Tuesday, December 06, 2011

PaSaR MaLaM

ASSALAMUALAIKUM....

Menjadi kebiasaan pada hari Selasa mesti akan ke pasar malam. Setiap hari mesti ada pasar malam di tempat-tempat berbeza.

AHAD- Teluk Air Tawar
ISNIN- Titi Mukim
SELASA- Penaga
RABU- Kepala Batas
KHAMIS- x ingat..tapi ada
JUMAAT- Lahar Kepar
SABTU- Kepala Batas

Tadi Alhamdulillah dapat gak pergi Pasar Malam Penaga. Dah dekat 3 tahun gak kot tak jejakkan kaki ke sana. Saya ditemani Amin. Pukul 5.30pm dah sampai sana dan terus pekena Laici Kang dulu. Murah kot. RM1.50 berbanding kat Kedai Sahabat RM2. Sambil-sambil tu bergossip la. Bergossip benda-benda baik ja tau....

Dah pukul 6 baru jalan-jalan ke Pasar Malam. Bes cuci mata dengan makanan yang pelbagai. Memang kalau ikutkan nafsu semua benda nak beli. Ikutkan duit dalam dompet, lepaih nak makan laksa ja. Hihi...sedap ooo....RM2.30 sepinggan kalau ada telur. Dulu rasanya RM1.20 ja. Kejap ja naik harga kan??? 
Tapi tak kisahla, memang sedap pun. Mahal tapi memang sangat berpuas hati. Jom la try... ^_^
Woot....woot....dengan syarat hampa kena belanja...haha

ASSALAMUALAIKUM...

No comments: