Monday, December 19, 2011

Kenapa suami mesti cikgu

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya nak explain kat Mak Cik kenapa Mak Cik kena ambik menantu cikgu? Banyak sebab dia Mak Cik ooi. Ni mesti Mak cik tak pernah dapat menantu cikgu kan? Meh saya habaq sebab apa wahai Mak Cik yang saya hormati.

  1. Banyak cuti. Setiap tahun tu mesti ada cuti panjang. Dah cuti tu boleh la saya bawak anak Mak Cik melancong kan? Mak cik pun boleh ikut sekali. Kita pi Langkawi beli coklat ka...kita pi Cameron beli strawberi.
  2. Gaji tak sikit dan tak banyak. Sedang-sedang saja. Kenapa saya cakap baguih? Ya la, kalau gaji saya banyak bini pun kena gak la banyak. Dah tu mesti ada banyak mertua kan? Kesian kat Mak cik la nanti. Kurang-kurang walau tak banyak boleh la saya huluq sikit-sikit nanti.
  3. Pergi kerja balik awal. Boleh la gak kan saya tolong Mak cik di rumah. Petang-petang tu saya bawak anak Mak cik makan angin kat luar. Mak cik pun mesti la ikut sekali. Mesti la, saya kan menantu kesayangan Mak cik. =='
  4. Boleh mengajaq anak-anak. Ha, Mak cik nanti komfem ramai cucu. InsyaAllah. Nanti dah jadi tanggungjawab saya kan nak ajaq depa. Selalunya anak cikgu ni mesti baik-baik dan pandai-pandai. 
  5. Malam-malam free. Boleh la saya pi masjid kan? Jadi imam kat masjid. Kalau tak dapat pun bilal pun ok kan? Tapi better jadi makmum. Hehe...saya nak jadi menantu yang soleh untuk Mak cik dan suami soleh kepada anak Mak cik. :)

Nah, saya upload lagi gambaq kat Mak Cik nih. Ekekeke....kbai

ASSALAMUALAIKUM...

2 comments:

NadJoliey said...

Amboiii.. AHAHAHA.

zudien said...

Bha, ko online...malam ni cek result tau