Sunday, December 18, 2011

Mertua Idaman

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk yang agak hangat untuk dibicarakan pada kali ini. Tahukah anda apa itu mertua? Siapakah mereka? Mereka ialah parents kepada bakal pasangan anda nanti. Mesti korang pernah bayangkan macam mana mertua korang nanti? JUTAWAN? DERMAWAN? PAHLAWAN? DOKTOR HAIWAN? opppsss....Apa-apa pun, di sini saya nak kongsikan ciri-ciri mertua idaman saya. Dapat macam ni takpa, tak dapat pun takpa. Hihihi..

  1. Mak mertua yang pandai masak. Hihi...kalau macam ni komfem tinggal dengan mertua ja. Tiap-tiap hari dapat makan makanan bertaraf hotel 5 bintang. Aih, menantu yang baik takkan makan free. Bagila duit kat mertua tiap-tiap kali dapat gaji tau~
  2. Bapa mertua yang rajin ke masjid. Komfem dia selalu ajak kita pi masjid sekali dengan dia kan?? Bolehlah eratkan ukhwah di samping merajinkan diri ke rumah Allah. 
  3. Mak mertua yang sudah tidak bekerja. Apa yang bagusnya? Ya la, takyah la susah-susah cari pengasuh untuk anak saya yang ramai tu. 5 orang kot...InsyaAllah...(abaikan angan-angan saya nih). Nanti komfem cucu rapat dengan nenek. Ni yang saya mau nih. Kalau tak larat nanti upah la orang gaji sorang tolong mak mertua. Mak tak kisah kan?? :)
  4. Bapak mertua yang peramah. Maksud saya yang suka ajak saya bersembang. Sembang pasal agama ka, politik pun boleh layan~ Kalau sembang pasai pompuan pun boleh. Ekeke...kot2 la bapak nak tambah lagi satu kan?? :D
  5. Mak mertua yang sporting. Sporting macam mana? Ahli sukan macam Nicol David? Dak aih, beliau mestilah yang suka bergurau atau boleh terima gurauan. Tak mau la yang serius ja 24 jam. Nak senyum pun takut nanti.
  6. Bapak mertua minat sukan. Antaranya sukan badminton dan bola sepak. Petang-petang tu boleh la main badminton dengan dia. Ekeke...malam pulak tonton bola bersama. Ni baru keluarga bahagia~
  7. Mak mertua yang layan Korea. Mesti minat laki korea gak kan? Maknanya pak mertua saya nanti mesti bermuka korea. Boleh la tonton my girlfriend is a gumiho sama-sama.
  8. Bapa mertua yang minat automobil. Terutamanya pasal kereta la. Kalau ada ilmu yang mendalam pasal kereta ni senang la kalau kereta rosak. Tanya ja dia. Just like my father la. Pakar kot.

Dapat mertua yang macam mana pun nanti, saya mesti terima. Hidup kita ni mestilah belajar untuk menerima orang lain. Barulah orang lain dapat terima kita. Saya terima sesiapa ja nanti. Cuma dapatkah mereka menerima saya??? 


ASSALAMUALAIKUM....

2 comments:

A!n Syahirah said...

HAHAHAHAHA...
no 4 n 7 mmg xleh blahh..

zudien said...

eh, sungguh aih, macam tu baru kasih sayang bertambah~ ekeke