Thursday, December 15, 2011

Naruto

ASSALAMUALAIKUM...

Hihi...dah ada header baru~ NARUDIN~ Childish? Memang pun. Saya terima. Tapi tak salah kan jadi childish? Childish pun bertempat la. Memang pompuan tak suka laki childish ni. Tapi sebagai sorang bakal guru, memang kena ada sifat childish demi mendekati murid. Hihi..

Saya minat gila Naruto nih. Sejak mula-mula ditayangkan kat TV3, masa tu tingkatan satu. Kemudian beli komik. Baca balik dari episod satu sebab dah termiss episod mula. Kemudian, saya jangkitkan minat ini kepada abang saya. Dia mula ketagih, hihi...rajin terus beli CD dan komik. Sampai sekarang dok beli komik Naruto.

Masa ni Naruto noob lagi. Punya la nakal. Dibenci satu masyarakat dia. Kesian tak? dah la anak yatim.


Kenapa saya minat sangat Naruto nih? Naruto banyak bagi inspirasi kepada saya sejak saya sekolah dulu. Ada makhluk dalam badan dia yang pernah hancurkan kampung dia dulu. Sebab tu dia dibenci orang lain. Tapi dia masih mampu hidup sampai sekarang. Sebab apa? dia ada kawan-kawan yang boleh diharapkan. :')

Naruto mengajar saya supaya tidak cepat putus asa. Even lawan dia lagi kuat, dia masih mau bertarung demi melindungi orang yang dia sayangi. 

Saya jugak banyak terpengaruh dengan kisah cinta Naruto. Naruto ni suka kat Sakura, tapi Sakura plak suka kat Sasuke yang jauh lebih cool dan macho dari Naruto. Tapi sasuke tak layan. Dia tak minat mana-mana perempuan. Dalam masa yang sama, Hinata ni suka kat Naruto dalam diam dan Naruto plak taktau. Rasanya saya dalam situasi Naruto kot?? Ekeke...bes la kalau macam tu...

Ni masa dia dah 16 tahun. Dah lebih matang. Hensem plak dah. Hihihi..

Ni plak lepas dia dah khatam teknik 'sage'. Kuat gila. Memang teruja gila saya masa dia lawan.

Ni yang paling latest punya. Bila dia dah dapat kawal rubah dalam badan tu. Super power betoi la. Hihi...



Seyesly, cita ni kadang-kadang buat saya mau nangis. Espesialy masa cikgu dia, Jiraiya mati dan masa dia jumpa balik ayah dan mak dia. :')


ASSALAMUALAIKUM..



No comments: