Saturday, December 24, 2011

Roadblock

ASSALAMUALAIKUM...

INI CERITA BETUL YA, BUKAN REKAAN

Tadi kan, masa OTW dengan member pi makan Laici Kang, tetiba lepas masuk simpang ada sekatan polis. Punya la berdebar macam nak luruh jantung nih. Padahal takda buat salah pun. Dah terbiasa rasa takut bila jumpa polis kan? Lepas berhenti di tepi jalan, kami pun diarahkan untuk menyerahkan IC dan lesen. 

Polis 1(agak tua) : Hampa nak pi mana nih?
Saya : Pi jalan-jalan ja. (Tamau habaq pi makan lecikang, nanti komfem kena bungkuih kat dia kan??)
Polis 1 : Sekolah lagi ka? Sekolah mana?
Saya : Habih dah sekolah.
Polis 1 : Habih tu belajaq mana?
Saya : Maktab. Maktab perguruan.
Polis 1 : Dekat mana?
Saya : Cheras.
Polis 2 : (menyampuk) Maktab mana?
Saya : (Tak layan)
Polis 1 : Jadi cikgu la ni? Muda gi nak jadi cikgu. Nanti budak-budak buli nanti.
Saya : Hahahaha...(gelak tak ikhlas)
Polis 1 : Umur berapa?
Saya : Tahun depan masuk 20 la.
Polis 1 : Berapa tahun mengaji?
Saya : 4 tahun lagi saya mengajar. Semua 5 tahun setengah.
Polis 1 : Ada elaun?
Saya : Sebulan RM430.
Polis 1 : Awat sikit sangat. Cikgu ni patut depa bagi gaji. Belajaq lama tuh. Lima tahun lebih. 
Saya : Tapi sem depan banyak la sikit. RM4OOO lebih.
Polis 2 : Tu member hang ka? Macam adik-beradik ja?
Kami : Dak aih(geleng kepala).
Polis 2 : Mana satu abang mana satu adik?
Saya : (=.=') 

Lepas tu kami terus beredar...suspen kot. Tiga kali dah kena tahan polis nih. Semua tanya macam ni gak. Hihi...ramah dak saya?


ASSALAMUALAIKUM..

No comments: