Sunday, December 11, 2011

Mesin masa

ASSALAMUALAIKUM...

Selalu tak tengok doraemon? Dia datang jumpa Nobita melalui mesin masa yang disambung di meja belajaq Nobita kan? Hihi...kalau pernah tengok episod satu tau la macam mana dorang jumpa. Dulu berangan gak nak ada mesin masa. Rasanya memang mustahil la manusia dapat cipta mesin masa kan. Tapi, kalau ada mesin masa, ada beberapa perkara saya nak buat.

  1. Nak pi ke 10 tahun depan. Nak tengok sapa yang bertuah sangat jadi pilihan saya....ekeke...bertuah la sangat kan?? :P. Nak tengok letak nama anak apa. Lepas tu nak tengok mengajaq kat mana. Harap-harap mengajaq area sini ja. Ekeke...
  2. Nak pi masa baby. Jumpa parents dan habaq kat depa jangan bagi saya main panas. Kalau tak sekarang ni putih macam salji pa. Hehehe...
  3. Nak pi masa tingkatan 4 sebelum nenek meninggal. Sempat la mintak maaf, mintak halal makan minum dan semuanya. :')
  4. Nak pi masa awal sem 3pp. Nak jumpa diri saya sendiri dan halang dia jangan ......................ada la...
  5. Nak pi masa tokwan masih hidup. Dulu meninggal masas 5 tahun. Tak sempat nak bermanja. Langsung tak ingat apa terjadi dulu.
  6. Nak pi masa depan tengok saya beli rumah ka tak. Nak jugak tengok keta apa saya pakai masa tu. Harap-harap dapat la keta idaman~
Hihi...nasib baikla mesin masa tak wujud. Kalau dah tau apa jadi pada masa depan tak menarik dah la hidup ni...

ASSALAMUALAIKUM..

No comments: