Friday, December 16, 2011

Keserasian

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni Dr Chenta nak membahaskan satu tajuk iaitu "Perlukah ada keserasian dalam pasangan?"
Semangat berkobar-kobar nak menulis pasal ni lepas tengok My Girlfriend is a Gumiho. Sumpah jeles dengan laki tu. Haha...kat sini pun kita dapat tengok. Adakah dorang serasi? Tak langsung kan? Sorang manusia dan 'sorang' lagi serigala. Tapi apa yang menjayakan hubungan dorang ialah belajar untuk menerima kelemahan orang lain.

Kalau nak bandingkan hubungan 'couple' dengan hubungan suami isteri ni, hubungan 'couple' ni memang susah nak jaga memandangkan tiada pertalian yang sah. Sebab tu Dr cadangkan, siapa yang ada calon tu terus la bawak pergi jumpa parents. Minta restu diorang dan bertunang. Bila ada ikatan pertunangan tu kukuh la sikit. Takut parents tak suka? Aih, bukan dorang yang nak kahwin. Buktikan pilihan korang tu yang terbaik. Sebab tu la kena cari yang soleh dan solehah. InsyaAllah lepaih punya. Tapi jangan cari calon yang bernama Soleh atau Solehah. Ekeke...Soleh bukan pada nama tau! :D
Lepas bertunang tu, korang date la. Sebab masa bertungan ni la kita nak kenal serba sedikit tentang tunang kita ni. Ooopppsss, ada syarat tau. Tapi.....ada SYARATNYA. Nak date mestilah ditemani mahram. Tak kisah la nak bawak naik moto(kalau takda keta la), memang syarak benarkan tapi, laki tu dok depan, ditemani ayahnya dok tengah dan perempuan tu dok belakang. Jangan memandai naik berdua. Kang eksiden mati tak pasai-pasai mati dalam keadaan sedang bermaksiat. 

Berkaitan dengan keserasian pula, kita hanya tau selepas dah berkahwin. Tak mungkin la ada yang serasi memandangkan latar belakang kita yang berbeza dan cara didikan yang tak sama. Masing-masing ada kekurangan diri. Oleh itu, jangan cari kelemahan diri masing-masing sehinggakan apa yang dia buat kita rasa tak senang hati. Cuba cari kelebihan masing-masing yang dapat membuatkan kita bersyukur kerana mempunyai pasangan sepertinya.


“Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku. Jika cita-cita dan keinginanku terkabul, aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang ada. Namun jika sebahagiannya tidak tercapai, aku tidak akan kesal dengan nasibku. Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya.”

InsyaAllah, walaupun Dr ni bukan pakar pun pasal cinta ni. Dr ni cuma jiwang ja pun, bukan romantik dan sebagainya. Hihi...insyaAllah, Dr sendiri akan amalkan kaedah ni. Nak uji berkesan ka tidak. Doakan Dr berjaya ye!! ^_^


ASSALAMUALAIKUM..

1 comment:

Yassin said...

Hahaha~thanks for the tips, Dr!