~


ASSALAMUALAIKUM...
Pernahkah anda ternanti-nanti untuk sesuatu perkara? Komfem pernahkan? Tunggu giliran anda untuk ke bilik air....tunggu giliran ke kaunter bank...tunggu elaun masuk...eh, bukan ternanti-nanti sebegini yang saya maksudkan. Ni ternanti-nanti untuk masa depan. Saya sendiri ada benda yang saya tak sabar untuk berlaku. Meh nak kongsikan.

1.       Nak pi SBE(School Based experience).
First time nanti jejak kaki balik ke sekolah. Kali ni sebagai guru plak. Hihi...mesti murid-murid takut ngan saya kan? Grrrrrrrrr........muka garang. Lepas tu nak kenal dengan cikgu-cikgu lain. Nak minta tunjuk ajar dari diorang.
2.       Nak jadi cikgu.
Hihi...sapa yang tak best bila dah boleh kerja. Dah tu orang dok panggil kita cikgu plak. Awwww....sweetnya...==’
Pagi-pagi pi kerja terus masuk kelas mengadap murid-murid. Lepas tu buat apa yang perlu. Waktu rehat komfem bergossip dengan cikgu-cikgu lain. Kalau boring jugak online la beb...hihi
3.       Nak dapat gaji pertama.
Dapat ja gaji pertama kena kasi parents dulu la kan? Dorang mau gak merasa gaji pertama nih. Baru berkat nanti. Lepas tu bwak adik-beradik makan luar. Komfem tak menyimpan langsung kan? Takpa, gaji kedua nanti mula menyimpan la.
4.       Nak beli kereta.
Perghhh....ada kereta sendiri~ Siapa yang tak gembira. Boleh tayang depan aweks kampung. ==’
(AWAS!!! TAK BAIK RIAK TAU). Eh, dak aih, nanti boleh bawak parents pulak pi jalan-jalan. Asyik dorang ja bawak saya.
5.       Nak KAHWIN.
Ni la yang paling tak sabaq!!!! Kadang-kadang terpikir juga siapakah dia???? Kalau la ada mesin masa. Huhu....NAK TAU! NAK TAU! NAK TAU! Grrrrrr.......mustahil la. T.T
6.       Nak ada anak.
Uish, sampai ke sini dah saya fikir. Buget nak dapat 5 orang cukup la. ==’ Dua laki tiga perempuan. Kalau terlajak dapat lebih tu maafkan la ye~ (18SX).

ASSALAMUALAIKUM...

7 comments:

NadJoliey said...

LOL. Seriously, SBE - sy pun nda sabar sudah neh. Tapi, sy takut... Sebab sy memang xdda aura2 guru. Haha. And, masalah bahasa. Sy cakap bahasa baku pun, kamu nda faham juga. LOL.

zudien said...

gunakan bahasa badan~ lebih mudah difahami...tp jgn guna bahasa perut tau..gagagaga

zudien said...

gunakan bahasa badan~ lebih mudah difahami...tp jgn guna bahasa perut tau..gagagaga

NadJoliey said...

Bahasa badan mana cukup.. LOL.

zudien said...

Komunikasi bukan saja berlaku melalui percakapan. Banyak lagi cara ko bleh buat nak bagi sy paham...melukis misalnya

NadJoliey said...

LOLLL. Dinn, mau ajar budak2 d skolah nanti, xkan kena diam2 n melukis2 ja? Perlu bercakap juga. Gagaga.

zudien said...

Bha, nnt ko ajar di Sabah juga...dun wori la..